Khamis, 23 Jun 2011

06 di temerloh - Google Blog Search

06 di temerloh - Google Blog Search


Mas ker Linda™: Happy <b>di Temerloh</b>

Posted: 05 Jun 2011 06:55 PM PDT

Hari Sabtu baru2 ni balik umah wan kat Temerloh. Ada misi bersama dengan abang Jang. Kami tiba agak lewat, pukul 11.00 pagi. Aiyoo sepatutnya kami tiba lebih awal. Sebaik kami sampai (dengan pakaian nak buat kerja berat).. Tak perlu melawa ler maksudnya. Mak & abang Jang sekuarga tengah bersiap untuk pergi kenduri kawin. Kami pulak malas betul nak salin baju kurung bagai. Jadi kami tak join mereka semua ke kenduri kawin.

Ok sambil menunggu mereka semua balik dari kenduri, kami ambik keputusan untuk merayau dalam bandar Temerloh.  Tetiba jek kami rasa nak masuk dalam happy fried chicken ni. Dah lama tak layan mi kari. Mi kari kat happy ni memang mabeles. Jom ikut kami masuk dalam. 

Tghari sabtu tu, Adam order ayam 3 ketul. Ni namanya dinner plate. Agak2 Adam makan ker ayam ni??

Ini mi kari.. Kami order 2 mangkuk. Memang pekat melekat. Siap dengan ubi kentang. Sayangnya kacang panjang ngan taugeh jek yang tak der. Rasanya memang sedap. Kat Jerantut pun ada Happy Fried Chicken. Kami pernag masuk dolu2.

Asben kata, masin sikit jek. Asben memang tak kuat makan masin. Tapi mi kari habis jugak. Siap cicah dua  ketul bun lagi dengan kuah mi kari. Sedap ler tu.

Adam ni tak der maknanya dia makan ayam tu. Last2 mak bapaknya jugak yang kasi perabih.

Adam sibuk main dengan motor bermuzik tu jek kejenya.

Bil... tambah mineral sebotol & bun 2 ketul = RM27.70


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads