Rabu, 8 Jun 2011

06 di mempaga - Google Blog Search

06 di mempaga - Google Blog Search


YnaSweety: Kisah <b>Mempaga</b>

Posted: 01 Apr 2011 05:11 AM PDT

Pada 24 November- 01 Disember 2008 aku telah mengikuti latihan kem tahunan Palapes UPM dan Mempaga telah menjadi tempat pilihan pegawai  dan jurulatih. Mengikut pendapat pegawai dan jurulatih tempat itu adalah tempat yang terbaik untuk kadet seperti kami. Apa lagi aku pun dengan senang hatinya membenarkan diri menerima kem tahunan yang sememangnya mencabar mental dan fizikal.

MARA,,,,

Aku ditempatkan dalam platun 1 seksyen 2. Kami mara untuk pertama kalinya.Melalui semak samun,parit dan longkang serta pokok-pokok kelapa sawit yang dihiasi tahi lembu. Hanya tuhan dan kawan-kawan seperjuanganku yang merasai apa yang aku fikirkan dan alami ketika itu. MENYESAL aku masuk rotu.huhuhu..tapi aku kembali waras dan cuba memujuk diri,,perjuangan ini mesti diteruskan. Dengan backpack yang berat aku cuba sedaya upaya untuk memikulnya.,Kalau Suzi bolah bawa kenapa aku tak boleh..heheheh. Tulang- tulang aku macam nak tercabut ketika mara bawa backpack bersama untuk hari pertama. Hari pertama mara dua orang sahabatku telah ditimpa kecelakaan. Begini ceritanya; Dua orang makhluk tuhan itu mancari laluan terbaik untuk menyeberangi parit yang kukira kedalamannya boleh tahan juga. Selepas berpuas hati, dua orang sahabat ini memilih laluan yang agak baik, tak berair. Mereka pun mencampakkan backpack ke seberang parit. Selepas itu melompat,,,tetapi tak berjaya melepasinya. Mereka tercampak ke dalam parit yang banyak lumpur. Mereka ditenggelami oleh lumpur hingga ke paras lutut,,,susah nak cabut kaki dari lumpur tersebut. Dengan bantuan rakan-rakan lain akhirnya mereka berjaya dikeluarkan.

Sepanjang mara aku telah mempelajari banyak benda, mengenali siapa kawan-kawan aku yang sebenarnya dan macam-macam lagi. Aku menjadi seorang yang menghargai air. Walau bagaimanapun air yang aku bawa dalam water bottle tak mencukupi. Hanya cukup untuk minum,ambik air sembahyang dan membuang benda-benda yang sepatutnya. Aku tak mandi.huhhuhu..tak selesa. Gatal-gatal pun menyerang badan aku. Klimaks dalam cerita mara ini ialah ketika pada satu malam; pada petang sebelum hari kejadian ajutan telah ambik kami dan beliau telah berdoa untuk meminta agar hujan turun dengan lebat dan disertai puting  beliung. Selepas makan malam kami dilepaskan untuk pentadbiran masing-masing. Aku tak sempat memasang khemah bersama budy aku tiba-tiba angin bertiup dengan kencang disertai dengan hujan lebat dan petir. Aku dan budy aku pun menumpang berteduh di khemah platun sarjan tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Nasib baiklah sarjan baik hati pada malam itu. Habis basah kuyup dan kesejukan kami pada malam itu Tidak lama kemudian tuan Haikal mengarahkan kami berkumpul. Kami diarahkan minum air dalam water bottle sehingga habis. Selepas itu kami diberikan "crispo" sebanyak 2 bungkus untuk menambahkan tenaga konon-kononnya. Pada malam yang dingin itu aku amat sedih sehingga menitiskan air mata kerana melihat kesakitan tulang belakang yang ditanggung oleh seorang insan yang bernama sahabat. Alhamdulillah beliau sihat selepas latihan kem tahunan dan masih tersenyum seperti biasa.

SERANGAN/PERTAHANAN/PENGUNDURAN

Kami memulakan pergerakan seawal pukul 4 pagi untuk menyerang tanah terpenting musuh. Dalam keadaan mamai aku berjalan dengan lajunya. Aku tidur sambil berjalan dan terjaga apabila merasai benda licin menyapu tapak kasutku,,,sah lah itu tahi lembu. Kami tiba awal ke tempat atur bentuk dan aku terpaksa menunggu jam H untuk serangan. Apa lagi inilah peluang yang aku tunggu-tunggu untuk membuta sepuas hati tanpa gangguan sesiapa. Alamak!!! Nyamuk yang banyak dan besar mengganggu tidurku pula.Huhuhu..sabar jela. Saat yang ditunggu pun tiba. Kami memulakan serangan. Dengan semangat yang berkobar-kobar aku membuka langkah dengan gagahnya. Ganjil gerak!!! Pom pom pom!!! Tiba-tiba halangan yang tinggi muncul di hadapanku. Aku cuba untuk memanjatnya tapi berkali-kali aku tergolek ke bawah. Mental…aku dan rakan-rakan yang lain berlari ke tepi bukit dan mencari laluan untuk memastikan kami berjaya naik ke puncak bukit. Aku tak sempat naik bukit musuh sudah berundur.
Dalam pertahanan banyak kerja yang perlu dibuat. Buat pertama kalinya aku dan rakan-rakan menggali kubu untuk GPMG dan Mortar. Berita gembira buat kami apabila kubu persendirian tidak perlu gali. Tiba- tiba pada petang itu platun 1 dan 2 diarahkan berpindah ke bukit lain. Kini platun 1 terasing di bukit yang pertama untuk serangan oleh musuh. Kami melakukan rutin harian seperti biasa. Walaupun penat dan kadang-kadang mental tetapi aku masih boleh tersenyum dengan melihat telatah rakan-rakanku yang mencuit hati terutamanya 'ajutan kecik' dan ct khai. Hari terakhir di bukit pertahanan adalah hari yang aku tunggu-tunggu dan pada hari itulah juga kami diserang oleh musuh iaitu senior. Aku amat terkejut gila babi apabila musuh dengan selambanya lalu disebelah kubu aku. Ketua platun pun dengan segera melaporkan berita itu kepada OC iaitu tuan Haikal dan beliau mengarahkan kami buat tak tahu je musuh lalu dekat pertahanan kami. Selepas kami berlakon berbalas-balas tembakan kami pun melakukan pengunduran. Aku sebagai ketua seksyen 3 pada hari itu merupakan orang terakhir yang bergerak dalam platun 1. Pengunduran platun1 mendapat pujian daripada pegawai dan jurulatih. Ini menaikkan lagi moral aku sebagai seorang kadet. Maka berakhirlah sudah kisah aku di Mempaga. Sekian terima kasih. 
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Karnival MTB Felda Ride 2011: KATEGORI DAN HADIAH

Posted: 30 May 2011 01:06 PM PDT

Karnival MTB Felda Ride 2011: KATEGORI DAN HADIAH Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads