ads

Ahad, 18 Mei 2014

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


Travel My Way: Sehari <b>Di</b> Kawasan Pedalaman <b>Temerloh</b> - Pahang

Posted: 13 May 2014 07:54 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Bermula kisah pada 2 minggu yang lalu.. Alhamdulillah Allah Taala mengizinkan aku menziarahi salah satu kawasan yang masih penuh dengan kehijauan alam sekitar iaitu dearah Temerloh.. Sebenarnya secara tak langsung nak pergi ziarah Rumah Pak Ngah - Saudara yang bau2 bacang pun tak ada kalau nak di ikutkan.. sedara atas sedara la lebih kurang.. tapi "saudara" la hahahaa...

Perjalanan dengan sebuah kereta yang dimuatkan 4 orang dewasa dan 5 orang kanak2 kecil berusia 2-10 tahun.. Memang padat kereta tapi kecerian yang ada memeriahkan lagi keadaan hingga terlupa keadaan kereta yang sempit hehehee..
Perjalanan memakan masa hampir 3jam dengan pemanduan yang baik.. Dari Pekan Kuala Krau mengambil simpang terus menghala ke pendalaman sejauh 35 batu.. Tahukah anda 1 km bersamaan 0.621 Batu atau pun 1 Batu bersamaan 1.609 km.. Saje aku bagitau in-case korang semua terlupa atau memang tak tahu huhuuu..

Okay kenapa aku nak kongsi cerita ni dengan semua pembaca sebab sebagai budak bandar aku memang teruja dan excited sangat masuk kampung (Jakun).. lagi2 kampung yang masih tidak disentuh oleh pembangunan.. Memang best dengan air sungai yang bersih, nak mandi, tangkap ikan baung, patih, lampam, kelah dan sebarau pun boleh..
Dan paling best bagi aku bila ikut Pak Ngah dan Atuk masuk kebun dengan keluasan lebih 15 ekar.. Hasil dari kebun yang kami dapat ialah 4 Tandan Pisang pelbagai jenis, 50 kuntum Bungan Kantan, seguni kecil Tangkai Jering, Terung dan Pucuk Ubi kami pungut.. 8 Jantung Pisang dan satu beg plastik Cili Padi.. dan yang paling best ialah Cendawan Busut..

Cendawan Busut ni aku sendir tak pernah makan tapi Mak Ngah kata rasa dia sama jer dengan cendawan lain tapi kene masak lama sket kalau tak nanti boleh pening kepala.. Pak Ngah kata pulak Cendawan Busut ni tumbuh atas busut anai2 sebab tu dia dipanggil nama tu.. aku pun iyer jer la.. Mak Ngah buat cendawan busut masak tumis untuk lauk tengah hari.. Perghhh sedap.. Terbaikk.. !!


Pernah dengar tak "Pisang Tak Akan Berbuah Dua Kali"
Aku pun biasa dengar tapi tak pernah nak fikir dengan lebih lanjut..
Bila Pak Ngah potong tandan pisang tu.. Pak Ngah terus tebang pokok pisang tu..

Aku tanya Pak Ngah kenapa tebang pokok pisang tu..
Masa tu la Pak Ngah gelak.. Bandar benor kamu ni..
Pisang kan berbuah sekali jer.. tak pernah dengar ke pepatah tu..


"Pisang Tak Akan Berbuah Dua Kali" Sambil aku digelak oleh sepupu lain :P

Selepas penat berpeluh di kebun.. Pak Ngah dan Mak Ngah bawa kami semua mandi sungai.. memang best dengan air jernih dan bersih.. boleh nampak ikan bermain lagi tu.. kedalaman pun tak dalam sangat.. Omutih kata "just nice" hahahaa.. Sambil bermandi manda dengan air sungai.. Pak Ngah bawakan kami Kelapa Pandan untuk minum nak hilangkan dahaga dari kebun tadi.. layan beb  :D

Balik dari mandi sungai kami singgah gerai Pisang Goreng.. Harga satu pisang goreng 10 sen.. memang murah sangat.. dah la sebiji pisang tu dibelah dua sahaja.. memang puas la makan.. Sehari di kampung memang rasa excited sejakun habis.. semua benda aku nak buat.. loncat sana sini huhuu :P


Bukan setakat udara sahaja yang nyaman dan bersih.. bayangkan lah parit tepi rumah Pak Ngah ni pun air jernih sampai aku perasan ada udang bermain.. Kalau ikan tu biasa la kan.. tapi bila kata udang tu makna nyer air memang bersih.. Dan ternampak burung wak-wak dan juga itik terbang di sini.. Aman nyer suasana kampung huhuu :D

Dulu masa kecik2.. dan masa arwah ayah aku ada memang la aku ada kampung tapi sekarang ni dah tak ada kampung.. Rindu kot nak masuk dalam suasana kampung.. tak kisah la kan orang nak kata aku jakun ke apa ker.. janji kita enjoy huhuu.. Sebab tu la jugak terasa nak cari bakal isteri yang ada kampung hahahaa.. boleh tak.. :P Okay tak mau komen banyak k bye !!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved