JANDA BERHIAS, EH <b>JANDA BAIK</b>! Posted: 04 Aug 2011 07:21 AM PDT  | Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang. Abdullah bin Harits ra meriwayatkan maksudnya"Saya tidakpernah melihat seseorang yang lebih sering tersenyum daripada Rasulullah"(Riwayat Tirmizi dan Ahmad) Dua tiga hari sebelum ramadan datang, saya dan beberapa kenalan FB telah mengunjungi tempat ini. Suria Hill terletak di Janda Baik, Pahang. Resort ini berupa rumah tetamu kepunyaan Dato Khaild Husin.(Kalau tak silap) Kami sebenarnya satu sekolah tapi saya dan Sdr Zaid sahaja murid tertua. Tempat ini agak terpencil, suasananya aman sekali. Walaupun jauh 'di pendalaman' tapi tempat ini penuh dengan resort, homestay, kem latihan dll. Saya diberitahu kediaman di sini ada yang mencecah RM 7,000 semalam. Kalau hujung minggu kediaman-kediaman di sini penuh! Kena booking awal... Sewaktu saya meninjau-ninjau kawasan sekitar, saya terlihat sebuah kawasan rumah tertulis ' Janda Berhias' . Saya rasa rumah itu' homestay', saja buat gimik kot.. Janda Baik ni taklah jauh sangat dari kota raya Kuala Lumpur. Dari Genting Sempah adalah setengah jam nak sampai ke situ. |
 | Bagi yang tak nak duduk di resort, khemah pun ada untuk disewa.(Ini lain pengurusan) Itulah keindahan alam ciptaan Allah. Hargailah dan besyukurlah. Bagi sahabat-sahabat yang ingin mengembara ke kota London, resort ini juga ada cawangan di sana. Di atas nama 'The Royal Cambridge' bertempat di 124-126 sussex Gardens, Hyde Park, London. 442078730000 Tel Jom Atuk, Ayah Zain, Afeez, Sinomosa, CM, CL, CR, Azlina, Kak Zakie, Che Mid dll kita serbu ke sana.... | Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Tiada ulasan:
Catat Komen