Isnin, 13 Jun 2011

06 di janda baik - Google Blog Search

06 di janda baik - Google Blog Search


Rindukan <b>Janda Baik</b> | Recreations | Ruslie Sophian

Posted: 09 May 2011 11:38 AM PDT

Lada 4WD milik ku yang sudah diubahsuai ketika mendaki bukit licin di Janda Baik.

Kalau dah sesuatu yang baik, sape tak rindu, kan? Jadi tak hairanlah aku juga termasuk golongan yang rindukan Janda Baik! Hohoho….tapi jangan silap faham, ya! Janda Baik yang aku maksudkan ini tak sama dengan janda baik….!

Asal ceritanya masa aku terima tugasan sebagai Sales and Marketing Manager syarikat pengedar kenderaan pacuan roda jenama LADA keluaran Russia kira-kira 15 tahun lalu. Sebelum itu aku dah tahu bahawa kenderaan ini memang payah nak jual. Kalau kita perhati kat jalan raya, kenderaan ini memang sukar ditemui. Tapi kerana cabaran….aku terima tugas itu!

Mula masuk kerja, aku selongkarkan fail-fail customer lama. Langkah seterusnya hubungi mereka dengan tawaran pemeriksaan percuma pada hujung minggu di bengkel kami. Meskipun Pengarah Urusan dan Pengurus Besar agak was-was pada tindakan aku ini, tapi aku tetap yakin. Aku yakin customer lama akan datang!

Nah…kau!! Tepat pada tarikhnya…23 buah Lada 4WD muncul di workshop kami. Mekanik-mekanik kami tak menang tangan membuat pemeriksaan rapi pada kenderaan-kenderaan yang hadir. Riak wajah setiap pelanggan mula nampak berseri. Mereka gembira kami mengambil-berat dan memberi perhatian masalah yang kerap mereka hadapi.

Sebenarnya kenderaan ini tidak banyak masalah. Enjinnya hanya basic. Cuma alternator perlu ditukarkan kepada yang lebih besar untuk kesesuaian dengan cuaca negara kita. Selain itu, sistem transmisinya yang permanent 4WD kerap disalahgunakan oleh pemiliknya. Aku terpaksa memberi penerangan teknik pemanduan pacuan 4-roda.

Kali pertama masuk hutan peserta menghadapi masalah ketika meniti jambatan batang balak.

Lantas ada suara-suara yang cadang diadakan satu off-road trip untuk mereka. Lalu aku usulkan sebagai permulaan kita adakan satu family camping dengan laluan mild off-road. Semua bersetuju dan mereka ternanti-nanti acara sebegini diadakan.

Memandangkan ada peserta yang akan membawa anak kecil, aku terpaksa tentukan satu kawasan yang selamat. Di samping isteri-isteri dan anak-anak mereka berlibur di kawasan perkhemahan, pemilik-pemilik berpeluang mempelajari teknik pemanduan pacuan 4-roda di laluan yang mencabar.

Selepas dibuat tinjauan, aku mengambil keputusan membawa mereka ke Janda Baik. Dan seterusnya tapak perkhemahan kami yang pertama itu berterusan menjadi base-camp kami pada setiap hujung minggu.

Kini setelah lebih 15 tahun tak ke sana, terasa rindu pula untuk camping dan main off-road di hutan Janda Baik.

Share on Facebook

Share/Save/Bookmark

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads