Isnin, 29 Ogos 2011

06 di paloh hinai - Google Blog Search

06 di paloh hinai - Google Blog Search


Isteri Pegawai Polis Maut Kemalangan Bersama Anak Kandungan <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2011 12:21 AM PDT

PEKAN: Hanya beg tangan putih berbunga merah jambu milik isteri menjadi penawar duka seorang pegawai kanan polis apabila wanita itu maut bersama bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Paloh Hinai, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Noor Edlina Ahmad Bakhari, 36, berasal dari Kota Bharu, Kelantan, mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala suaminya, Inspektor Mohamad Noor Idham Ali Mat Noor, 27, berasal dari Kluang, Johor, dan bertugas di Cawangan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, hanya cedera ringan.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman, berkata pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju Kluang untuk berbuka puasa di rumah ibu Mohamad Noor Idham di Taman Sri Kluang apabila kereta dipandu pegawai polis itu gagal dikawal dan terbabas ke kiri sebelum melanggar tiang elektrik.

Menurutnya, selepas kenderaan terbabit melanggar tiang elektrik ia berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum terlanggar sebuah lagi kereta dinaiki sepasang suami isteri dari Melaka menuju Kuantan.


"Akibat kemalangan itu, mangsa yang bertugas di Hospital Kuala Krai dan mengandung anak sulung maut di tempat kejadian, manakala suaminya yang hanya calar ditubuh dikejarkan ke Hospital Pekan (HP) untuk rawatan lanjut. "Pasangan suami isteri yang turut terbabit dalam kemalangan itu pula tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah mengambil keterangan mereka untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika ditemui selepas melawat pegawai polis itu di wad kecemasan hospital berkenaan.


Dalam lawatan itu, Mohamad Noor Idham dilihat mengalami trauma teruk dengan kejadian terbabit apabila sukar untuk menceritakan kejadian sebenar kepada Yahaya, sebaliknya hanya menangis dan memeluk beg tangan isterinya.

Mohamad Noor Idham hanya mampu berkata dia mahu pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama ibunya dan dia masih tidak dapat melupakan detik bersama isteri sebelum kejadian berlaku.


Sementara itu, ibu Mohamad Noor Idham, Salbiah Abdullah, 50, berkata dia tidak tahu anak sulungnya daripada lima beradik itu merancang untuk pulang ke kampung dan berbuka puasa bersamanya.

"Anak saya tidak memberitahu pun dia akan pulang bersama menantu untuk berbuka puasa bersama saya, sebaliknya dia hanya memaklumkan perkara ini kepada adiknya, Norlidaya, 22. "Dia mungkin mahu memberikan kejutan kepada saya kerana tidak dapat pulang beraya di kampung disebabkan menantu yang bertugas di hospital tidak dapat cuti," katanya ketika ditemui di pekarangan bilik mayat hospital berkenaan.

- hMetro

Ini Kisah MadNip

Posted: 11 Jul 2011 08:23 AM PDT

السلام عليكم

Best Best dan BEST ! Memang best kem hari tu .. Pada mula nya memang rasa berat nak pergi sebab ingat nak rehat je minggu ni .. Tapi apakan daya , kena pergi juga .. Kisah nya bermula apabila .......

Kitaorang sampai di bus stop depan KK1 dalam kol 5.30 petang , kitaorang dah nampak bas , tapi pakcik bas tu macam nak ambil orang lain je  sebab bas luar , bukan bas UMP , so kitaorang duduk menunggu je lah , ingat ada staf datang nak ambil kitaorang .. Dah penat menunggu sampai dah nak maghrib , Hazim ( ketua kumpulan D07 , ketua kumpulan aku ) dan Amashah ( ketua kumpulan D06 sebelum di lantik menjadi Penghulu di kem ) pergi la tanya pakcik bas tu lepas kitaorang tengok ada satu bas tu bergerak tanpa bawak penumpang langsung .. Lepas tanya , baru kami tahu yang pakcik tu tunggu kami naik .. ( MEMANG AKU HOT TIME TU , SIAP KELUAR HABIS PERKATAAN YANG DISENSOR )

Kitaorang sampai di kem paloh hinai kira kira maghrib , sampai sana , sunyi je .. Tutup ke ? Sekali lagi aku mengamuk .. Dan pelbagai perkataan baru aku wujud kan .. HAHAHA .. Biasa lah darah muda .. ( Fakta ke auta yang darah muda selalu marah ? Aku pun tak paham . Apa pon tak boleh ) Selamat hero kami Amashah masuk kedalam tanya orang di dalam , rupanya kem kami ada kat belakang nun jauh dalam .. Kira berhampiran hutan juga ..  Ingat boleh rehat kejap bila dah sampai , rupanya kena kumpul dan malam tu juga ada aktiviti .. YES , masuk hutan , teringin juga nak masuk hutan , last aku masuk hutan pun time nak pergi dusun arwah tokwan aku je .. Sebelum jalan siap , kami kena redah hutan dulu .. Tapi masuk hutan pun siang , ni PAGI !

Orang pertama yang masuk , perempuan india , memang TERBAIK la . Aku respect sebab dia berani masuk sorang sorang , kalau perempuan lain masuk secara berdua duaan ( sesama perempuan la ) .. Dalam jam 12 tu baru start , turn aku lambat lagi .. Sampai turn aku , jam dah tunjuk pukul 2 pagi .. Mak aih , time tu sepatutnya aku dah tidur atau pura pura tidur sebab tak boleh tidur , tapi kena masuk hutan pula .. Terpaksa lah aku masuk dengan hati yang tak seikhlas ni .. Depan aku ada 2 orang perempuan .. Mak aihhh , perempuan ni dah lah suka jerit , kang aku masuk terlanggar diaorang , jerit serupa nampak ***** pulak .. Time diaorang masuk , aku sembang lah dulu dengan staf UMP yang jaga kitaorang sepanjang kem tu .. Sampai turn aku , dengan bismillah , buka langkah perlahan dulu , sampai dah masuk dalam sikit , buka langkah seribu terus .. Laju bukan main lagi .. Sampai lah aku jumpa dengan 2 orang perempuan tadi .. Then diaorang suruh aku kedepan , pimpin jalan untuk diaorang .. Nak tak nak , kena juga lah daripada aku terlanggar diaorang nanti .. Aku jalan laju sampai diaorang tertinggal kat belakang , panggil aku suruh aku perlahan langkah kaki aku .. Ye lah , daripada diaorang kata aku ni KEJAM tinggal diaorang kat belakang , ada kala nya aku nak berlagak jadi HERO kejap ..

Sampai kat satu tempat tu , aku nampak ada orang berdiri dalam satu depa kanan aku .. Aku perasaan , so aku pura pura sembang dengan benda tu .. Tapi benda tu tak bergerak pon .. Agak nya mata aku problem kot .. Biar je lah .. Time aku terlanggar duri yang agak tajam , aku cakap lah "adui" , tiba tiba ada lampu suluh kitaorang , rupanya pakcik kampung tu suluh .. Dia suruh kami ikut dia , ke tali yang seterus nya .. Ikut je lah .. Tak sedar pulak kawan aku , Khairy ada kat belakang ... Lega sikit , ada kawan lelaki .. Tak lah rasa seram seram sejuk dengan perempuan ni .. Kemudian kami terus kan perjalanan sampai kat sebelah SUNGAI PAHANG .. "LAWA SIOT" , memang cantik lah pemandangan kat situ pagi tu .. TERBAIK !!! Then kami terus kan lagi sampai lah hujung tali tu .. Kami jadi heran .. Sebab tali tu sampai situ je .. Kami ingat kena patah balik ke tempat asal .. Tapi time tu , Badrul , Maisarah dan ada lagi seorang perempuan ( Tak nampak sangat siapa ) suruh stay dulu .. So kami stay lah sampai si Hafiz cucuh api lighter dia , tiba tiba ada pakcik Yussof tu buka lampu suluh .. Conform kantoi .. HAHA .. Selamat pakcik tu jenis supporting .. Lega rasa nya .. Then kami kena tunggu dengan pakcik tu sampai orang lain sampai .. Then sampai lah Asraf dengan 2 orang perempuan lain .. Then kami lepak situ sampai pakcik tu suruh kami ikut dia pergi ke tempat berkumpul .. Sampai situ , ramai dah tidur , sekali dengan Syed ( Along M01 ) dah tidur dengan Hazim .. Sampai hati korang .. Metang metang masuk awal .. Kemudian kami tunggu sampai semua orang selesai then balik ke khemah ..

BERSAMBUNG....

p/s = Time kat tempat berkumpul tu , ada orang muntah .. Ada orang kata dia nampak 'benda' tu sampai muntah .. Bahaya betul 'benda' tu .. =.="


Sebarang entry yang boleh mendatangkan salah faham .. Harap maaf .. Saya manusia seperti anda semua yang tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan .. Harap di maaf kan .. Dan saya harap anda boleh memberi pandangan yang positif sebelum fikir nak menhentam saya .. Bercakap dengan baik bukankah dapat pahala

Kemalangan Maut <b>Di</b> Pekan Ragut Nyawa Isteri | Berita Rilekslah!

Posted: 21 Aug 2011 03:43 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]... apabila wanita itu maut bersama bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan merempuh tiang elektrik di Kilometer 65, Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Paloh Hinai, di sini, ...

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads