Rabu, 28 September 2011

06 di kuala lipis - Google Blog Search

06 di kuala lipis - Google Blog Search


Macam Ni Lah: Derita Pok Nik wajah seakan Gajah <b>di Kuala Lipis</b>

Posted: 28 Sep 2011 01:55 AM PDT

Oleh Mohd Fauzi Abdullah
BENGKAK...Pok Nik We menghidapi ketumbuhan pada wajah sejak 20 tahun lalu.
KUALA LIPIS: Ada kalanya bengkak di mukanya membesar hingga 'menenggelamkan' matanya, tetapi apa yang anehnya, Ismail Yaakob atau lebih dikenali sebagai Pok Nik We, 64, dari Kampung Mentara Baru, di sini, tidak berasa sakit sebaliknya hanya mendatangkan rasa gatal.
Setiap kali mukanya gatal dan bengkaknya membesar, Pok Nik We menggaru menggunakan tuala kecil dan atas keganjilan serta rupanya pelik itulah membuatkan penduduk kampung memberi gelaran 'Lelaki gajah'.


Sudah lebih 20 tahun Pok Nik We diserang penyakit misteri itu dan telinganya sudah lali mendengar orang memanggilnya 'Lelaki gajah' dan gelaran itu sedikitpun tidak melemahkan semangatnya untuk terus berusaha mencari nafkah keluarga dengan hasil pendapatannya sebagai penoreh getah.


Akibat ketumbuhan di kedua belah pipinya itu, mata Pok Nik We sering kali kelihatan 'tenggelam' dan keadaan itu bertambah buruk setiap kali bengkak di mukanya itu membesar, namun keadaan itu tidak menjejaskan penglihatannya.


Dia mengakui sudah biasa, tetapi apa yang menimbulkan rasa pelik ialah mengapa ketumbuhan di kedua-dua belah pipinya itu membesar dan mengecil pada masa-masa tertentu.


"Ia membuatkan bahagian berkenaan gatal. Apa yang pelik ia tidak pula sakit," kata bapa kepada enam anak itu.




Pok Nik We berkata, dia pernah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan berkenaan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan kira-kira dua tahun lalu, namun penyakit misteri itu masih berulang.


"Sudah tidak terbilang rasanya bomoh yang saya temui, namun gagal mengubati," katanya.


Warga emas itu berkata, dia kini berserah kepada Allah kerana sudah puas berikhtiar mengubati penyakit dialaminya itu.Dia yang berpendapatan RM600 sebulan kini menyara tiga anak berusia tujuh hingga 20 tahun manakala isterinya tidak bekerja.


Pok Nik We berkata, walaupun mendapat bantuan RM300 sebulan daripada jabatan kebajikan masyarakat (JKM), namun tidak mencukupi.


sumber : metro

BLOG PAHANG: 06 <b>di kuala lipis</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2011 08:38 PM PDT

URL Sumber Asal :-

Ichi&#39;s Diary: BLC in <b>Kuala Lipis</b>

Posted: 15 Sep 2011 05:06 AM PDT

Over the weekend, I went to Kuala Lipis to catch Mozzies,actually its at Mela (45 min from Kuala Lipis) & Padang Tunku( 20 mins from Kuala Lipis).
We stayed in a Hotel called Jelai,Kuala Lipis which is around 1
hour from Bentong. We arrived on Friday night,was surprised to see a KFC in town cos i
ts quite hulu. Rested the whole night and went wandering the next night since there is nothing to see or go, we left the hotel for breakfast,lunch and the occasional dinner.
On Saturday evening, we went to Padang Tunku to set up light traps to catch mozzies. A light trap consist of a bulb, Co2 box, net trap and fan (see below).
Then we went to Mela for BLC (Bare leg catch). Basically,we rolled up our pants and exposed our legs for the mozzies to bite,then we'll trap them using a vial which is then stuffed with cotton wool to prevent the mozzies from escaping.
During the 1st night, we stayed at the from 6 pm- 6 am and caught about 500 +/- mozzies from various genus such as Masonia, Aedes, Culex, Anopheles and Armigeres.
During the 2nd and 3th night,we stayed at the site till midnite.
Erm,going to a ulu place is normal to see some unwanted guests especially when the site is on someone's land, I think I saw a few "guardians",luckily they were just watching and didn't disturb except for one nite,when we were a bit boisterous.
And of cos,when we were there,our daily meal consisted of ikan patin, so yummy and delicious and not fatty at all. I also had a taste of jungle fowl. The bird is kinda muscular.
Also spotted a few cute lengcai mechanics and 1 or 2 of our kind there.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads