ads

Selasa, 18 Mac 2014

06 di lurah bilut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di lurah bilut - Google Blog Search


felda <b>lurah bilut</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 16 Nov 2013 12:00 AM PST

Ini adalah kisah percutiana kami yang masih beluh tercatat…. kena update kat blog untuk catatan kenangan peribadi.  Untuk rujukan generasi akan datang juga pengetahuan kita bersama.

Dalam perjalanan balik dari Tasik Keyir tempoh hari, saya bukan saja singgah di Muzium Warisan Kuala Lipis, malah kami singgah pula di Muzium FELDA Lurah Bilut, Bentong, Pahang.  Dua muzium dalam satu perjalanan.

Muzium FELDA Lurah Bilut telah dirasmikan oleh Dato' Seri Najib Tun Haji Abdul Razak pada bulan September 2005. Muzium ini adalah pejabat lama FELDA Lurah Bilut yang dibina pada Julai 1958 dan telah diubahsuai.

muzium felda lurah bilut bentong

FELDA Lurah Bilut yang terletak kira-kira 19 Kilometer dari bandar Bentong, Pahang merupakan kawasan FELDA yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1958

Bilut adalah sejenis ikan yang hidup di dalam sungai air tawar secara berkumpulan . Nama sainstifiknya ialah Krytopterus Cryptopterus.

ikan bilut

Muzium ini berkonsepkan rumah Melayu tradisional dan mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka juga kronologi pembukaan FELDA Lurah Bilut dan artifak-artifak lama yang berkaitan dengan sejarah FELDA Lurah Bilut .

muzium lurah bilut

Muzium FELDA Lurah Bilut dibuka setiap hari kepada orang ramai dan tiada bayaran dikenakan .

Kumpulan pertama peneroka seramai 28 orang dari Datuk Keramat, Kuala Lumpur tiba di Lurah Bilut pada 2 Ogos 1959 diketuai Ahmad Husin . Beliau yang lahir pada 1901 meninggal dunia pada 10 Februari 1984.

Semasa mula masuk ke rancangan, peneroka datang berseorangan. Isteri dan anak dibawa  setelah mereka siap membina rumah kira-kira lima bulan kemudian. Peneroka di Lurah Bilut merupakan peneroka dalam erti sebenar.

Apabila peneroka tiba di tanah rancangan, tiada apa yang ada. Hutan belum ditebang, ladang belum ditanam  dan rumah belum didirikan. Semuanya perlu dibuat sendiri dan mereka dibayar kira-kira RM69 sebulan.

Mereka ditempatkan di beberapa buah bangsal panjang sebagai rumah tumpangan sebelum rumah masing-masing  yang didirikan secara bergotong-royong itu siap.  Inilah ciri penting yang membezakan penempatan peneroka FELDA Lurah Bilut berbanding dengan rancanganFELDA yang lain, di mana rumah mereka siap dibina terlebih dahulu sebelum peneroka dipanggil masuk ke rancangan.

bayi pertama yang dilahirkan

Pada 16 – 8 -1960 , seorang bayi perempuan anak pasangan peneroka Zainal bin Ali dan Radziah binti Othman telah dilahirkan menjadikan beliau adalah bayi pertama yang dilahirkan di FELDA Lurah Bilut. Disebabkan persekitaran dan kemudahan yang tidak sempurna di waktu itu, kebanyakkan peneroka akan menghantar isteri mereka balik ke kampung untuk melahirkan anak .

Pengurus Rancangan/ Manager Tuan Ding Charles seorang Inggeris yang fasih berbahasa Melayu mencadangkan nama Norvelly memandangkan bayi pertama ini dilahirkan di Bilut Velly.

Sekolah Wawasan Lurah Bilut merupakan sekolah terawal yang berjaya melaksanakan konsep sekolah wawasan. Sekolah Kebangsaan Lurah Bilut, Sekolah Jenis Kebangsaan  Cina Lurah Bilut dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lurah Bilut ditempatkan dalam satu kawasan . Mereka berkongsi menggunakan kemudahan seperti kantin, padang permainan, tandas serta tempat perhimpunan. Mereka juga melakukan aktiviti seperti sambutan hari guru, sukan dan aktiviti kokurikulum bersama-sama.

paip air

Sistem bekalan air bersih untuk peneroka di era 60′an hingga 70′an dipasang di pinggiran jalan dan kebiasaannya dikongsi bersama 8-10 buah rumah.

Sekiranya melalui perjalanan dari Bentong ke Raub, singgahlah ke FELDA Lurah Bilut ini.  Bawa anak-anak untuk melihat dan mengetahui pelbagai kisah kepayahan generasi terdahulu yang berusaha mengubah kehidupan menjadi lebih baik.  Lihat dan baca kisah betapa gigih dan semangat generasi ini membangunkan kehidupan.

Melawat muzium seperti ini adalah satu bentuk pembelajaran yang baik bagi mewujudkan kesedaran tentang pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan dan sejarah negara. Kita boleh menganalisis, merumus dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional.

06 di ketari - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di ketari - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Mar 2014 07:39 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Nov 2013 07:32 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Nov 2013 07:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di ketari</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Oct 2013 07:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Orang Minyak Mengamuk <b>Di Ketari</b> - Suara Bawah Tanah

Posted: 04 Nov 2011 05:52 PM PDT

Anak gadis di 20 kampung dan tamah perumahan Ketari, Bentong dinasihat tidak berjalan bersendirian terutama pada waktu malam bagi mengelak menjadi mangsa 'lembaga hitam' yang dibimbangi penduduk sejak dua minggu lalu kerana ia adalah seorang penjenayah pecah rumah dan perogol.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, meminta penduduk meningkatkan rondaan malam di kawasan kejiranan masing-masing dan membersihkan semak-samun yang berpotensi menjadi tempat persembunyian penjenayah.

Mohamad Mansor berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek selepas memperincikan siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut.

Gambar hiasan. Carian Google

Gambar hiasan. Carian Google


"Jangan percaya khabar angin mengenai lembaga hitam, kita sedang menjuruskan siasatan untuk mendapatkan bukti untuk bertindak," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas kebimbangan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari mengenai lembaga hitam seakan orang minyak bertubuh kecil dipercayai mengamalkan ilmu hitam yang mengganggu gadis bawah umur selain memecah masuk rumah.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, juga meminta penduduk di situ mendapatkan laporan lebih tepat daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu bagi mengelak masyarakat terpengaruh dengan berita yang belum diketahui kesahihannya.

Beliau menasihatkan mereka supaya meningkatkan semangat kejiranan dan mengambil langkah keselamatan termasuk memasang lampu untuk menerangkan persekitaran rumah.

"Bagi masyarakat Islam pula, lebih baik adakan solat hajat dan perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir bagi mengelak perkara tidak baik berlaku di rumah masing-masing," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

ADUN Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye pula meminta penduduk kampung lebih berwaspada serta meningkatkan rondaan di sekitar kawasan masing-masing.

"Pihak polis juga turut membuat rondaan dan kita harap penduduk dapat bekerjasama dengan polis untuk memastikan keharmonian kawasan masing-masing," katanya.

Incoming search terms:

  • sinar harian orang minyak mengamuk (2)

Yang Ini Juga Menarik Untuk Dibaca:

ondscene.my – 26 Buah Rumah Hangus <b>di Ketari</b>, Bentong.

Posted: 22 Feb 2012 05:57 PM PST

Orang minyak menganas <b>di Ketari</b>, Bentong | AKU ANAK PAHANG

Posted: 06 Nov 2011 09:00 PM PST

Anak gadis di 20 kampung dan taman perumahan Ketari, Bentong dinasihat tidak berjalan bersendirian terutama pada waktu malam bagi mengelak menjadi mangsa lembaga hitam yang dibimbangi penduduk sejak dua minggu lalu kerana ia adalah seorang penjenayah pecah rumah dan perogol.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, meminta penduduk meningkatkan rondaan malam di kawasan kejiranan masing-masing dan membersihkan semak-samun yang berpotensi menjadi tempat persembunyian penjenayah. Mohamad Mansor berkata, pihaknya sedang mengenal pasti beberapa suspek selepas memperincikan siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut.

Jangan percaya khabar angin mengenai lembaga hitam, kita sedang menjuruskan siasatan untuk mendapatkan bukti untuk bertindak, katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau mengulas kebimbangan penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ketari mengenai lembaga hitam seakan orang minyak bertubuh kecil dipercayai mengamalkan ilmu hitam yang mengganggu gadis bawah umur selain memecah masuk rumah.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman, juga meminta penduduk di situ mendapatkan laporan lebih tepat daripada pihak berkuasa berhubung perkara itu bagi mengelak masyarakat terpengaruh dengan berita yang belum diketahui kesahihannya. Beliau menasihatkan mereka supaya meningkatkan semangat kejiranan dan mengambil langkah keselamatan termasuk memasang lampu untuk menerangkan persekitaran rumah.

Bagi masyarakat Islam pula, lebih baik adakan solat hajat dan perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir bagi mengelak perkara tidak baik berlaku di rumah masing-masing, katanya ketika dihubungi di sini, semalam. ADUN Ketari, Datuk Dr Ng Keong Chye pula meminta penduduk kampung lebih berwaspada serta meningkatkan rondaan di sekitar kawasan masing-masing.

Pihak polis juga turut membuat rondaan dan kita harap penduduk dapat bekerjasama dengan polis untuk memastikan keharmonian kawasan masing-masing, katanya  Kredit: Bharian.com.my (Gambar diatas sekadar hisan sahaja)

Info berkaitan Orang Minyak 
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan merogol, mencuri, dan membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut ilmu, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.

AAP- Dulu-dulu mungkinlah ada kut...  sekarang yang ada hanya mitosnya sahaja gamaknya... mungkin ada pihak yang mengambil kesempatannya diatas situasi sedemikian. Jenayah ada dimana-mana dan bermacam cara orang menlakukannya.

 Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

06 di nenasi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di nenasi - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di nenasi</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2014 03:45 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Dua Rakan Maut Kemalangan <b>Di</b> Jalan Pekan-<b>Nenasi</b> ! ~ pahangdaily

Posted: 20 Jan 2014 07:10 PM PST

PEKAN - Perjalanan dua lelaki menguruskan kerja harian mereka berakhir selepas terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Pekan-Nenasi berhampiran Kampung Tanjung Batu, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, Mohd Nazir Mohd Yusoff, 36, dari Batu 9, Kampung Sungai Miang maut di tempat kejadian selepas lori lima tan jenis Isuzu yang dipandu sendirian dari arah Pekan ke Rompin bertembung dengan sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang turut membawa muatan minuman keras.Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas pacuan empat roda yang dipandu Yeo Kee Wah, 29, dari arah Nenasi terbabas, lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dipandu Mohd Nazir. "Rempuhan kuat dari arah depan kedua-dua kenderaan berlaku ekoran pacuan empat roda terbabas secara tiba-tiba dalam jarak dekat menyebabkan pemandu lori berkenaan tidak dapat mengelak dan terbalik ke sebelah kanan jalan. "Kemalangan teruk itu turut menyebabkan Yeo yang beralamat di Jalan Besar, Kuantan maut serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan," katanya ketika ditemui. Yahaya berkata, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan teruk di seluruh bahagian depan dan sebelah kanan. Kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. #selanjutnya

06 di pekan - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di pekan - Google Blog Search


Ruang niaga <b>di pekan</b> Bau tidak mencukupi - The Borneo Post Online

Posted: 06 Mar 2014 08:01 AM PST

by Patricia Gari. Posted on March 7, 2014, Friday

KUCHING: Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat dan Majlis Daerah Bau (MDB) diminta segera menyelesaikan masalah ruang niaga yang tidak mencukupi di pasar basah di pekan Bau.

Ahli Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mas Gading Boniface Willy Tumek berkata, masalah ruang niaga yang tidak mencukupi menyebabkan keadaan di situ sangat sesak dengan peniaga dan orang ramai sehingga menimbulkan situasi kurang selesa.

Pasar yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu untuk ruang menjual ikan dan sayur-sayuran dikatakan akan menjadi lebih sesak pada hujung minggu serta musim perayaan.

"Saya telah menerima permintaan daripada penjual-penjual sayur di situ agar mengetengahkan isu ini dan meminta kementerian bertanggungjawab serta MDB menyelesaikan segera masalah tidak cukup ruang niaga di pasar basah Bau.

"Ruang yang tidak mencukupi menyebabkan laluan berjalan kaki di dalam pasar itu sangat sempit akibat produk jualan para peniaga di situ.

"Kekurangan ruang niaga itu juga menyebabkan ramai peniaga berniaga di atas petak parkir yang berada di luar pasar berkenaan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya pada sidang media di sini semalam.

Menurutnya keadaan pasar basah itu yang mula beroperasi pada pertengahan tahun 1980-an tidak dapat menampung pertumbuhan pesat daerah Bau ketika ini.

Katanya, ketika mula beroperasi, penduduk daerah Bau hanya sekitar 32,000 dan statistik 2010 menunjukkan jumlahnya meningkat hampir 55,000.

"Justeru kami meminta Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat khususnya, menyediakan ruang niaga tambahan bagi menampung peningkatan jumlah peniaga di pasar itu ketika ini.

"Terdapat satu bangunan milik MDB yang sesuai diubah suai menjadi pasar basar sebagai tambahan kepada yang sedia ada, ketika ini digunakan oleh majlis sebagai pangkalan mereka," ujarnya.

06 di cherating - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di cherating - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di cherating</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2014 07:03 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Di</b> Sini Cinta Ku Bermula ...: Roadtrip to the East Coast : <b>Cherating</b> <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2014 04:00 PM PDT


Alhamdulillah!! Kami dah tiba! First time kiranya aku sampai dan bermalam di Cherating. Selalunya aku lalu aje. Tak pernah pun singgah ke Cherating nie. Memandangkan dulu aku pernah tinggal di Kertih, Terengganu kiranya tak jauh mana pun laaa kan Cherating nie. So, tak payah laa nak tido situ kan. Kira lalu sahaja pun dah cukup. Aku pun tak berapa arif sangat pasal kawasan ni. Memandangkan ni yang 1st, aku banyak belajar dari info blogger-blogger lain. Thanks a lot you guys!!
Pantai timur amat terkenal dengan keindahan pantai. So, kiranya nak menikmati laaa keindahan pantai dan angin laut yang menderu-deru tu. Kami pun berjaya laa meloloskan diri barang sehari dua untuk melepak dalam sessi jejalan ke pantai timur ni. Lepak sini 3 hari 2 malam di Impiana Resort Cherating
See?? Keindahannya jelas sesangat kan!! So, jom explore laaa Cherating ni. Setelah bertolak dari Bukit Tinggi. Kira-kira 2 jam setengah, kami pun tiba di lokasi. Impiana Cherating. Hotel Impiana ni agak lama sket. Rustic laa design kat dalam ni. Agaknya kalau dorang refurbish sket untuk mengekalkan kecantikannya mungkin lebih baik kan. Jadi dapat laa mengekalkan keindahannya.


Jam 3.30 kami sampai terus check-in. Senang jugak check-in dia, tak banyak cikadak la. Sempat lagi tu dorang tanya, hanimun ker? Kami pandang sesama sendiri dan gelak2. Hehehe kami ni tak payah ke hotel nak hanimun pun..hehehe...Gadis tu beriya citer pasal kopok lekor dan etc. Aku senyum aje la. Sebab aku pun dah biasa area situ. Cuma aku dah lama tak datang sini aje la.
Ambiance hotel aku suka sangat. Tenang aje. Check-in dapat bilik di level 1. Dan dekat sangat ngan tangga menuju ke pantai. Syok sangat masa tu. Tangga betul-betul sebelah pintu bilik. Hehehe...happy la sangat!
Di kawasan lobby hotel terdapat kolam sebelah lounge. Seronok gak duduk kat sini. Sambil ambil angin di sini. Enjoy the view here.
Petang plak kami ke pantai. Jalan-jalan di pantai. Mandi laut? Tidak kut. Sebab aku tak berapa gemar sangat nak mandi manda di laut. Lagi-lagi la ni laut lepas. Angin best. Menderu-deru aje.

Tempat lepak-lepak di petang hari. Seronok sangat. Main buai di tepian pantai. Memang best bila dapat lari dari hiruk pikuk kota yang berjerebu tu buat sementara waktu.
Disebabkan kami berkampung di sini selama 3 hari 2 malam. So, brekky sekali ada dalam pakej. Breakfast di Kedai Kopi. Bukan kedai kopi yang macam tepi jalan, tapi ni la nama cafe di Impiana Resort ni. Unik gak nama dia kan. Makanan kat sini okay gak. Banyak gak yang menjadi pilihan.
Misi mencari kopok lekor dan keropok ikan belum tertunai. So, nak kena kluar jalan-jalan dan mencari. Di samping tu bleh laa jalan-jalan cari makan di sekitar sini kan. Lama tak jalan-jalan ke area pantai timur ni....Next update..nanti aku story nak menjejak keropok lekor, satar dan otak2 di Kemaman.
Ok sambung lagi nanti na....

BLOG PAHANG: 06 <b>di cherating</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2014 07:36 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Titian Perjalanan: Cuti-cuti Malaysia @ <b>Cherating</b>

Posted: 03 Feb 2014 07:16 AM PST

Memandangkan isteri dah sembuh dari demam denggi dan kebetulan ada rezeki lebih sikit, kami meneruskan perancangan untuk bercuti di Cherating sempena cuti raya cina bersama keluarga sebelah mak aku. Kalau tak jadi leburlah bayaran sewa hotel apartment yang dah habis dibayar.

Kami menginap di hotel apartment 3 bilik di Sanctuary Resort, Sg. Ular... agak jauh dari Cherating kira-kira 8km. Maklumlah cuti raya cina hotel, homestay dan chalet di Cherating semua penuh. Tambahan pulak apartment macam ni lah yang sesuai untuk famili yang ramai ahli macam kami. Pantai kat hotel ni pun memang cantik, ada pemandangan pulau dan muara sungai.

Dipendekkan cerita (dah malas nak tulis sebenarnya)...  aktiviti sepanjang percutian ni :

- Aktiviti santai di tepi pantai... tiupan angin memang kuat sepanjang kami di sini.
- mandi kolam sampai kecut... sejuk betul sebab angin kuat.
- makan malam di Intan Seafood Restaurant, Kg. Cherating
  (makanan boleh tahan sedap tapi kena tunggu sejam setengah baru makanan sampai)
- melawat Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu (sebelah Club Med Cherating)
- memborong satar dan otak-otak isi ikan di Chukai, Kemaman.
- memborong keropok lekor dan keropok keping (banyak gerai di sempadan Pahang-Terengganu)


Sepanjang aku hidup, ini kali pertama aku bawa mak, bapak tiri, adik-adik serta anak-anak buah aku bercuti bersama. Seronok tengok mereka seronok. Lepas ni kalau ada rezeki lebih lagi, bolehlah ajak famili sebelah abah aku pulak pergi bercuti.

06 di bukit ibam - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit ibam - Google Blog Search


Amanina Nabihah: Tasik Biru <b>di</b> Kem <b>Bukit Ibam</b>

Posted: 25 Sep 2013 03:00 AM PDT


Tasik Biru Kem Bukit Ibam !
Tasik biru ?? kat mana tu ?? Biru ke air die ? best x g sane ? itulaa antara soalan yang nyna dapat selepas nyna jejakkan kaki di Tasik Biru tu. Tasik ni actually dekat dengan kem tentera udara . wohooo ^^ ,. Ting tingg . otak nyna terus bergerak laju je bila dengar perkataan 'TENTERA' . HAHAHA ! dalam 20 minute macam tu kalau nak pergi tasik ni . tu pon dari hostel nyna laa . xtahu pulak bape lama kalau dari tempat lain . J tempat ni lawa taw .tasik die bentuk hati . x percaya kan ? tapi tu lah kenyataannya . tapi sorryla nyna x amik gambar tasik tu dalam bentuk hati . nyna banyak amik gambar nyna je . hehehe. Nyna pergi berempat. Nyna , faraa zilaa n mirul. Actually mirul ni ada pertalian jugak la dengan si faraa tu . atok die katanya macam atok yang sama . haa camtu laa . x berapa nak clear la cerita dorang ni . hehehe . kawan jenis apala nyna ni kan? Nasib awakla faraa dapat kawan macam nyna ni . yang penting awak sayang nyna kan ? HAHAHA J










06 di bera pahang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bera pahang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di bera pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Mar 2014 01:24 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bera pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Feb 2014 01:18 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bera pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jan 2014 01:32 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kedai "Ikan Murah Pertama Malaysia" <b>Di</b> Buka <b>Di Bera</b>

Posted: 22 Jan 2014 06:44 PM PST

BERA - Untuk mendapatkan ikan sungai seperti patin dan baung yang segar dengan harga berpatutan bukanlah perkara yang sukar bagi penduduk di daerah ini yang terletak berhampiran Sungai Pahang. Malah kekayaan khazanah sungai itu telah menarik minat penduduk luar untuk datang ke daerah tersebut sama ada untuk membeli ikan segar atau singgah menjamu selera sajian ikan sungai di restoran-restoran yang ada. Namun lain pula ceritanya untuk mendapatkan ikan laut segar. Ia bukanlah semudah mendapatkan ikan sungai memandangkan daerah itu terletak di tengah negeri Pahang. Kebanyakan ikan laut yang dipasarkan di daerah ini biasanya dibawa dari Kuala Rompin dan Selangor yang memakan masa perjalanan lebih dua jam. Apatah lagi jika tiba musim tengkujuh ikan segar bukan sahaja agak berkurangan malahan dijual dengan harga yang agak mahal sehingga membebankan pengguna. Namun kewujudan Kedai Ikan Murah di daerah itu telah memberi rahmat kepada penduduk di daerah berkenaan yang kini boleh mendapatkan ikan segar dengan harga berpatutan. Kedai Ikan Murah pertama  ini yang terletak di Kerayong di sini itu telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini. #selanjutnya

BLOG PAHANG: 06 <b>di bera pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Mar 2014 01:49 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bera pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Feb 2014 01:40 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bera pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Feb 2014 01:25 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG PAHANG: 06 <b>di bera pahang</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jan 2014 01:21 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Tapak Masjid Terawal <b>Di Pahang Di</b> Temui Dekat <b>Bera</b>

Posted: 25 Jan 2014 03:25 PM PST

BERA - Masjid berkenaan ialah masjid Tok Mengkarak di Kampung Mengkarak, Bera. Ia terletak di antara muara Sungai Mengkarak dengan tebing Sungai Pahang. Tok Mengkarak atau namanya disebut Imam Nur Al Qadim anak kepada Imam Nur Al Bayan, dipercayai yang awal bertanggungjawab membawa dan mengembangkan agama Islam di sebelah Pahang tengah. Datang dengan empat beradik ke Semennajung Tanah Melayu dari Tanah Minang, beliau membuka satu tempat dengan nama Kampung Mengkarak, mengambil sempena nama tempat asalnya iaitu Danau Singkarak (yang katanya dari segi geografinya seakan-akan serupa dengan kampung asalnya). Lokasi penempatan yang dibuka oleh Tok Mengkarak itu, betul betul terletak di tanjung Sungai Pahang yang paling selatan (jika merujuk peta negeri Pahang) dan keunikan ini menjadikan aliran Sungai Pahang seperti berbentuk huruf U. Tapak masjid asal Tok Mengkarak ini hanya tinggal kenangan, kerana yang tinggal sekadar batu-batu yang ditemui dalam tanah. Ketua Kampung Mengkarak Tok Empat Rosli berkata, kawasan tapak masjid sering dilanda banjir menyebabkan kesan-kesan sejarah menjadi hilang. Menurut Rosli, selepas masjid itu, ada satu lagi masjid yang didirikan agak ke darat sedikit, juga sudah diruntuhkan dan kayu-kayunya diwakafkan ke pondok Bukit Keledang. Masjid Mengkarak yang ini merupakan masjid ketiga dalam sejarah Mengkarak. #sumber

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


~ TaM@n D&#39;ziKr@ ~: Beristirehat <b>di Bukit Tinggi</b> Berjaya Hills Pahang

Posted: 11 Mar 2014 01:29 AM PDT

Unplanned holiday di Bukit Tinggi Pahang merupakan percutian last minit yang memang tidak terlintas diminda Cik Fazz and The Gang. Plan asal adalah untuk melawat Zoo Negara. Disebabkan terkejut mendengar harga tiket Zoo Negara yang agak mahal dan lari bajet, kami telah menukar plan disaat-saat akhir. Maka, akhirnya kami mengambil keputusan untuk pergi menenangkan fikiran di pusat peranginan Bukit Tinggi Berjaya Hills, Pahang…
Jarak perjalanan ke Bukit Tinggi yang sepatutnya mengambil masa dalam 45 minit sahaja untuk sampai ke sana, bertambah menjadi sejam lebih.  Hal ini kerana, kami sudah terlajak memasuki lorong untuk ke Bukit Tinggi. Perkara ini terjadi kerana kami keliru dengan signboard yang menunjukkan kawasan Bukit Tinggi tersebut. Sebab,  signboard kat situ memaparkan Bejaya Resort dan bukannya Bukit Tinggi. Tak haru kami dibuatnya.. sudah la Cik Fazz ni tak pernah pergi Bukit Tinggi tu… manalah tahu memang signboard untuk ke Bukit Tinggi adalah Berjaya Resort… So kawan-kawan, kalau nak ke Bukit Tinggi, anda semua kena cari signboard Berjaya Resort ya… Jangan jadi macam Cik Fazz pulak, terlajak sampai ke bandar Pahang…
Ok, setelah mengharungi keadaan jalan yang agak mencabar, akhirnya kami semua sampai ke tempat yang dituju…. Dengan membayar RM12.00 seorang, dan memakirkan kereta dibangunan yang disediakan, kami memulakan pengembaraan kami di dalam kawasan percutian hebat ini…
Destinati pertama yang kami lawati adalah, bangunan Colmar Tropical. Tempat istirehat bertemakan keunikan gaya Perancis ini berkeluasan di atas 80 ekar hutan hujan tropika yang menghijau. Cik Fazz memang teringin nak datang ke sini sebab Cik Fazz kagum dengan ciri reka bentuk hotel berinspirasikan Colmar Village di Alsace, Perancis pada abad ke-16. Jauh tu kalau nak pergi Perancis oi…. Bangunan ini memang copy&paste reka bentuk bangunan dekat  Negara Eropah sana tu. Kami berpeluang menikmati pelbagai kemudahan unik yang disediakan, antaranya termasuklah jambatan jongket, replika angsa, dan menara jam cuckoo mirip Menara Riquewhir di Perancis. Di halaman resort pula, turut disediakan dengan ruang makan untuk menjamu selera dengan kepelbagaian himpunan sajian antarabangsa. Pada sesiapa yang gemar mencuba makan luar negara, boleh la mencuba di sini tanpa perlu pergi ke luar Negara. Colmar Tropicale Berjaya Hills merupakan penginapan sempurna bagi sesiapa yang mencari suasana yang berlainan dengan penginapan yang selesa dan kemudahan yang menakjubkan. First class gitu…
Destinasi kedua kami pula adalah Taman Bunga. Kalau tak silap Cik Fazz, nama taman itu adalah Botanical Gardens kot. Menjejakkan kaki di taman ini, mata Cik Fazz and The Gang dihamparkan dengan pemandangan yang sangat cantik dengan bertemakan suasana taman bunga di dalam hutan. Cik Fazz sendiri pun tak larat nak melawat seluruh kawasan. Kerana kawasan ini sungguh luas dan perlu melalui jalan khas yang disediakan. Oleh kerana Cik Fazz tak ada stamina, memang tak larat la nak menuruni bukit. Sudah la kena turun bukit, nak naik a.k.a mendaki bukit lagi la Cik Fazz tak larat… hehehe Pada sesiapa yang gemar akan bunga-bungaan, boleh la melawat ke taman bunga ini. Memang mempesona bunga-bunga yang ditanam di sini… sungguh unik..
Seterusnya, Cik Fazz and The Gang meneruskan lawatan kami ke Japanese Village yang terletak berhadapan Botanical Gardens. Di dalam perkampungan ini, kita akan dapat melihat rumah-rumah Jepun yang unik, sungai yang cantik serta beberapa suasana seperti yang digambarkan di negara Jepun itu sendiri. Di dalam salah sebuah rumah Jepun tersebut, terdapat juga khidmat menyewa pakaian Jepun iaitu Kimono yang boleh disewa dengan harga RM20.00 kalau tak silap Cik Fazz. Turut dijual adalah teh hijau Jepun pada harga RM15.00. Suasana di Japanese Village ni buat Cik Fazz rasa macam nak tinggal terus je dekat situ… hehehe Suasana yang sangat nyaman dan mendamaikan kalbu Cik Fazz tao… terbaiklah!!!
Cukuplah sekadar sampai di sini saja la cerita Cik Fazz. Kita jumpa lain cerita lagi ye kengkawan…
Gambar untuk tatapan rakan-rakan....










 

BLOG PAHANG

Copyright 2010 All Rights Reserved