06 di triang - Google Blog Search |
Pahang Daily Online (PDO): Isu Lynas: Pelbagai Pertubuhan Bukan <b>...</b> Posted: 18 Jul 2011 08:04 PM PDT TRIANG, 19 Julai - Hampir 200 individu mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah perjumpaan ahli 'Save Malaysia Stop Lynas' (SMSL), baru-baru ini. Perhimpunan secara aman itu dilakukan berdekatan lokasi perjumpaan SMSL kerana membantah tindakan mereka yang cuba meracuni minda penduduk di seluruh daerah ini mengenai 'bahaya' projek diusahakan Lynas. Ketuanya, Mohd Sayuti Zakaria berkata, mereka membantah bukan untuk menimbulkan huru-hara, sebaliknya mahu menghentikan dakwaan tidak betul mengenai projek itu. Menurutnya, satu kajian antarabangsa sudah dilakukan untuk memastikan bahan dihasilkan kilang itu tidak menjejaskan penduduk terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar kawasan Gebeng, Kuantan. "Kami yakin projek ini tidak akan memudaratkan orang ramai kerana mustahil kerajaan tidak meneliti perkara itu sebelum bersetuju ia dilaksanakan di negara ini," katanya. Mohd Sayuti berkata, SMSL sebenarnya dibayangi parti pembangkang yang sentiasa tidak akan pernah setuju dengan setiap rancangan atau projek dilaksanakan kerajaan. "Dulu mereka pernah berjanji sekiranya kerajaan boleh mengesahkan bahawa projek Lynas tidak memudaratkan, mereka akan akur dengan keputusan kerajaan. Tetapi, bila keputusan dikeluarkan, mereka tidak setuju malah tubuh SMSL untuk bantah Lynas," katanya. sinar Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.[Terkadang ada kebenarannya kata-kata wakil NGO terbabit. Save Malaysia Stop Lynas dilihat dan dibayangi oleh parti pembangkang selama ini. Namun anehnya, mereka tidak mengaku dan tetap mengatakan yang Save Malaysia adalah sebuah NGO bebas yang berjuang untuk membela rakyat dalam isu panas ini. Kini, tambah mengejutkan apabila Save Malaysia juga sedia melibatkan wakil dari parti BN untuk bersama mereka. Malah difahamkan, sudah ada pemimpin dan ahli MCA yang secara terang-terangan melibatkan diri dengan NGO terbabit dan bersama-sama membantah projek Lynas itu. Nampaknya, semakin kontroversi lagi isu Lynas ini dibuatnya. Hanya rakyat sahaja yang bijak menilai segalanya]. |
BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search Posted: 18 Jun 2011 12:00 AM PDT Buat yang pertama kali membaca dan menyebut nama Felda Kumai, ianya terletak 29 km dari Bandar Simpang Kerayong yang kini menjadi pusat pentadbiran bagi Daerah Bera. Berkeluasan sekitar 2300 ha dengan tanaman kelapa sawit menjadi tempat rezeki kepada 530 buah keluarga dan perkembangannya berlaku dengan tiga peringkat pengambilan peneroka pada penghujung 1979 dan awal 1980. Felda Kumai merupakan sebahagian penempatan peneroka dengan tanaman kelapa sawit pada awal 1980an dan kini telah ditanam semula dengan tanaman yang sama selepas melebihi 25 tahun sekitar 2004 dan mula mengeluarkan hasil bagi generasi kelapa sawit yang kedua. Lokasi: Dengan perjalanan satu jam 32 minit daripada Bandar Temerloh, Pahang atau 28.4 km jarak perjalanan dari Bandar Triang. Bersempadan dengan Felda Mayam di sebelah Timur dan Felda Rentam di sebelah selatan serta bersempanan dengan Hutan Simpanan Chini di sebelah Tenggara. Felda Kumai boleh dikunjungi melalui berapa jalan darat samada dari Kuala Lumpur, Kuantan mahupun dari Melaka atau Negeri Sembilan.
Felda Kumai dibuka untuk penempatan peneroka pada penghujung 1979 dan awal 1980 dengan pengambilan peneroka dari seluruh negara. Terdapat peneroka yang berasal dari Perlis hinggalah ke Johor malah turut melibatkan Terengganu dan juga Kelantan dan menjadikan ianya unik dengan percampuran adat tradisi bangsa melayu berbilang negeri. Berkisar dengan 3 pengambilan peneroka iaitu peringkat pertama, kedua dan ketiga secara berperingkat sehinggalah berjumlah 530 keluarga secara keseluruhannya. Malah terdapat blok Bakal Calon Peneroka atau dikenali sebagai BCP sebelum diserapkan sepenuhnya sebagai peneroka Felda Kumai. Seawal penempatan peneroka, setiap peneroka akan diserahkan kebun yang telah ditanam dengan kelapa sawit seluas 10 ekar atau 40,000 meter persegi dan 0.25 ekar atau 1,000 meter persegi untuk kediaman dan kemudahan pembangunan dan nilainya dibanyar secara ansuran oleh Peneroka selama 15 tahun. Padatahun 2004, peneroka Felda Kumai telah menerima penyerahan geran ladang dan tapak rumah secara individu daripada Kerajaan Negeri Pahang. Bagi anak-anak generasi ke 2 yang sempat merasai tahun-tahun awal semasa pembukaan (bagi berumur 34 tahun keatas ) pasti akan dapat berkongsi bagaimana keperitan kehidupan awal di Felda Kumai. Ketiadan bekalan air sehingga pertengahan 1980 an bukan semata-mata cabaran tunggal di sini. Bekalan elektrik hanya terbekal sepenuhnya oleh Lembaga Letrik Nasional pada 1990. Sekolah awalnya hanya menumpang di Sk Felda Mayam sehingga pada 1983. Manakala sekolah menengah pula hanya mengharap SMK Felda Purun sekitar 12 km dan SMK Bera, Bandar 32 dan pada sekitar 1997 sebahagiannya ke Sekolah Menengah Triang 3.Aku mungkin lahir selepas zaman-zaman awal atau masih teringat sedikit sahaja kesusahan tersebut. Cuma aku dapat catatkan beberapa perkara yang masih segar atau teringat:
Felda Kumai terkini; Sehingga kini, Felda Kumai seperti felda-felda yang lain sentiasa berkembang dengan pembangunan samada melibatkan sosial dan juga ekonomi masyarakatnya. Memiliki institusi pendidikan seawal usia seperti Tadika Kemas, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Rakyat melahirkan lapisan generasi yang berjaya dalam pendidikan dan lahirnya ramai golongan profesional. Begitu juga dengan kemudahan telepon ke rumah pada tahun 1998 dan kini kemudahan rangkaian telepon bimbit dari semua pernyedia perkhidmatan. Bekalan air juga tersedia namun sehingga tahun lalu masalah bekalan air yang menghantui Felda-felda sekitar Bera masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya. Rumah-rumah peneroka mula berubah wajah dengan pengubahsuaian yang dilakukan oleh peneroka dari hasil ladang masing-masing. Malah konsep satu rumah satu motorsikal seawal penempatan kini mula bertukar konsep dengan deretan motorsikal dan kereta milik peneroka dan generasi keduanya. Rimba Rekreasi Bukit Bertangga: Rimba Rekreasi Bukit Bertangga adalah kawasan rekreasi seperti air terjun dan latanya. Terdapat 2 air terjun pada ketinggian 20 meter dan 30 meter setiap satunya dan lebih utama adalah laluan airnya yang jernih dan begitu sejuk. Terdapat kemudahan seperti laluan kenderaan , tandas, tempat berkelah dan kemudahan perkhemahan yang dibina selepas tahun 2000. Namun sebenarnya kawasan air terjun ini mula dikunjungi oleh peneroka dan keluarga semasa dan selepas kegiatan pembalakan sekitar tahun 1984-1986 dikawasan ini dengan kemudahan jalan balak yang dibina oleh syarikat ini. Selamat berkunjung ke Felda Kumai... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di triang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen