ads

Selasa, 20 Mei 2014

06 di triang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di triang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 14 May 2014 01:26 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 13 May 2014 01:38 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 12 May 2014 01:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Apr 2014 01:21 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Apr 2014 01:06 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

projek kilauan mutiara sk kuala <b>triang</b> - kelab in-smartive - Blogger

Posted: 13 Mar 2014 09:00 AM PDT

     Pada tanggal 14 Mac hingga 16 Mac telah berlangsungnya Projek Kilauan Mutiara buat kali ketiganya di Sekolah Kebangsaan Kuala Triang. Seramai  52 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahun 5 dan 6 dari Sekolah Kebangsaan Kuala Triang dan 30 orang fasilitator  dari kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang  telah mengambil bahagian. Projek Kilauan Mutiara ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara Sekolah Kebangsaan Kuala Triang dengan kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang. Selain itu, Projek Kilauan Mutiara ini juga ingin memperlihatkan generasi yang mempunyai matlamat dan hala tuju dalam kehidupan masing-masing serta membina sahsiah dan akhlak yang baik di antara pelajar dengan guru, ibu bapa dan masyarakat. Sehubungan dengan itu, pelbagai modul dan aktiviti yang bermanfaat telah dirancang dan dijalankan sepanjang program berlangsung bagi meningkatkan lagi nilai motivasi, jati diri dan seterusnya membantu mereka untuk terus cemerlang di dalam akademik.

     Pada pukul 2.30 petang para fasilitator tiba di Sekolah Kebangsaan Kuala Triang dan tepat jam 3.30 petang berlangsungnya majlis penyerahan peserta. Peserta diserahkan kepada wakil In-Smartive iaitu saudara  Ahmad Badruzzaman bin Idris merangkap pengurus Projek Kilauan Mutiara ini. Majlis penyerahan peserta berlangsung dengan jayanya. Selesainya majlis  penyerahan,  para peserta diberi rehat untuk minum petang dan solat asar. Sesudahnya solat asar, para peserta, diberi taklimat mengenai program yang akan berlangsung selama 3 hari 2 malam ini. Taklimat disampaikan oleh saudara Ahmad Badruzzaman bin Idris merangkap pengurus Projek Kilauan Mutiara ini. Para peserta diterangkan mengenai etika pemakaian dan disiplin sepanjang program berlangsung.
     Bermula sesi pertama iaitu, sesi  "Ice Breaking". Sesi ini diadakan bagi memperkenalkan para fasilitator. Melalui slot ini, para peserta dapat mengenali dengan lebih baik latar belakang fasilitator bagi mewujudkan hubungan yang mesra dan baik sesama mereka. Sebanyak 6 kumpulan telah dibentuk dan terdiri daripada 3 orang fasilitator dan 9 orang peserta untuk setiap kumpulan. Peserta akan dapat berta'aruf bersama fasilitator dan juga ahli kumpulan dan peserta akan berkerjasama dalam membentuk organisasi.
     Sesi kedua iaitu "pencetak buruk". Sesi ini dimulakan dengan taklimat perjalanan aktiviti oleh fasilitator yang ditugaskan. Aktiviti bermula apabila anggota kumpulan beratur dengan keadaan berdiri dan memilih seorang wakil untuk ke hadapan. Wakil-wakil daripada setiap kumpulan akan memilih satu cabutan daripada sebuah kotak yang mengandungi klu-klu tugasan yang terdiri daripada nama-nama haiwan. Sebelum wakil pertama mula melukis berdasarkan klu yang diperoleh, ahli kumpulan yang lain diminta untuk pusing ke belakang dan hanya akan kembali pusing ke hadapan selepas wakil yang pertama menyiapkan lukisannya. Setiap orang diberikan masa 10 saat sahaja. Semasa sesi ini berlangsung, setiap kumpulan ditinjau oleh fasilitator kumpulan masing-masing. Wakil terakhir dalam barisan tersebut akan dipanggil kehadapan untuk meneka lukisan yang dilukis. Objektif sesi ini adalah dapat meningkatkan daya kepekaan dan ketelitian pelajar-pelajar dan turut mencabar kebolehan mereka dalam menghasilkan lukisan sekaligus dapat mengasah bakat mereka.
     Hari kedua dibuka tirai dengan solat tahajjud dan qiamulai diikuti dengan solat subuh berjemaah. Selesainya solat subuh berjemaah, para pelajar dihiburkan dengan "morning punch-in" atau erti kata lain senaman pagi. Ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap kecergasan mereka. Selepas itu, para pelajar dilepaskan untuk minum dan seterusnya solat Dhuha berjemaah.
     Seterusnya ialah slot "Story Behind The Paper" menjadi tirai pembuka untuk slot pada hari  kedua. Pelajar di minta beratur mengikut kumpulan untuk diberikan tajuk cerita yang harus mereka lakukan. Pelajar ditugaskan untuk membina ayat bagi setiap satu gambar dengan bantuan fasilitator kumpulan masing-masing. Menariknya sesi ini kerana mereka diberikan surat khabar dan merea harus menggunakan huruf atau perkataan dalam surat khabar yang diberikan untuk membina ayat-ayat tersebut. Masa yang diperuntukkan bagi menyiapkan tugasan ini adalah selama 45 minit sahaja. Selepas itu, setiap kumpulan perlu tampil ke hadapan dan membuat pembentangan. Objektif sesi ini ialah dapat membina semangat berpasukan dalam kalangan ahli kumpulan dan dapat merangsang daya pemikiran dan kreativiti setiap pelajar. Tambahan pula, ini juga dapat memupuk semangat mereka  untuk membaca surat khabar.
     Seterusnya program diteruskan lagi dengan slot "sinar sirah". "Sinar sirah" merupakan sesi yang berunsurkan Islam dan objektif sesi ini ialah mendedahkan sirah-sirah nabi kepada pelajar-pelajar. Setiap fasilitator kumpulan diminta menceritakan tentang sirah yang berkaitan kisah nabi dan perjuangan tokoh-tokoh Islam yang mengandungi banyak nilai murni dan pengajaran. Setiap kumpulan dibekalkan kertas mahjung dan marker dan mereka perlu menggambarkan sirah yang diceritakan melalui lukisan. Setiap kumpulan diberikan sirah yang berbeza antaranya ialah kisah Nabi Nuh a.s, Saidina Ali bin Abi Talib, Saidina abu Bakar As-Siddiq, Saad abi Waqab, Mus'ab bin Umair dan Bilal bin Rabbah. 
     Selepas itu, ialah slot "kau ada aku ada". Slot "Kau Ada aku Ada" dilaksanakan bagi memupuk semangat bekerjasama dan menanam sikap saling percaya antara satu sama lain. Bagi melaksanakan modul ini setiap kumpulan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu bisu,kudung dan buta. Kategori yang pertama iaitu bisu diberikan tugasan untuk melihat menara yang perlu mereka bina menggunakan cawan polisterin dan straw. Selepas itu, mereka akan menyampaikan maklumat kepada si kudung dan si kudung akan menyampaikan maklumat kepada si buta. Akhir sekali, si buta harus menyiapkan binaan menara dengan arahan kategori kudung. Selesainya slot ini, para peserta dilepaskan untuk makan tengah hari seterusnya solat zohor berjemaah.
     Usainya solat zohor, para peserta diberikan lagi hiburan dengan happy hour selama 30 minit. Sesi happy hour ini bertujuan untuk menghiburkan para peserta atau dalam erti kata lain menyegarkan mereka. Program diteruskan lagi dengan Sesi "Jom Tayamum" dilaksanakan bagi mendedahkan cara-cara yang betul melaksanakan tayamum dan hikmahnya. Sesi ini dilaksanakan dengan pembahagian dua kumpulan besar iaitu lelaki dan perempuan. Fasilitator yang ditugaskan telah memberikan penerangan dan cara-cara yang betul melaksana tayamum. Selain cara-cara bertayamum, terdapat perkara-perkara yang lain turut diterangkan iaitu perkara-perkara yang membolehkan dan membatalkan tayamum, rukun tayamum dan alat-alat bertayamum. Setiap pelajar diberi peluang untuk melakukan secara praktikal dan secara tak langsung sesi ini dapat mencapai objektifnya.
     Selepas itu ialah slot "Cheers War". Slot ini dilaksanakan bagi menjana minda pelajar untuk berfikir cepat dan memupuk semangat juang yang tinggi dalam diri setiap ahli kumpulan. Para pelajar dikehendaki duduk dalam kumpulan masing-masing dan harus membuat "cheers" bagi kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan akan berbalas serangan. Sesi ini merupakan sesi yang paling menyeronokkan dan para pelajar kelihatan begitu bersemangat dan memberikan kerjasama yang positif.
     Seterusnya ialah slot Snake. Slot dijalankan di padang sekolah Sk. Kuala Triang. Slot dilaksanakan bagi memupuk kerjasama dalam kumpulan dan mengasah bakat kepimpinan pelajar. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan yang besar dan diberikan straw sebagai bahan modul. Sesi ini dimulakan dengan penerangan cara-cara bermain oleh fasilitator yang ditugaskan. Para pelajar diarahkan untuk membuat satu rantaian panjang (snake) dengan hanya menggunakan straw sahaja. Mereka harus bersaing antara dua kumpulan untuk sampai ke garisan penamat yang ditentukan. Arahan ketua dan kerjasama amat penting dalam menjayakan modul ini.
     Selepas itu, para peserta dilepaskan untuk solat asar. Usainya solat asar kesemua pelajar dan barisan fasilitator meningkatkan lagi tahap kecergasan mereka dengan melakukan senaman kecergasan yang dikelolai oleh Persatuan Kecergasan Daerah Bera. Kesemua peserta dan fasilitator sangat gembira. Sesudahnya senaman kecergasan, para peserta dilepaskan untuk makan malam, solat Maghrib berjemah. Bacaan Yaasin bersama ibu bapa juga turut diadakan dan seterusnya solat Isyak berjemaah.
     Slot "inovasi" menjadi pembuka tirai slot pada sebelah malamnya. Sesi "Inovasi" dilaksanakan untuk mengasah dan memupuk kreativiti dalam kalangan para pelajar dengan menggunakan bahan-bahan terpakai yang disediakan. Selain itu,sesi ini dapat memupuk para pelajar untuk berfikir di luar kotak dengan mencipta barang yang bertemakan teknologi. Cara perlaksanaan modul ini ialah mereka ditugaskan mencipta sesuatu barang yang bertemakan teknologi dalam kumpulan masing-masing. Mereka dibimbing oleh para fasilitator kumpulan masing-masing. Antara bahan yang disediakan ialah kotak, surat khabar lama dan straw. Para pelajar diberi masa selama 30 minit bagi menyiapkan ciptaan mereka. Selepas itu, mereka diminta untuk membentangkan hasil rekaan mereka di hadapan semua fasilitator dan pelajar kumpulan lain.
     Seterusnya, para peserta diberikan hiburan dalam sesi happy hour dan seterusnya supper. Hari kedua melabuhkan tirai dengan slot "cermin diri". Slot ini adalah bertujuan supaya para peserta dapat menghargai dan menginsafi nikmat kemerdekaan dan kesejahteraan negara serta kepentingan pendidikan untuk menjadi generasi pewaris yang berguna.
     Seperti biasa tirai hari ketiga dibuka dengan solat Subuh berjemaah, dan diteruskan dengan morning punch-in. Sesudahnya morning punch-in, para pelajar dilepaskan untuk sarapan pagi dan solat Dhuha.
     Seterusnya program diteruskan lagi dengan sesi "Kau Boleh" yang dikendalikan oleh saudara Ahmad Badruzzaman bin Idris  bertujuan untuk meningkatkan lagi motovasi dalam diri setiap peserta. Sesi ini juga adalah resolusi keseluruhan Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Kuala Triang. Peserta dapat meningkatkan lagi motivasi diri dan mempunyai inspirasi dari seorang individu yang berjaya.
     Selapas itu, program diteruskan lagi dengan slot "menggilap mutiara". Pada sesi "Menggilap Mutiara", para peserta berkongsi masalah dengan para fasilitator dan fasilitator berperanan untuk memberi kata-kata pembakar semangat kepada para peserta. Peserta juga dikehendaki mengisi borang kaji selidik tentang keberkesanan Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Kuala Triang  pada akhir sesi. 
     Sesudah slot menggilap mutiara, para pelajar serta fasilitator mengadakan persiapan untuk majlis penutupan Projek Kilauan Mutiara ini. Tepat jam 12.15 tengah hari berlangsungnya "Majlis Penutupan Projek Kilauan Mutiara Sekolah Kebangsaan Kuala Triang" buat kali ketiganya.  Perasmian penutup disempurnakan oleh Profesor Madya Dr. Mimi Sakinah binti Abdul Munaim merangkap Presiden Persatuan Wanita UMP (MATAHARI). Selesainya majlis penutup, berlakunya sesi fotografi untuk kenang-kenangan.  Selepas makan tengah hari para fasilitator bergerak pulang ke UMP.

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 11 May 2014 01:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 10 May 2014 01:12 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Mar 2014 01:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2014 01:23 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Swans Lyloo: Makeup <b>di</b> Felda Kemasul <b>Triang</b> Pahang pada <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2014 10:58 PM PST

Hi u all..harini mass nak update pic yang telah diberi sentuhan oleh Mass pada 01hb Feb 2014 di Felda Kemasul Triang Pahang..
Alhamdulillah syukur kerana pada tarikh 1hb Feb ni Mass menerime tempahan makeup dari 4 org customer..p malangnya Mass tidak mampu menunaikan kesemuanya kerana Mass telah menerima tempahan makeup awal di Triang Pahang..maaf sangat2 kepada customer diluar sane..jika anda booking saya awal pasti saya akan membuat penyusunan untuk anda..
So, dibawah adalah hasil sentuhan yang diberikan kepada customer..mase untuk makeup hanya ada setengah jam sahaja..ini kerana adalah kelewatan pengantin sampai dan Mass terpakse menyiapkannye dalam masa yang ada..Oleh itu, kening pengantin kali ini tidak dicukur ataupun digam tetapi hanyela merapikan dan mencantikkannya sahaja..

BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2014 01:13 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

wakil produk shaklee <b>di</b> kerayong, bera, <b>triang</b>, temerloh,mentakab <b>...</b>

Posted: 09 Dec 2013 02:55 AM PST

TEKS : NURMAZLEN MOHD JOHAR

Masih mencari pengedar SHAKLEE yang SAH serta betul mengikut prosedur SHAKLEE yang baikm malah ingin cuba berniaga dengan keluarga SHAKLEE saya, anda berada di blog yang betul.

 Selain mendapat harga produk SHAKLEE yang berbaloi, anda juga akan mendapat cara mengambil produk SHAKLEE dengan betul secara percuma.

 Jika berminat untuk memulakan perniagaan SHAKLEE, di sini kami menyediakan bimbingan yang berterusan dengan usaha yang gigih daripada anda. Hanya bermula dengan RM65, kita bersama-sam belajar untuk mendapat pulangan sama ada 2, 3, 4 atau 5 angka.


Untuk mendapatkan produk SHAKLEE di sekitar daerah KERAYONG, BERA, TRIANG, TEMERLOH dan MENTAKAB, anda boleh menghubungi saya di talian 013-9334920 (nurmazlen) samada melalui call, sms atau whatsapp. Jika anda berada sekitar bandar BERA, TRIANG, TEMERLOH dan MENTAKAB, saya boleh menghantar terus kepada anda. Untuk yang jauh dari tempat yang saya senaraikan tadi, saya akan uruskan penghantaran melalui pos laju atau gdex. Mudah dan senang kerana pilihan di tangan kita.

Selain dari saya, anda juga boleh menghubungi

Inafazlin 019-9216076 (kawasan Temerloh)
Norull Aimarizan 017-9305755 (kawasan Temerloh)
Rohani 013-5016939 (kawasan kepong, Selangor)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved