06 di pekan - Google Blog Search |
Majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri PM <b>di Pekan</b> Ahad ini : N9 Kini Posted: 16 Sep 2011 05:39 AM PDT PEKAN 16 Sept – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Taman Tasik Sultan Abu Bakar di sini pada Ahad ini, mulai 10 pagi hingga 2 petang. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad berkata, lokasi itu dipilih kerana berdekatan taman perumahan dan kawasan kampung di sekitarnya, sekali gus memudahkan orang ramai menghadiri majlis berkenaan. Beliau berkata, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menghadiri rumah terbuka itu. "Sebanyak 130 pembekal makanan akan menyediakan pelbagai jenis makanan kepada pengunjung seperti nasi beriani, nasi beriani gam, laksa Pahang, laksa Penang dan lain-lain pada majlis itu nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ishak berkata, bagi memudahkan orang ramai menghadiri majlis itu, bas perantara akan disediakan. "Bagi pengunjung dari Merchong, Nenasi dan Chini, kita menyediakan dua bas di Pekan Riverfront, manakala dari arah Kuantan pula, bas akan disediakan di GiatMara Pekan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pekan di sini," katanya. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di pekan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen