Rabu, 15 Jun 2011

06 di rompin - Google Blog Search

06 di rompin - Google Blog Search


4WD Lee Tong Kang <b>Di</b> Hutan Endau <b>Rompin</b> | Recreations | Ruslie Sophian

Posted: 19 May 2011 12:54 AM PDT

Tong, Kang bersama aku sedang pasang pelekat iklan di hari pelepasan.

Selepas beberapa kali aku mengadakan aktiviti family camping untuk pemilik-pemilik Lada 4WD di Janda Baik, Laman Bistari dan Pertak, Kuala Kubu Bharu, tibalah masa aku menyertai satu ekspedisi lasak 4WD yang dinamakan 'Trail Blazer' anjuran Asian Adventure Team ke hutan hujan Endau-Rompin.

Aku terpaksa menyertai acara ini kerana dicabar oleh orang kuat Asian Adventure, iaitu Dr. Zaini Sharani dan Halim Rahman bagi membuktikan Lada 4WD mampu mengharungi laluan lasak dan mencabar anjuran mereka itu.

Aku kaget seketika apabila dua orang pelanggan kami, Encik Tong dan Encik Kang ingin turut serta dengan Lada 4WD mereka. Aku perhatikan kedua mereka  atas bawah. Belum sempat aku bersuara….!

Encik Kang pantas bersuara. Ilmu mengendali pacuan empat roda yang aku ajar selama ini sudah tiba masanya untuk dipraktikkan dalam aktiviti 4WD lasak anjuran Asian Adventure itu. Ini disokong oleh Encik Tong dengan penuh yakin.

Bukan sahaja setakat kemahiran yang ditimba dari aku, bahkan pengalaman mereka pernah membuat reccee laluan

Lada 4WD aku dilepaskan

mencabar bersama aku sudah cukup untuk menyahut cabaran Asian Adventure Team. Di sini nanti mereka akan turut sama mempromosikan Lada 4WD kepada peminat-peminat pacuan empat roda lasak.

Sesungguhnya aku bangga atas keyakinan mereka. Setidak-tidaknya Dr. Zaini Sharani, pelopor dari Malaysia acara Camel Trophy ke Australia dan Halim Rahman, peserta kedua dari Malaysia menyertai acara Camel Trophy di Madagascar, akan tersenyum melihat aku yang pernah menimba ilmu pacuan empat roda dari mereka sudah berjaya mendidik peserta lain dalam teknik-teknik pemanduan pacuan 4-roda lasak di hutan rimba.

Lada 4WD melepasi titi balak.

Tetapi yang pasti pihak syarikat mendapat promosi percuma atas penyertaan kami itu. Lalu aku kemukakan permohonan tajaan, setidak-tidaknya servis percuma untuk dua buah Lada 4WD milik Encik Tong dan Encik Kang serta sedikit kos makan minum kami dalam acara selama 4 hari 3 malam itu.

Menyedari betapa pentingnya penyertaan kami sebagai promosi, pihak syarikat bersetuju dan luluskan jumlah peruntukkan yang agak mewah kepada kami. Di samping itu, dua orang mekanik akan turut bersama kami sebagai persediaan sekiranya berlaku break-down dalam hutan.

Daripada laluan awal melalui Janda Baik ke Kinaboi dan keluar di Kuala Kelawang

Lada 4WD Kang berjaya melepasi titi dengan baik.

membawa ke hutan dari Felda, Bandar Muazam Shah menebusi laluan baru ke hutan Endau-Rompin yang berakhir di Kampung Peta, 3 buah Lada 4WD kami berjaya merentasi semua laluan-laluan lasak dan mencabar dengan penuh bergaya tanpa apa-apa masalah.

Cuma pada peringkat awal laluan Janda Baik ke Kinaboi ketika menuruni laluan bukit yang terdapat batu-batu besar, Tong dan Kang agar gabra dan kekok sikit. Tetapi apabila mereka melihat aku memandu Lada 4WD yang dipasang dengan  American steel rim yang agak lebar berjaya menuruni bukit itu dengan selamat, ini memberikan keyakinan bahawa mereka pun boleh lakukan dengan tayar dan rim original.

Kejayaan awal kami rentasi laluan mencabar itu disambut dengan tepukan daripada ramai peserta, termasuk beberapa peserta dari Italy. Mereka mula kagum melihat Lada 4WD mampu mengharungi laluan sukar dan amat mencabar itu.

Lada 4WD Tong tergelincir.

Lalu seorang peserta membuat seloroh…ini semua atas didikan Lee, maka Tong dan Kang mampu mengendali Lada 4WD mereka dengan baik. Sehingga acara berakhir di Desaru Resosrt, nama Lee Tong Kang berterusan menjadi nama panggilan kami bertiga.

Hehehe….Lee Tong Kang pun Lee Tong Kang lah! Jangan jadi Lee Tongkang dahlah….huhuhu!

Share on Facebook

Share/Save/Bookmark

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads