06 di Cameron Highlands - Google Blog Search |
Tragedi Tanah Runtuh <b>di Cameron Highlands</b> mengorbankan 3 nyawa <b>...</b> Posted: 07 Aug 2011 10:16 AM PDT
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian berlaku pada kira-kira 5.45 petang semasa hujan lebat. Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh belum dikenalpasti manakala yang cedera ialah Bah Anjang Besar a/l Alang, 39, Serry Priary a/p Saari, 15 dan Ali Hassan, 50. Sebanyak tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus. Pasukan bomba menemui mayat mangsa pada kira-kira 6.15 petang manakala dua yang cedera parah berjaya dikeluarkan kira-kira 20 minit kemudian. Mayat wanita dan dua yang cedera itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata di sini. Mangsa ketiga yang cedera, Ali dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kira-kira 11.25 malam tadi dan telah dimasukkan ke hospital sama. Dua lagi mangsa yang terkorban dijumpai pada kira-kira 12.25 tengah malam dan 12.35 tengah malam tadi. Wan Mohd Zahari berkata sebanyak tiga buah rumah terbabit dalam kejadian itu. Lebih 100 anggota polis, bomba, Jabatan Pertahanan Awam dengan bantuan penduduk masih menjalankan usaha mencari sehingga tegah malam ini.
Rata dan pasukan penyelamat terpaksa berjalan kaki masuk ke kawasan kejadian. Wan Mohd Zahari berkata tiga lagi penduduk yang dikhuatiri tertimbus terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita. Menurut penduduk, lima yang tertimbus termasuk dua wanita yang dijumpai itu ialah Jaafar, 49; Mohd Iqbal Jaafar, 15; Sara bt Guynung, 35; Norma bt Gunung, 51 dan Yusnizan bt Yusof, 22. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di Cameron Highlands - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen