ads

Isnin, 2 Jun 2014

06 di rompin - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

06 di rompin - Google Blog Search


IPD <b>Rompin</b> Terbakar, Dua "OKT Cuba Larikan Diri" <b>Di</b> Tahan <b>...</b>

Posted: 27 May 2014 08:50 PM PDT


ROMPIN: Penduduk di sekitar Bandar Kuala Rompin, di sini, gempar apabila bangunan pentadbiran  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin terbakar sekitar jam 8.45 pagi semalam, dan menyebabkan lima daripada tujuh tahanan dalam lokap cedera parah manakala tiga anggota polis turut mengalami kecederaan.

Dalam babak cemas tersebut, dua orang kena tahan (OKT) pula cuba melarikan diri dan merampas senjata, namun berjaya ditahan di depan IPD Rompin oleh anggota polis unit kereta peronda (MPV).

Dua pasukan bomba seramai 15 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin bergegas ke lokasi kejadian.

Kebakaran berjaya dikawal selepas lima minit pihak bomba melakukan operasi memadam.

Kesemua mangsa termasuk OKT yang cedera dalam kejadian dibawa ke Hospital Rompin untuk rawatan lanjut dengan kawalan anggota polis.

Kegemparan tersebut berpunca daripada aksi latihan kebakaran (mork drill) yang melibatkan kerjasama IPD Rompin, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Hospital Rompin dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Cawangan Rompin itu turut menarik perhatian penduduk sekitar yang hadir untuk melihat kejadian yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya, berkata, latihan kebakaran ini diadakan bagi melatih anggota polis menghadapi situasi tidak dijangka.

"Latihan seperti ini sangat penting kerana ia di luar dugaan atau tidak dijangka dan setiap anggota perlu faham serta tahu apa tindakan yang perlu dilakukan ketika menghadapi situasi cemas seperti ini terutama melibatkan OKT.

"Lima OKT yang cedera berjaya diselamatkan manakala dua lagi cuba melarikan diri turut berjaya ditahan anggota MPV yang berkawal. Situasi berlaku pagi ini (semalam) mungkin sekadar simulasi tetapi tidak mustahil boleh terjadi dan kita mesti sentiasa bersiap sedia," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Penolong Penguasa Bomba, Shamsul Affandy Sulaiman, berkata, latihan seperti ini memberi pendedahan secara praktikal dalam menghadapi situasi kebakaran.

"Setiap anggota bomba dan polis serta pasukan perubatan dari Hospital Rompin memberi kerjasama yang sangat baik dan ia terbukti dalam masa yang singkat situasi dapat dikawal.  Melalui latihan seperti ini, ia juga memberi ruang kepada pasukan bomba untuk memperkemas setiap tindakan dalam menghadapi situasi kebakaran," katanya. #sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved