Ahad, 12 Jun 2011

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


<b>Negeri</b> Sembilan sangat serius sebagai <b>negeri</b> yang menyebarkan <b>...</b>

Posted: 10 Jun 2011 05:47 AM PDT

SEREMBAN – 10 Jun : Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan telah membuat satu  tinjauan ringkas tengah hari tadi di surau India Muslim di Rahang Square.

Bangunan surau yang sedang di bina dan hampir 90% siap ini mengandungi dewan serbaguna, di tingkat bawah, sebuah surau di tingkat dua dan pejabat pentadbiran .

Dalam ucapan Menter Besar Negeri Sembilan beliau berkata : "Dengan kewujudan surau baru ini , hampir 6,500 orang kaum India Muslim boleh  merapatkan silaturrahim dikalangan kaum kaum India Muslim dari seluruh daerah Seremban."

Jelas beliau lagi ."Kehadiran beliau adalah untuk menunaikan janji kerajaan   Negeri Sembilan untuk menyumbangkan pembiayaan kos pembinaan surau tersebut ketika hadir merasmikan tapak pembinaan awal tahun 2011."

Beliau juga mensasarkan pembinaan 5 Masjid Baru di Negeri Sembilan. Beliaub juga menyarankan agar persatuan India Muslim Seremban mesti mempunyai jati diri yang kukuh.

Jangan berpuak-puak, tidak perlu bertelagah sesama sendiri. Ini kerana sebagai umat Islam, kita mestilah mengutamakan agama terlebih dahulu.

Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan juga menjelaskan, Negeri Sembilan sangat serius sebagai negeri yang menyebarkan syiar Islam. Ini merujuk kepada pembinaan Baitul Hilal di Port Dickson dan Pusat Saudara Baru di Rahang Square.

Beliau juga mengumumkan Pembinaan Mercu Tanda Syiar Islam di Negeri Sembilan iaitu Banggunan Majlis Agama Islam 13 Tingkat yang akan dibina tidak lama lagi.

Dalam Majlis Minum Petang yang penuh harmoni ini, Menteri Besar telah menyumbangkan sebanyak RM100,000.00 kepada Tn Haji Mohamad Kasim selaku Penasihat Persatuan India Muslim Seremban.

Sumbangan ini bagi menampung perbelanjaan pembinaan yang hampir siap. Majlis yang penuh ketaqwaan ini diberkati lagi dengan doa kesyukuran yang dibaca oleh YBhg Ustaz Sheikh Ali dari Majlis Agama Islam Negeri.

Gambar Lain Klik Di Sini:n9kini.fotopages.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads