Selasa, 7 Jun 2011

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


[Kami Rekemen] Felda Residence Tekam, <b>Jerantut</b>

Posted: 13 May 2011 09:04 AM PDT

Salam 1Keluarga semua.. Mulai hari ini sehingga Ahad, Ibnu K akan berada di Hotel Felda Residence Tekam di Jerantut Pahang ni untuk kursus khas bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk menjadi lebih cemerlang dari biasa sebagai seorang manusia..

Kali pertama menjejakkan kaki ke resort ni Ibnu K dah terpegun dah.. Memang best.. tengoklah sahaja bentuk unik bangunan receptionnya.. Dengan rekabentuk menarik dan susunan landskap yang indah.. Ibnu K rekemen anda supaya bercuti ke Felda Residence Tekam ni di Jerantut.. Dekat-dekat dengan Jeti Taman Negara di Kuala Tahan.

Dengar khabarnya, esok kami akan dibawa berakit di Sungai Pahang. Tak sabarnya nak tunggu esok. Kena bangun pagi untuk senaman pukul 6.45 pagi.

nuffnang_bid = "f75b493126bcce94d087125518971d2a"; // ]]>

Teruskan baca entry ini…

Inilah lokasi tempat Ibnu K dan rakan-rakan lain duduk sepanjang tiga hari di kursus ini. Maklumlah, Ibnu K kan wartawan. Ada ketikanya kita kena mengikuti kursus yang dijalankan di sini. Ibnu K tengok, suasana di Felda Residence Tekam ni sesuai untuk keluarga kalau nak bercuti dengan suasana kampung. Ada penginapan chalet dan juga bilik-bilik yang disediakan. Macam yang Ibnu K duduk ni kira chalet lah.

Korang tengoklah sendiri suasananya di sekitar kawasan rumah yang dibina mengikut rekabentuk rumah awal peneroka Felda dulu tak silap Ibnu K. Belakang chalet ni banyak pulak pokok-pokok buah yang kalau musimnya mesti berbuah. Silap-silap boleh makan.

Ini rupa dalam chalet, masuk-masuk je pintu inilah yang nampak.. Dua buah katil single dengan dilengkapi penghawa dingin.

Ada pulak tangga kecik yang menuruni dalam chalet untuk ke katil ketiga yang ada privacy sikit. Macam bilik plak dibuatnya. Memang cute dari luar.

Dan inilah geng dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang sama-sama mengikuti kursus khas bersama kementerian di Felda Residence Tekam di Jerantut Pahang ini…

Jadi.. kepada korang yang sedang merancang cuti-cuti.. Bolehlah masukkan Felda Residence Tekam sebagai salah satu lokasi percutian anda..

Ibnu K : Kami rekemen baik punya!!!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads