ads

Ahad, 1 Jun 2014

06 di bentong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di bentong - Google Blog Search


VIDEO: Bas Ekspres Bergesel Dengan Lori <b>Di Bentong</b> - MyNewsHub

Posted: 29 May 2014 01:09 AM PDT

NIAT asal penumpang dalam kereta ini sebenarnya hanya mahu merakam video bas ekspres Darul Naim yang dipandu laju.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka akan berlakunya kemalangan apabila sebuah lori tiba-tiba masuk ke laluan bas tersebut sekaligus menyebabkan kedua-dua kenderaan itu bergesel.

Rakaman yang berdurasi enam saat ini diakhiri dengan bas tersebut berhenti di sisi jalan.

Mujurlah masing-masing tidak bertembung secara berhadapan.

Jika tidak, mungkin ada nyawa yang akan melayang kerana kedua-duanya dipandu dengan laju.

Biarpun boleh disifatkan sebagai kemalangan ringan, ia sedikit-sebanyak memberi peringatan betapa kelajuan boleh mendatangkan bahaya terutama di kalangan kenderaan berat.

Kejadian ini berlaku di KM16 Jalan Bentong – Raub berhampiran Lurah Bilut, Bentong, Pahang, semalam.

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved