06 di rompin - Google Blog Search |
BLOG PAHANG: 06 <b>di rompin</b> - Google Blog Search Posted: 26 Jun 2011 07:32 AM PDT Kuala Rompin terletak di dalam daerah Rompin di Negeri Pahang kira-kira 133 km dari Kuantan. Jika anda ingin datang dari Kuala Lumpur perjalanan ke Kuala Rompin mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit melalui jalan darat. Royal Pahang Billfish International Challenge adalah acara tahunan bertaraf antarabangsa yang diadakan di di sini, menarik kaki-kaki pancing dari serata dunia termasuklah United Kingdom, Singapura, Australia, Indonesia dan juga Thailand. Bukan sahaja menjadi pintu masuk utama ke Pulau Tioman, Kuala Rompin juga terkenal dengan pelbagai restoran yang menyediakan masakan laut yang lazat dan segar, menggunakan udang dan kepah air tawar ditangkap di kuala Sungai Rompin. Masakan sotong dan ketam juga terkenal di sini. Read the English version here. Cara Ke Kuala Rompin Pahang Bagaimana hendak ke sana? Anda boleh ke Rompin melalui pengangkutan darat atau udara. Jalan Darat: Dari Kuala Lumpur – Seremban – Bahau – Mu'adzam Shah -Lanjut (3.5 jam memandu atau 285 kilometer) Jalan Udara: Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA ke Lapangan Terbang Kuantan Sekiranya anda ingin membuat tempahan penginapan adalah digalakkan menelefon terus ke hotel yang berkenaan. Tempahan awal dapat mengelakkan anda dari kesukaran mendapatkan bilik penginapan terutamanya pada hari cuti umum dan hujung minggu. ROMPIN BEACH RESORT HOTEL SERI MALAYSIA ROMPIN SUMMERSET COLONIAL HOTEL & VILLAS LANJUT GOLDEN BEACH RESORT Tarikan Di Kuala Rompin PahangAktiviti memancing memang sudah sebati dengan Kuala Rompin namun terdapat juga tarikan lain di sini yang tidak kurang hebatnya. Taman Negara Endau-Rompin adalah lokasi tarikan yang sesuai bagi mereka yang sukakan kehijauan, flora fauna serta cabaran di hutan. Popular di kalangan pencinta alam, taman negara ini adalah antara hutan tertua di dunia dan juga habitat kepada beberapa spesis haiwan yang semakin pupus, termasuklah badak sumbu sumatera. Berkeluasan 48905 hektar Taman Negara Endau-Rompin adalah yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara Pahang. Untuk memasuki tempat ini anda perlu mendapatkan pas istimewa dari Perbadanan Taman Negara (Johor) yang boleh dihubungi di talian 07-2237471 atau fax 07-2237471. Alamatnya di JKR 475, Bukit Timbalan, Johor. Dua pintu masuk utama ke Taman Negara Endau-Rompin adalah melalui Nitar dan Kampung Peta (kampung Orang Asli). Jangan lupa menbawa pulang buah tangan berupa cederahati dari rotan yang menarik dihasilkan penduduk Orang Asli. Pantai Lanjut terletak di selatan Negeri Pahang dalam daerah Rompin adalah pantai yang cantik dan tidak tercemar. Terkenal antara pantai terbersih di negeri ini terdapat Lanjut Golden Beach Resort sebagai tempat penginapan. Search Terms:
|
You are subscribed to email updates from di rompin - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen