Rabu, 14 September 2011

06 di pekan - Google Blog Search

06 di pekan - Google Blog Search


aKu yAng aKut: Sepagi <b>di Pekan</b> Sabtu...

Posted: 02 Sep 2011 07:48 PM PDT

.

Sungguh tak sangka pasar tani yang aku panggil Pekan Sabtu (setiap hari sabtu) penuh dengan orang-orang yang berbelanja barang-barang dapur. Lebih pelik apabila makcik-makcik yang belakang rumahnya boleh dibuat zoo pun masih beli pucuk paku, pucuk ubi dan keledek.

Aku beli daun Geti, keledek dan jantung pisang berangan untuk aku bawa pulang ke S.Alam. Aku lainlah. Kalau aku nak bertani pun, benih kena disemai atas angin.

Sedang aku pilih-pilih keledek, ada seorang makcik tua sedang bertinggung, yang giginya entah tikus mana yang curi, juga sedang memilih-milih keledek yang dilambakkan di atas tanah dengan beralaskan guni baja. Mungkin nak dibuat inti Karipap Pusing. Tak mungkin dia nak buat 'potato chips'.

Melihat keadaannya yang tua, berselipar reput, berkain batik lusuh dan  berbaju kurung ala-kadar seperti itu, aku syak dia dari golongan yang dhaif. Makcik tua itu suruh peniaga itu timbang keledeknya. Murah. Tak sampai pun RM10. Bila peniaga itu pulangkan semula plastik penuh keledek itu, aku pun unjukkan bakul aku pula untuk ditimbang. Keledek pada tangan peniaga itu bertukar bakal pemiliknya.

Semasa aku hulurkan duit untuk bayar harga keledek aku, aku terniat untuk bayarkan sekali keledek orang tua itu. Lagi pun aku hulurkan not yang besar, biarlah dibayarkan sekali tetapi lidah aku kelu. Aku terkujat apabila lihat makcik tua itu masukkan seketul lagi keledek ke dalam plastiknya semasa peniaga itu menoleh ke belakang untuk melihat nilai timbangan keledek aku.

Orang macam ini pun ada.

Kemudian makcik tua itu bangun lalu mengeluarkan dompet duit lusuhnya. Mula-mula dia buka zip yang pertama, aku terkujat lagi apabila di dalamnya ada berlapis-lapis duit yang aku rasa not RM50. Tangan makcik itu menyelak sehelai-sehelai kertas warna biru dan merah. Bila tak jumpa, dia buka zip yang satu lagi, dia selak-selak duit kertas dan dihulurkan kepada peniaga itu.

Hmm.. memang ada orang macam ni......

.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads