06 di pekan - Google Blog Search |
Pancapersada: Pusingan Kelayakan Polo Piala Dunia FIP <b>di Pekan</b> Posted: 23 May 2011 12:09 AM PDT
Menurut Presiden Royal Malaysia Polo Association (RMPA) KDYTM Kesemua mereka akan berentap di tiga buah venue yang berbeza iaitu di Royal Pahang Polo Club di Pekan, Putrajaya Equestrian Park di Precint 5 dan juga Royal Selangor Polo Club. Menurut KDYTM Tengku Abdullah lagi, pasukan Malaysia mempunyai harapan cerah melepasi pusingan kelayakan memandangkan banyak persiapan rapi telah dibuat sebelum ini. Selain menerima latihan dan mengadakan perlawanan persahabatan selama dua bulan di Argentina pada pertengahan September sehingga November lalu, pasukan Malaysia juga turut giat menyertai dua kejohanan sebagai pemanas badan iaitu di kejohanan Polo Terbuka Malaysia dan Terbuka Terengganu. Baru-baru ini juga, skuad negara telah menyertai Kejuaraan Polo Terbuka Thailand dan muncul naib juara setelah tewas kepada tuan rumah di final. Ditambah lagi dengan deretan penajaan daripada beberapa syarikat gergasi seperti Audi, Genting, Berjaya, Magnum, Sime Darby, Ranhill, Ibil, Eurocopter, 100 Plus dan juga Jaeger-LeCoultre; adalah dijangkakan Malaysia boleh mencipta kejutan kali ini.
Sebagai makluman, pasukan Malaysia terdiri daripada Shaik Reismann, 35 tahun (Handicap 3), Amran Selamat, 32 tahun (Handicap 2), Muhammad Edham Shaharuddin, 35 tahun (Handicap 4), Saladin Mazlan, 30 tahun (Handicap 3) dan Tengku Ahmad Shazril (Handicap 3). Shaik Reismann yang merupakan kapten pasukan adalah pemain tunggal Malaysia yang pernah beraksi dalam Polo Piala Dunia FIP iaitu di Jaipur, India pada tahun 2000 di mana ketika itu beliau mewakili Singapura. Pasukan negara di bawah tunjuk ajar jurulatih Carlos Pandor dari Argentina, dijadualkan bertemu dengan pasukan New Zealand dan India dalam pusingan pertama. Atas kertas; Afrika Selatan, New Zealand dan Australia yang muncul tiga pasukan terbaik pada kelayakan kali terakhir di New Zealand, dilihat sebagai pasukan pilihan untuk mara ke final. Namun, tiada yang mustahil dalam mencipta kejayaan. Kumpulan Zon 1 : Australia, Malaysia Zon 2 : New Zealand, India Zon 3 : Afrika Selatan, Pakistan, Nigeria Jadual 13 Jun : Afrika Selatan vs Nigeria 14 Jun : Australia vs India; Malaysia vs New Zealand 15 Jun : Pakistan vs Nigeria 17 Jun : Malaysia vs India; Australia vs New Zealand 18 Jun : Afrika Selatan vs Pakistan 21 Jun : Separuh Akhir 24 Jun : Tempat ketiga 25 Jun : Pusingan Akhir Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di pekan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen