Jumaat, 19 Ogos 2011

06 di triang - Google Blog Search

06 di triang - Google Blog Search


Cerita 1Malaysia <b>di Triang</b> - Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2011 07:17 PM PDT


Para penghuni di pusat jagaan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang terdiri daripada pelbagai kaum.

Yap Yoke Moey, 51, hanya pekedai elektrik di daerah Triang, Pahang. Pun begitu, hatinya amat tersentuh tatkala melihat golongan miskin dan melarat merayau-rayau tanpa tempat tinggal.

Atas keprihatinan itu dia menawarkan tempat tinggal di bilik-bilik kosong di tingkat atas kedainya. Bilik-bilik itu pada awalnya diubahsuai untuk disewakan akhirnya kekal menjadi tempat berteduh golongan tersebut.

Saban hari semakin ramai yang datang berteduh dan akhirnya ruang bilik yang sedia ada tidak lagi mampu menampung permintaan yang semakin meningkat.

Yap kebuntuan cara untuk membantu lagi.

Jauh di sudut hati, beliau sedar masih ada yang memerlukan bantuan. Dalam diam beliau menyimpan hasrat untuk membuka sebuah rumah kebajikan khusus untuk membela nasib golongan seperti itu.

Hasil dorongan dan sokongan suaminya, Chen Sik Kwong, kini pusat jagaan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang (RKWESR) yang mana Yap sendiri menjadi pengerusinya ditubuhkan sejak 2003 dan menjadi tempat berteduh kepada lebih 100 penghuni dari pelbagai latar belakang.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa di sebalik kejayaan Yap yang berbangsa Cina adalah hasil kerjasama erat dengan seorang lelaki Melayu, Jamil Karim, 49.

Ketika mula-mula berhasrat membina rumah kebajikan itu,Yap sedar bahawa impian beliau bukanlah boleh terlaksana dengan begitu mudah.

Tambahan pula, beliau tidak boleh membaca atau menulis pasti dan akan berhadapan dengan pelbagai kesukaran menguruskan hal berkaitan kertas kerja, urusan berkaitan jabatan kerajaan, dan lain-lain.

Justeru Yap berganding bahu dengan Jamil yang berpengalaman dalam sektor kerajaan dan swasta. Tambahan pula Jamil sudah lama bekerja dengan Yap dalam menguruskan perniagaannya.

Jamil yang juga Timbalan Pengerusi RKWESR berkata, bermodalkan RM100,000 termasuk pinjaman daripada ibu mentua Yap sebanyak RM50,000 dan beberapa lot tanah milik beliau sendiri, rumah kebajikan ini mula didirikan.

Bangunan yang pertama dibina ialah sebuah blok bangunan enam bilik untuk penghuni, bilik rawatan doktor sukarela, dapur dan pejabat pengurusan.

Kini ia diperbesar mengikut keperluan semasa. Selain pertambahan jumlah bilik untuk penghuni, ia juga menempatkan kemudahan lain seperti alat riadah, bilik televisyen dan laluan refleksologi.

Jamil berkata antara cabaran terbesar yang dihadapi Yap dan beliau ialah untuk mengumpul dana sebelum pembinaan rumah kebajikan itu kerana ada pihak yang tidak faham objektif penubuhannya.

Yap juga pernah dicemuh oleh beberapa pihak yang menyifatkan usahanya membela nasib golongan kurang bernasib baik sebagai sia-sia.

"Ketika itu kami sedang bertungkus-lumus mencari penyumbang untuk menjayakan rumah ini. Ada segelintir yang masih mengutamakan sikap perkauman kerana mahu rumah ini dibuka khas untuk sesetengah kaum sahaja," kata Jamil.

Bagaimanapun kemudiannya ramai yang memahami usaha Yap dan akhirnya turut menyokong penubuhan rumah kebajikan itu.

Bermula dengan pengambilan lapan penghuni Cina, RKWESR kini menjadi tempat bergantung kepada lebih 100 penghuni berbilang kaum.

Justeru pihak pengurusan perlu memenuhi keperluan mereka yang pastinya berbeza antara satu sama lain.

Selain daripada memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal yang selesa, pihak pengurusan RKWESR juga memastikan keperluan rohani para penghuni dipenuhi.

"Kami menyediakan ruang ibadat khas untuk kegunaan penghuni berdasarkan agama mereka. Terdapat ruang ibadat untuk agama Islam, Buddha, Hindu dan Kristian di sini.

"Selain itu kami menjemput guru-guru agama untuk memberi pendidikan agama kepada para penganutnya," kata Jamil.

Tambah Jamil, RKWESR turut menyediakan dapur khusus untuk menyediakan makanan penghuni Islam serta bilik memandikan jenazah.

RKWESR turut memastikan setiap penghuni yang meninggal dunia diuruskan mengikut kepercayaan masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads