Selasa, 21 Jun 2011

di negeri pahang - Google Blog Search

di negeri pahang - Google Blog Search


Tranungkite Online v11 - Masjid lantik AJK <b>di Negeri Sembilan</b>

Posted: 20 Jun 2011 09:51 PM PDT

Oleh: rozmal

"Di Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Masjid dilantik oleh masjid kerana menurut Pengarah JHEAINS masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin. Patutlah begitu banyak masjid-masjid di Negeri Sembilan ini yang mati, masjid yang calonkan AJK masjid, bukannya manusia yang calonkan manusia.

Sila baca artikel saya sebelum ini , Masjid-masjid yang mati di N.Sembilan, negeri beradat di http://waghih.blogspot.com/2011/03/masjid-masjid-yang-mati-di-nsembilan.html  

Tidak perlu pilihan raya masjid di NS

Sinar Harian 20 Jun 2011

 

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) tidak bercadang mengubah sistem pemilihan jawatankuasa pengurusan masjid sedia ada.

 

Pengarahnya, Johani Hassan berkata, tiada keperluan untuk bertukar kepada kaedah pilihan raya memandangkan sistem digunakan sekarang berjalan dengan baik.

 

"Pada masa ini, calon-calon jawatankuasa masjid dikemukakan oleh ahli kariah sendiri. JHEAINS hanya membuat keputusan tentang lantikan.

 

"Selain itu, JHEAINS turut mengeluarkan garis panduan berhubung pemilihan calon," katanya di sini.

 

Sementara itu, menurut beliau, semua masjid di negeri ini diminta mengemukakan senarai calon jawatankuasa yang baru secepat mungkin.

 

"Kita perlu proses segera semua pencalonan memandangkan penggal jawatankuasa masjid sedia ada akan tamat pada 31 Disember depan," katanya.

 

http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story9208941.asp

"Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jahidih Saili: marriage squeeze <b>di negeri Pahang</b>

Posted: 20 Jun 2011 09:50 PM PDT

Assalamualaikum

'Marriage squeeze'ialah kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup. 

Menurut Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), bilangan lelaki di negeri tersebut lebih ramai berbanding wanita. 

Bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.

KESAN:

  • Persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.
  • Memberi kesan kepada sektor pekerjaan.
  • Menjejaskan institusi kekeluargaan pada masa akan datang.

PUNCA:

  • Penghijrahan keluar wanita muda dalam usia perkahwinan.
  • Kelahiran bayi lelaki melebihi bilangan jumlah bayi perempuan, iaitu 13,232 berbanding 12,279 pada 2008.
  • Kemasukan pekerja asing turut memberi kesan dengan nisbah satu warga asing bagi setiap 13 rakyat tempatan dengan jumlahnya 7.5 peratus. 

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads