ads

Rabu, 7 Mei 2014

06 di temerloh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di temerloh - Google Blog Search


500 Masyarakat Cina <b>Di Temerloh</b> Berdemo Protes Hudud <b>...</b>

Posted: 04 May 2014 09:53 PM PDT

TEMERLOH - Sebanyak 500 anggota masyarakat Cina daerah ini menyertai demonstrasi aman bagi menolak pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan yang dijadual dibentang di Parlimen tidak lama lagi.
Demonstrasi aman itu diketuai oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Temerloh, Datuk Lai Thin Watt dan Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee.
Demonstrasi itu bermula kira-kira pukul 11.15 pagi apabila para peserta yang membawa sepanduk bertulis Say No to Pas Hudud ber­arak ke Pusat Komuniti Parlimen Temerloh sambil melaungkan 'Tolak Hudud Pas'.
Bagaimanapun para peserta yang tiba di Pusat Komuniti Parlimen Temerloh 20 minit kemudian gagal menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan kerana pejabat berkenaan ditutup.
Thin Watt berkata, lebih 30 persatuan Cina di daerah ini sepakat mengadakan bantahan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan hukum hudud.
Katanya, masyarakat Cina di daerah ini juga tidak berpuas hati apabila Ahli Parlimen Temerloh daripada Pas itu gagal mendengar luahan hati masyarakat Cina yang menolak pelaksanaan hukum hudud parti tersebut.
"Kita maklum bahawa kemena­ngan Nasruddin dalam pilihan raya umum lalu adalah hasil sokongan padu masyarakat Cina di daerah ini yang mahukan perubahan dan pembelaan.
"Sebab itu kita minta beliau mendengar luahan kita dan tidak menyokong pelaksanaan hukum ini di Malaysia," katanya di sini semalam.
Katanya, perhimpunan yang kebanyakannya disertai ahli persatuan Cina itu tidak sesekali bertujuan menolak agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini sebaliknya hanya untuk menolak hukum hudud yang dibawa Pas.
"MCA Bahagian Temerloh bersama gabungan Persatuan Cina Temerloh berpegang kuat dengan falsafah saling hormat menghormati antara satu sama lain dan menolak hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas.
"Kami tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam negara kita. Kami amat bimbang hukum hudud yang dicadangkan Pas akan menim­bulkan syak wasangka dan salah faham antara kaum," katanya. #sumber

Dua Remaja Aktif Mencuri Motosikal Di Cekup <b>Di Temerloh</b> <b>...</b>

Posted: 04 May 2014 12:50 PM PDT


TEMERLOH – Polis menahan dua remaja lelaki berusia 17 dan 18 tahun dipercayai terbabit 15 kes curi motosikal dalam satu serbuan Ops Lejang di dua rumah dekat Felda Jenderak Selatan kira-kira jam 3 pagi, Isnin lalu.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, enam rangka motosikal jenis Honda Ex5 yang dibuang dalam sungai di Felda Jenderak Selatan berjaya ditemui semula hasil siasatan ke atas dua remaja terbabit.

Menurutnya, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh dan Balai Polis Kerdau itu berjaya menahan kedua-dua suspek di rumah ibu bapa masing-masing.

"Siasatan awal ke atas remaja terbabit, mereka mengaku melakukan jenayah curi motosikal di kawasan Temerloh dan Jerantut.

"Polis berjaya menemui enam rangka motosikal yang dibuang dalam sungai terbabit dengan tiga daripada rangka itu dikesan hilang di Bandar Inderapura, Jerantut, Bandar Baru Jerantut dan Paya Pulai, Temerloh.

"Tiga lagi rangka motosikal gagal dikesan apabila nombor casisnya telah dipadam," katanya pada sidang media di IPD Temerloh semalam.

Abdul Aziz berkata, siasatan mendapati kedua-dua remaja terbabit mencuri motosikal dan meleraikannya serta mengambil barangan yang boleh dijadikan alat ganti.

"Kedua-dua yang ditangkap juga positif ujian air kencing dan mereka juga mengaku mencuri 15 motosikal sejak 2011, polis akan meneruskan siasatan dan percaya akan menemui lagi barang kes membabitkan remaja terbabit," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A/ dan 414 Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor dan melupuskan barang curi. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved