Rabu, 17 Ogos 2011

06 di bentong - Google Blog Search

06 di bentong - Google Blog Search


Atasi Kesesakan Lalu Lintas <b>Di Bentong</b>

Posted: 17 Aug 2011 03:03 AM PDT

BENTONG – Kesesakan lalu lintas yang berlaku di bandar Bentong mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Malah, baginda yang mengalami situasi kesesakan itu semasa mahu menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat di perkarangan Masjid Daerah Bentong meminta supaya kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.

"Saya sendiri terkejut dengan keadaan kesesakan yang berlaku semasa dalam perjalanan ke program ini tetap nasib baik ada polis membantu dan akhirnya berjaya sampai pada waktu dijanjikan," titah baginda di sini malam semalam.

Tengku Abdullah berkata, kerajaan Pahang perlu menjalankan kajian bagi mewujudkan sebuah bandar baru yang lebih terancang di daerah Bentong.

Ia kerana, titah baginda, langkah berkenaan akan dapat mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar Bentong yang boleh menyebabkan tekanan kepada penduduk daerah ini.

Jelas baginda, penduduk Bentong bukan saja terpaksa berhadapan kesesakan lalu lintas di musim perayaan tetapi pada hari-hari biasa dan hujung minggu.

Titah baginda lagi, kedudukan bandar Bentong yang strategik berupaya menjana lebih banyak pembangunan di kawasan sekitar sekali gus memberi impak yang baik kepada masyarakatnya.

Berita Berkaitan:

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads