06 di merapoh - Google Blog Search |
BLOG PAHANG: 06 <b>di merapoh</b> - Google Blog Search Posted: 18 Jun 2011 09:13 PM PDT Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran al Baqarah : 164 Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut Taqdir (yang telah ditetapkan) Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1938/ 1939 yang meliputi tiga buah negeri di semenanjung malazi yakni Pahe, kelate, Tranung The park is hereby dedicated , set aside and reserve in perpetuity in trust for the purpose of the propagation, protection and preservation of the indigenous fauna anf flora , and the preservation of objects and places of aesthetic, histirical or scientific interest… Taman negara selaku suatu ecosystem hutan yang kaya yang telah berusia 130 million tahun menyediakan suatu yang istimewa kepada pengunjungnya untuk mengalami suatu pengalaman yang mendamaikan dengan kekayaan fauna serta flora . sungai sungai yang jernih mengalir dari lembah Hutan Tanah Pamah dipterokarp yang merupakan sebahagian besar Tanah taman Negara yakni seluas 2501.568 km persegi ( 250156.8 hektar…menampung kira kira 14000 spesies tumbuhan, 200 spesies mamalia 300 spesies burung. Awan meliputi puncak gunung tahan serta buleh ditemui pada ketinggaian 1500 meter bersamaan 4921.26435 kaki above sea level. Menurut ahli ekologi hutan, jenis hutan ditentukan menerusi ketinggian tanah dari aras laut Jenis hutan mengikut ketinggian dari aras laut di Negara Malazi 4921kaki=1500meter ke atas Upper Montane Forest Antara 3937kaki= 1200meter hingga 4921kaki=1500 meter Montane forest Antara 2460 kaki=750meter hingga 3937kaki=1200meter Upperhill dipterokarp forest Antara 984kaki=300meter hingga 2460kaki=750meter 984kaki=300meter ke bawah Telah diusaha hasilkan (selaku production forest sejak 39 tahun lalu… Coastal Hill Forest Peat swamp forest (paya gambut…. Mangrove forest ( paya bakau…. ( 0 meter… ke atas sehingga peat swamp forest Forestry Department Headquarters Semenanjung malazi Anda buleh merujuk map askar skala 1:50000 untuk melihat ketinggian bukit dari aras laut… above sea level… Anggaran bilangan harimau di Taman Negara adalah 100 harimau, bilangan gajah dianggarkan 450 gajah yang menjadikan taman Negara selaku home range bagi dua fauna yang utama di Negara ini… Satu hektar hutan taman Negara mengandungi kira kira 100 spesies tumbuhan yang membekalkan makanan kepada gajah seladang, badak, rusa, kijang,pelanduk. Hutan Taman Negara adalah Khazanah Negara yang harus dipertahankan demi penerusan warisan Negara untuk generasi Insan pada masa depan. Sungai tahan mengalir dari gunung tahan menuju ke Kuala T Gua Bi'wah dan Gua Taat buleh ditemui setelah menaiki speed bot dalam tempoh 2 hour dari Pengkalan Kawi di Kuala Berang Rakyat dari Sumatra dikatakan buleh berjalan kaki menuju ke Melaka pada era Neolithic tersebut. Taman Negara merupakan tempat yang diminati ramai untuk aktiviti memancing terutama di hulu sungai Tahan Lata Berkoh merupakan kawasan berkelah yang baik dikeliling pokok serta lanskap tunbuhan yang menarik. Mendaki Gunung Tahan Laluan yang mudah ialah mula mendaki dari Merapoh menerusi kuala Juram sehingga sampai ke puncak gunung Tahan. Kemudianmenuruni Gunung tahan menuju ke Kuala Juram seterus nya ke Merapoh. Lauan ini adalah yang mudah jika dibandingkan laluan dari kuala tahan yang lebih mencabar. Titian silara…canopy walkway Titian silara sepanjang 231 meter telah dibina di silara pokokpada tahun 1993 dan fasa kedua sepanjang jarak 200 meter telah dibina pada tahun 1995. Titian silara di taman Negara kelate sepanjang 230 meter telah dibina pada tahun 2000. Kampong Yong mereupakan kampong ore asli batek yang mana satu bentuk penempatan ore asli di Negara ini. Aktiviti pemerhatian burung buleh dijalankan dengan melihat variasi burung seperti jenis rimba, sambar, merbah, tiong mas, bayan nuri, serindit, kelicap kunyit, etc Sungai Relau terletak kira kira 7 km dari Bandar Merapoh yang mana Jarak antara Gua Musang dengan Merapoh adalah 34km manakala jarak Bandar kuala Lipis dengan Merapoh adalah 100km. Perkhidmatan Keretapi antara Gemas lembah Kelang dan Tumpat… Tanjong Mentong buleh ditemui setelah menaiki speed bot dari pengkalan kawi Kuala berang Tranung kite… Taman Negara Kelate buleh ditemui setelah memandu 230km dari Lembah Kelang dan 185 km kota bharu. 45 km dari gua Musang…dengan jalan berturap melalauyi felda aring Permit masuk taman Negara RM1.00 per person Penginapan di taman Negara Kuala tahan …kebanyakannya diswastakan Mutiara Resort 09-2663500 Sungai Relau Merapoh Kuala Koh…Lubuk Kedah taman Negara Kelate Tanjong Mentong …menerusi Pengkalan kawi kuala berang Fungsi hutan selaku protected area: These aquifers are the most important source of freshwater supply for both industrial and domestic purposes Freshwater from aquifers An excellent natural laboratory for studying biological and ecological aspects of dipterocarp forest, endangered animal and plant species and genetic resources. Function as a control ecosystem for the study of human impacts on tropical forest ecosystems so that management strategies and programs can be properly designed. The research and educational functions of the park have been utilized by both domestic and international academic communities. Tourists have been attracted by the beauty of the scenery, the opportunities of observing nature, hiking, camping, and canoeing along the rivers. Contoh saya berikan... Hutan yang tumbuh di bukit serta gunung adalah kawasan tadahan air yang mana akar pokok buleh berfungsi untuk melambatkan pergerakan air dari awan menuju ke sungai dengan daya menampan di daun poko, batang pokok dahan, ranting akar pokok...buleh di tamsilkan seperti penapis teh di kedai mamak yang mana serbuk teh menyebabkan air teh turun dengan perlahan ke dalam gelas... jika tiada pokok di bukit serta gunung di negara ini...air hujan yang turun akan terus mengalir ke sungai dengan membawa bersama sedimen butiran tanah yang impack kepada sungai menjadi tohor serta air sungai akan keruh... contoh saya berikan dengan kita harvest logging operation kayu yang berdiri di dirian hutan dengan mendapat RM sebanyak RM12 million bagi 100 hektar dirian hutan yang kaya dengan kayu meranti Bila hujan turun dengan banyak air sungai Pahe akan melimpah naik ke daratan dimana rakyat mendirikan rumah serta kedai...Banjir melanda...Berapa kerugian akibat banjir kesan dari logging operation yang rakus... banjir mungkin melanda beberapa tahun selagi sungai tidak di dalam kan akibat sedimen butiran tanah yang telah mendap di dasar sungai...Sungai serta parit perlu di dalamkan supaya tidak melimpah sekiranya hujan menimpa bumi... Puliharalah hutan Khazanah Negara ... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
30 April – 3 Mei 2009: Berkomplot <b>di</b> Taman Negara <b>Merapoh</b>, Pahang <b>...</b> Posted: 04 May 2009 05:16 PM PDT Cuti tiga hari sempena Hari Buruh 2009 sehingga 3 Mei 2009 telah digunakan Penulis dengan mengikuti aktiviti Kelab Kembara Maybank menjelajah Taman Negara yang terletak di Pahang dan tidak jauh dari sempadan Pahang – Kelantan. Peserta komplot Merapoh seramai 29 orang berkumpul di Menara Maybank sekitar jam 10 malam 30 April 2009 dan bertolak menuju ke destinasi sekitar jam 1 pagi 1 Mei 2009 setelah menunggu kelibat dua peserta terakhir dari Johor tiba dengan bas ekspres di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur. Di dalam perjalanan. Komplot tiba di pekan Merapoh pada jam 8 pagi dan bersarapan pagi di sana. Kira-kira satu jam kemudian perjalanan diteruskan ke pintu masuk Taman Negara Merapoh, yang juga merupakan salah satu pintu masuk untuk pendaki Gunung Tahan. Pihak penguasa Taman Negara Merapoh memerlukan peserta yang masuk ke kawasan hutan (termasuk untuk mendaki Gunung Tahan) untuk mengisytiharkan barang dan perkakasan yang dibawa sepanjang tempoh di dalam hutan; di mana jumlah barang dan perkakasan tersebut perlu dibawa keluar di dalam kuantiti yang sama. Kegagalan peserta untuk membawa keluar kuantiti yang sama tersebut akan mengakibatkan peserta didenda RM50 untuk setiap barang / perkakasan. Barang / perkakasan yang perlu diisytiharkan adalah pakaian, plastik, botol, gas dan kasut / selipar / stokin. Ini adalah untuk memastikan kebersihan Taman Negara Merapoh. Komplot mengisytiharkan barang dan perkakasan. Komplot seterusnya dibawa menaiki 4×4 untuk ke kawasan pintu masuk ke hutan Merapoh dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 18 minit, atau 4 jam sekiranya berjalan kaki. Jalan dari pintu masuk Taman Negara Merapoh ke pintu masuk hutan Merapoh berbukit-bukau serta berturap tar. Sesampai di pintu masuk hutan Merapoh, komplot merehatkan diri sebentar di sungai berhampiran dan makan tengahari. Di sini komplot diperkenalkan dengan guide perkhemahan seramai empat orang termasuk seorang ketua guide yang berpengalaman luas yang dikenali sebagai Pak Lang. Kawasan tersebut dikerumuni dengan banyak lebah, dan komplot telah dinasihatkan untuk tidak menampar lebah-lebah tersebut – cukup dengan sekadar menghalau kumpulan lebah tersebut. Beraksi di pintu masuk hutan Merapoh. Perjalanan diteruskan ke tapak perkhemahan di Kuala Luis yang terletak 5 kilometer dar pintu masuk hutan Merapoh. Trekking ke tapak perkhemahan mengambil masa selama 3 jam melalui 4 anak sungai dan kawasan yang tidak rata. Terdapat sekumpulan anak muda (yang dibawa Pak Lang sebelum komplot Merapoh yang Penulis sertai tiba) telah pun mendirikan khemah kecil di tapak tersebut. Komplot menyeberang sungai. Hari hampir gelap dan komplot cepat-cepat mendirikan khemah dan menyediakan makan malam. Aktiviti ritual Kelab Kembara Maybank setiap kali aktiviti yakni sesi memperkenalkan diri masing-masing dijalankan setelah selesai makan malam. Sebahagian ahli komplot terus tidur akibat keletihan; dan sebahagian lagi mengadakan sesi urut-mengurut mana-mana bahagian badan yang terkehel. Aktiviti hari kedua komplot Merapoh untuk mandi manda di Lata Luis yang terletak 6 kilometer dari tapak perkhemahan terbantut kerana akibat hujan lebat malam sebelumnya. Air sungai bertukar warna dan air dah naik kepala paras air naik. Hari kedua dihabiskan dengan jelajah sekitar tapak perkhemahan, mandi manda, berbual dan tidur (ye, tidur). Komplot wanita menyediakan makan tengahari. Aktiviti mandi-manda. Aktiviti night walk pada malam kedua turut dibatalkan apabila hujan turun dengan agak lebat, dan digantikan dengan demonstrasi mempertahankan diri dengan silat cekak oleh anak buah Pak Lang. Hari terakhir komplot Merapoh pada 3 Mei 2009 bermula seawal pagi dengan sarapan nasi lemak dan kemas mengemas kawasan perkhemahan. Tepat jam 11 pagi komplot Merapoh bergerak keluar dari Kuala Luis dan tiba di pintu masuk hutan Merapoh. Lebah masih lagi berkerumun di kawasan tersebut. Tepat jam 2:30 petang beberapa guide Taman Negara Merapoh datang dengan satu bekas penuh makanan ikan untuk memberi ikan-ikan kelah makan. Ternyata ikan-ikan kelah tersebut jinak di mana mereka melompat-lompat untuk mengambil makanan dari tangan. Guide memberi makan kepada ikan kelah. Sekitar jam 3:30 petang ahli komplot menaiki 4×4 untuk ke pintu masuk Taman Negara Merapoh dan keluar dari kawasan tersebut jam 5:30 petang dan makan malam di pinggir pekan Merapoh. Ahli komplot Merapoh tiba di Kuala Lumpur jam 1:30 pagi 4 Mei 2009. Letih, tetapi perlu bekerja pada keesokan harinya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di merapoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen