Rabu, 8 Jun 2011

06 di temerloh - Google Blog Search

06 di temerloh - Google Blog Search


PTPTN-Mara: Jumpa <b>di Temerloh</b> esok

Posted: 24 Feb 2011 09:18 PM PST

KUALA LUMPUR, 25 Feb: Pemuda PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dan Mara esok, 26 Februari jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang. 

Ketuan penerangannya, Suhaizan Kayat berkata, berdasarkan kepada maklum balas yang sangat positif setakat ini daripada peminjam, keluarga dan mereka yang bersimpati dengan peminjam PTPTN dan Mara, maka Dewan Pemuda PAS Pusat mahu mencadangkan dalam pertemuan esok penubuhan suatu gerakan rakyat  yang dinamakan Gerakan Peminjam-Peminjam PTPTN-Mara (GPP).

"Gerakan ini akan dianggotai oleh para peminjam PTPTN, peminjam pendidikan  Mara, peminjam pelajaran lain-lain agensi, NGO, parti-parti politik dan  individu yang bersimpati," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, matlamat penubuhan GPP adalah untuk mengumpul maklum balas seluruh negara daripada peminjam terhadap kesulitan yang mereka hadapi, mengumpulkan tenaga pakar dalam bidang pinjaman pendidikan di Malaysia.

Katanya, ia juga untuk mengadakan persidangan meja bulat bagi merumuskan keadah penyelesaian yang bersesuaian, mendesak kerajaan memberi perhatian kepada rumusan yang telah dibuat dalam Persidangan Meja Bulat dan membuat tindakan susulan dengan pihak kerajaan.

Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Pusat mempunyai sedikit pengalaman menguruskan desakan rakyat sebelum ini dalam Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP) dan Gerakan Pemansuhan Judi Bola (GMJ).

Menurutnya, kedua-dua gerakan rakyat itu telah membuahkan hasil yang manis kepada rakyat di mana pihak kerajaan telah mendengar rintihan rakyat dan akhirnya PPSMI dan judi bola telah dimansuhkan. 

"Dewan Pemuda PAS Pusat sangat optimis bahawa GPP akan dapat merumuskan jalan keluar terbaik yang sedang dihadapi oleh para peminjam pelajaran sekarang," katanya.

Menurutnya, antara kaedah penyelesaian yang akan dicadangkan dalam pertemuan esok adalah mewujudkan sistem galakan kepada peminjam yang cemerlang dalam pelajaran. 

"Contohnya pinjaman PTPTN atau Mara akan ditukar kepada biasiswa bagi mereka yang cemerlang. 

Cadangan kedua, katanya adalah kerajaan tidak seharusnya membebankan peminjam dengan caj perkhdimatan yang harus dihapuskan.

"Ketiganya adalah memberi subsidi kepada peminjam daripada keluarga yang miskin. 

"Cadangan-cadangan lain akan dikumpulan dan dirumuskan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini," katanya.

Peminjam-peminjam PTPTN dan Mara serta keluarga harus memberi sokongan terhadap gerakan itu dengan hadir dalam pertemuan esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads