Khamis, 15 September 2011

06 di jengka - Google Blog Search

06 di jengka - Google Blog Search


Cabaran Blogger | Satu Hari Di Hari Raya <b>Di Jengka</b> Pahang | zulkbo

Posted: 20 Aug 2011 07:31 PM PDT



Salam semua, bila terbaca di blog rakan blogger yang lain berkisah tentang Cabaran Blogger Satu Hari Di Hari Raya , hati ini terus terasa ingin berkongsi pengalaman berhari raya sewaktu remaja dahulu. Zaman sekolah menengah lah yang paling di rindui kerana zaman itu jiwa bergelora kata orang...he he.
Di tingkatan 5 sekitar 1988, zaman ini memang terkenal dengan zaman "Rock Kapak" nya. Dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki semuanya nak Rock. Anda bayangkan dengan berseluar ketat berwarna merah lagi tu, asalkan rock ala Amy Search bagai..he he.
Aktiviti selepas sembahyang sunat Aidilfitri sudah tentu menziarah ke rumah rakan perempuan sekolah yang  menjadi perhatian. Selalunya aktiviti ini di lakukan secara berkumpulan kerana nama je Rock Kapak, hati kecik je. Takut juga jumpa dengan mak ayah rakan perempuan sekolah itu.
Kira gentleman la kalau dapat jumpa dan sembang dengan bakal "bapak mertua"  kononnya, la la la..(kecik-kecik dah pandai) Dan kenangan paling tidak di lupakan bila berkunjung ke rumah seorang rakan perempuan bernama "F" di Jengka 5 dan secara kebetulan bertembung dengan ayah beliau.
Dah sampai dekat sejam minum air, yang di tunggu tak muncul-muncul, dari air hingga ke kueh raya, bapanya yang hidangkan. Tak sporting betul Pak Cik nih..alahai! Dalam gabra dan berpeluh dingin tu, keluarlah satu ayat yang takkan saya lupa sampai bila-bila.
"TAK PAYAH SUSAH-SUSAH LAH PAK CIK". Anda tahu apa jawab Pak Cik tu dalam loghat Pulau Pinang yang pekat? "SUSAH APA NYA, MAI HARI RAYA KENA LA JAMU" Adeh..ayat yang mematikan segala kegentleman sehingga memaksa saya dan rakan-rakan cepat je minta diri beredar.
Kenangan lama yang bila di kenang, terasa tersangatlah rindunya saat-saat itu. Kini semuanya sudah berkeluarga dan khabarnya rakan sekelas perempuan tersebut pun sudah menjadi seorang guru hidup berbahagia dengan pasangannya. Alhamdulillah, apa yang tinggal kenangan abadi dalam sanubari.

 
NOTA: Buat pembaca yang pernah bersama dengan saya semasa sekolah menengah dahulu pasti boleh meneka siapa orangnya kan? Tidak pernah saya kisahkan kisah ini dahulu dan mungkin ada yang tak tahu :) Wassalam. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads