Ahad, 17 Julai 2011

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Kasih Hingga Ke Syurga: Semalam <b>di Bukit Tinggi</b>

Posted: 07 Jul 2011 03:57 PM PDT

Alhamdulillah.... sudah dua bulan Ayim bekerja dan belum sekali pun dia mengambil cuti sakit.... ini satu pencapaian yang amat menggembirakan kami sekeluarga. Dan dia juga sudah lulus di dalam satu ujian yang amat penting.

Hari ini juga genap setahun selepas kemoterapi terakhirnya. Ini bermakna dia sudah melepasi tahun pertama yang kritikal. Syukur kami kepada Allah SWT.

Untuk meraikan kejayaan ini, kami sekeluarga telah pergi bercuti ..... satu destinasi yang dekat tetapi berada di negara Perancis.......! Ada 'castle', udara sejuk ala ala musim bunga dan bangunan-bangunan yang sememangnya ditiru habis seperti sebuah perkampungan di France, iaitu The Colmar Village di Alsace, France.

Ha ha..... itulah Colmar Tropicale Resort di Bukit Tinggi..... lebih kurang satu jam je perjalanan dari Kuala Lumpur.

Kami sampai sudah malam.... air pancut ini menyambut kedatangan kami

 Dah malam pun masih sempat nak bermain dengan angsa

Ada pertunjukkan acrobatics.... tetapi kami tidak sempat nak tengok

 Suasana di waktu pagi yang memang nyaman dan menyegarkan



Kereta kuda

Pakaian besi pahlawan perang orang Perancis di abad ke 16



Lanskap yang mempersonakan


Ayim sedang bersantai.....

Selama tiga minggu dia masuk syif pagi.... masuk pukul 7. Pukul 6 sudah keluar rumah. Dan aku bangun pukul 4 pagi untuk menyediakan bekalan makanannya. Begitulah rutin kami kalau dia bekerja syif pagi.

Selepas sarapan, kami pergi melawat Japanese Village. Melawat taman jepun ini memang agenda yang aku nanti-nantikan kerana taman jepun ini adalah yang terbesar yang berada di luar negara Jepun.  Hmmm .....mestilah hebatkan.

 Memang luas.... sebuah lanskap yang memang cantik

Ini model rumah Jepun.... kalau nak masuk dikenakan bayaran RM20

Selain Japanese Village dan padang golf, terdapat jugak mini zoo

Aisyah Nur Jasmin & Ainaa Arissa terpesona melihat seekor burung merak sedang mengembangkan ekornya....Ada beberapa species arnab terdapat di siniGambar pertama N3 ini air pancut, aku sudahi dengan air pancut jugak

Percutian singkat di hujung minggu yang amat menyeronokkan dan berbaloi. Aku perasan macam baru balik dari France pulak.....

Semoga anda semua terhibur......... Hingga jumpa lagi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads