06 di sungai lembing - Google Blog Search |
nadia ar-rumaisha: Air Terjun Sungai Jin <b>di Sungai Lembing</b> Posted: 12 Jun 2011 05:44 AM PDT Okay, siang tadi memang tak ber update kerana sibuk memenuhi aktiviti... Baru-baru ni dapat jemputan dari staf di kedai perabot sebelah office.. Jemput untuk join BBQ bersama mereka and the geng, di Sungai Lembing.. Mula-mula macam keberatan tapi memandangkan dah terlalu lama tak pergi mandi-manda neh, so nadia terima.. And boleh bawak orang lain.. Nadia bawak adik nadia, malia dan juga kawannya Ila... Oh serius sangat penat drive dengan jalan yang memang mencabar kewibawaan si jaguh.. Serius tau sebab kami bukan ke kawasan yang biasa jadi medan perkelahan di sungai lembing tuh tapi kami ke air terjun sungai jin, air terjun ke? entah? sebab airnya tak terjun sangat, just seperti lata sahaja.... bagi mereka yang biasa berkelah di sungai lembing, biasa kita akan ke kanan dekat area kubur untuk ke tempat berkelah tapi untuk ke sungai jin kena lalu sebelah kiri dan straight sahaja sampai jumpa satu lagi tempat perkelahan... Tak berapa ramai di situ tapi memang cantik...Sebelum sampai akan melalui jalan yang sangat mencabar dan juga perkampungan orang asli kot.. Sebab rambut and muka memang macam orang asli... Apapun sangat seronok... Nadia mandi pun tak lama sebab air terlalu sejuk dan mengundang lelah kalau mandi lama-lama.. Awal-awal kami sampai memang tak ada orang, kira rombongan kami sahaja... tapi dalam jam 3.30 petang tuh, waktu kami dah beransur nak pulang, datang kumpulan-kumpulan yang lain... satu kumpulan famili dan satu kumpulan remaja sahaja.. and yang tak best apabila si remaja itu dengan selamba badak berpeluk dan kiss-kiss kat situ...Public tuh dik oiiii... Patutlah nadia dengar ada antara budak-budak kami jerit-jerit, Amerika Mu! Amerika Mu!.... Rupanya hal tersebut...Entahlah, malas nak komen lebih, fikir sendiri sebab masing-masing punya akal yang Allah telah kurniakan.... Okay, itu saja cerita nadia.. Oh ya esok nadia ada interview di area Semambu.. Doakan yang terbaek untuk nadia ya and esok juga nadia ke klinik sebab kedua-dua telinga nadia masih bernanah dan sedikit bengkak..Ini pun badan semakin kurang enak, demam agaknya..... Okay, kawan-kawan semua, jaga kesihatan, jaga kelakuan dan jagalah kehormatan tak kira di mana sahaja... Ingat, walau manusia tak nampak tapi Allah sentiasa melihat.... Sekian, terima kaseh.... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Dua Rakan Lemas Ketika Mandi <b>Di Sungai</b> Pasir Kemudi | MyNewsHub (BM) Posted: 15 Jun 2011 01:41 AM PDT KUANTAN – Seorang penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kuantan dan sahabatnya mati lemas ketika mandi-manda di Sungai Pasir Kemudi, Sungai Lembing dekat sini pagi Rabu. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Zulkifli Taha berkata, mangsa tersebut penuntut Fakulti Biologi Mohd Adhamerudin Omar, 22, yang berasal dari Padang Sanai, Padang Terap, Kedah dan Amirul Hakim Mustafa, 19, dari Indera Mahkota di sini. Katanya sebelum kejadian, kedua-dua sahabat itu bersama dua lagi rakan mereka dipercayai mendaki Bukit Panorama di Sungai Lembing selepas solat Subuh di Masjid Sungai Lembing. "Kesemua mereka kemudiannya turun dari bukit berkenaan dan terus ke sungai itu di mana dua mangsa berkenaan telah turun ke dalam sungai manakala dua lagi rakannya menyediakan makanan di darat," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu. Zulkifli berkata ketika sedang mandi-manda pada pukul 8.30 pagi tadi, salah seorang daripada mangsa didapati lemas dan beliau cuba dibantu oleh seorang lagi mangsa sebelum kedua-duanya tenggelam. "Dua rakan mereka cuba membantu tetapi tidak sempat sebelum kedua-duanya membuat laporan mengenai kejadian itu," katanya. Menurutnya sepasukan anggota polis, bomba dan orang ramai melancarkan operasi mencari dan menyelamat sejurus selepas itu berjaya menemui mangsa kira-kira sejam kemudian tidak jauh dari lokasi mangsa hilang. Katanya kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga masing-masing. – BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di sungai lembing - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen