Rabu, 3 Ogos 2011

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


Luie On The Move: | Jigging <b>Di Pekan</b> | Edisi Derhaka |

Posted: 13 Jul 2011 04:35 AM PDT

"Bai, lu nak ikot tak?? Ada satu kosong gi jiggung kat Pekan"
"Ikan ape je ada kat sana arr?? Mama toman ada"

Pelepuk!!! Dirembatnya perut gue dengan tangan bajet sasa tu tapi gue sempat mengawal chi aura ultra jingga lantas lantunan rembatan itu tadi terkena makcik kat sebelah yang tengah khusuk hirup sup kambing.. Itu la.. Basuhlah tangan sebelum makan kata orang sedikit berumur..

"Nak ke tak nak?? Ebek cam biasa la tapi aku dengar tenggiri ada masuk"
"Tenggiri??"

Sejak peristiwa sembang kosong itu, terhasil la trip yang sukses!! Memang sukses seperti suksesnya Anuar Manan menghabiskan perlumbaan Le Tour De Langkawi pada tahun Gajah lepas.. Tanggal 9/7 telah dipilih.. Bermulalah kisah pengembaraan geng2 derhaka ni ke Pekan..


Amacam?? Ada cam Crow Zero tak??


Tempat perteduhan..


Pagi menjelma.. Antara yang dipertaruhkan..


"Apa ngko nak buat dengan kereta Tamiya tu dol??"
"Diamlah!!"


Boatman Abang Per.. The Legend!!


Ewah Pokcik memposing plak..


Cam kat Maldives katanya.. Puiii!!


"Apa kata kita bom je tempat ni"
"Molek gak tu boh"

Pindah port ke 2.. Lagi teruk dilambung alun.. Sorang menewaskan dirinya dengan sukarela (cantik muntah lu bro kat atas air tu, nilai seni yang tinggi tu).. Gue pon tak tahan, dalam kesempatan ikan tak nak makan ni la gue tido kejap.. Sejam gak la gue lelap..

Bangun dari tido, bro Per cakap kita pindah port ke 3 plak.. Turun jig, pon tak nak gak.. Dalam hati aku je kang yang turun kang.. Kalau dah rezeki tak ke mana.. Gue pacak apollo ngan hirisan sotong yang jatuh dari langit pagi tu.. Sretttttttt.. Bagai nak rak.. Rupanya..

Baby cermin je.. Hahahaha.. Ok la tuh janji layan.. Lepas je baby cermin ni makan, pesta ebek bermula..


"Nampak tak permainan gua macam mana der??"


Gue juga turut menampakkan permainan itu..


Secara jujur, jangan terpedaya dengan rod yang bending itu.. Saiznya?? Wahahahaha..


"Terima kasih Kopi Jantan sumbangan Arie Blue"


Double Hook Up Skateboarding.. Memang Heaven..

Gambar semuanya adalah sumbangan En Pokcik... Teng Kiuk!!

Begitulah sorotannya.. Jigging konon.. Jinggin udang hidup bolehlah.. Ceh!! Tapi kalau dah alun tinggi 1 meter bantai korang, Detaktif Conan pon leh mabuk laut kot.. Tapi Alhamdulillah.. Sejak gue mengamalkan kehidupan sihat dengan berkayuh, bahan-bahan muntah tadi berjaya dikawal dengan cemerlang di kerongkong serta esofagus..

Kepada geng-geng yang mabuk, apa da hal.. Kita repeat la jom.. Wahahahaha.. Ingat pas ni nak bawak surfboard la sambil pasang lagu Hawaiian 5-0.. Baru la dapat kurangkan statistik mabuk tanpa halatuju itu.. Papehal pon Terima Kasih Geng Santai Anglers!!

Tetiba perot lapar.. Ok la.. Gue nak gi makan kejap..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pekene Cendol Hameed <b>di Pekan</b>, Pahang | hanafiawang.com

Posted: 10 Jul 2011 07:59 AM PDT

cendol hameed Pekene Cendol Hameed di Pekan, Pahang

Pekan merupankan bandar diraja negeri Pahang dan daerah kelahiran bini aku. Pekan ni besar juga lah. Tapi entry ini bukan nak cerita pasal bandar Pekan. Inilah port feveret aku bila balik ke Pekan. Bila petang, pergi ke bandar Pekan untuk pekena cendol di sini. Tapi hari tuh, dapat merasa makan mee goreng mamak. Biasanya aku pergi dengan bini aku dan beberape anak buahnya.

Cendol Hameed ni terletak dengan dengan sungai. Aku pun tak tau nama sungai tuh, sungai Pahang kot. Beroperasi menggunakan lori. Pernah dikunjungi oleh orang-orang ternama. Kalo nak tengok orang tuh ada gambo kat situ. Antara menu yang aku tau ade kat situ adalah cendol, ABC, rojak mee, rojak ayam dan mee goreng mamak. Menu lain aku tak terpikir plak nak tanya dan order. HEHE.

Yang pasti cendol dia memang yang terbaik. Rasa santan yang asli. Bukan santan yang had segera beli kat pasaraya punya. Mee goreng mamak pun sedap juga. Tapi bini aku kata pedas plak. Aku memang ske makan pedas. icon smile Pekene Cendol Hameed di Pekan, Pahang . Kat bawah ni sebahagian gambo yang sempat aku tangkap:

cendol dan abc Pekene Cendol Hameed di Pekan, Pahang

mee goreng mamak Pekene Cendol Hameed di Pekan, Pahang

tepi sungat Pekene Cendol Hameed di Pekan, Pahang

No related posts.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads