Ahad, 11 September 2011

06 di kuantan - Google Blog Search

06 di kuantan - Google Blog Search


Jenayah Siber Semakin Serius <b>Di Kuantan</b> :: AKUANAKPAHANG

Posted: 22 Aug 2011 02:30 PM PDT

Kes jenayah siber membabitkan penipuan menerusi laman web di daerah Kuantan semakin serius apabila bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, sebanyak 47 kes dilaporkan membabitkan kerugian kira-kira RM48,717. Kes terbaru membabitkan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang ditipu sebanyak RM10,400 bagi pembelian 20 unit telefon bimbit jenis i-phone 4 di sebuah laman web.

Pelajar terbabit yang tertarik dengan tawaran murah itu, memasukkan duit secara berperingkat ke dalam sebuah akaun yang diberikan suspek sejak 24 Julai lalu dan bayaran akhir dibuat pada 19 Ogos baru-baru ini. Setelah semua bayaran selesai, suspek terbabit gagal dihubungi dan talian telefonnya juga telah ditamatkan perkhidmatan, Sindiket berkenaan agak sukar dikesan memandang mereka sentiasa menukar nombor telefon.

Modus operandi sindiket itu ialah suspek akan meninggalkan nombor telefon dalam laman web untuk dihubungi dan setelah membuat perbincangan suspek akan meminta mangsa memasukkan wang sebagai proses penghantaran atau sebagai deposit pembelian. Setelah wang dimasukkan, nombor telefon suspek tidak boleh dihubungi lagi dan barulah mangsa tersedar yang mereka telah ditipu. Sumber Bernama


Macam mana pelajar boleh ada duit sebanyak itu?  Moralnya kita kena berhati-hati dengan sindikit seumpama ini jangan mudah terpedaya dan tertipu :(

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads