06 di chini - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Pesta bakar lemang <b>di Chini</b> meriah Posted: 26 Sep 2011 04:05 PM PDT PEKAN 26 Sept. Syawal kini hampir sampai ke penghujungnya namun masih ramai lagi mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka dan jamuan bagi meraikannya. Setiap orang mempunyai cara yang tersendiri dalam menganjurkan jamuan hari raya bagi mengeratkan hubungan sesama insan. Berbeza pula dengan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di sini apabila mereka membawa kelainan dalam menganjurkan pesta membakar lemang bagi memeriahkan jamuan Aidilfitri di kawasan itu. Acara yang empat kali dianjurkan itu diilhamkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Datuk Abu Bakar Harun yang berusaha mengetengahkan kaedah berbeza bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri di kawasannya. Pesta bakar lemang yang menjadi pesta meriah hanya wujud di kawasan DUN Chini di sini dan menarik penyertaan bukan sahaja golongan muda tetapi juga warga emas. Pada pesta ini juga terdapat cabutan bertuah bagi untuk peserta dan disajikan juga dengan persembahan nyanyian kugiran dari Chini. Hampir 2,000 penduduk di sekitar Gugusan Felda Chini hadir pada pesta tersebut, bukan sahaja dari kalangan ahli UMNO, malah turut dihadiri dari pelbagai parti lain. Lebih bermakna kehadiran 10 pasukan yang menyertai pertandingan bakar lemang dari seluruh Chini. Seorang peserta, Rosli Yakob, 52 berkata, ia merupakan kali ketiga penyertaannya dalam pertandingan itu dan menyifatkan satu perkembangan baik bagi mengukuhkan hubungan sesama masyarakat. ADUN Chini sendiri menggalakkan supaya aktiviti seumpama itu diteruskan kerana ia mengeratkan hubungan silaturahim bukan sahaja kepada masyarakat peneroka tetapi juga penduduk kampung tradisional daripada pelbagai parti di kawasan ini, katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam Dia yang mewakili Felda Chini 1 berharap supaya agenda perpaduan itu diteruskan walaupun hanya satu pertandingan sahaja. Pertandingan itu dapat menyuburkan nilai-nilai murni seperti semangat kerjasama dan komitmen peserta yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian, katanya. Sementara itu, wakil Felda Chini Timur 2, Shodi Jaafar, 52, berkata, pertandingan ini menjadi platform kepada masyarakat Chini berkumpul dan bersatu serta membentuk satu keluarga besar yang boleh dilihat ketika ini. Saya berharap supaya program seperti ini dapat diteruskan kerana ia membawa manfaat dan kebaikan kepada masyarakat di kawasan ini, katanya. Tambahnya, paling utama ia lebih fokus kepada perpaduan masyarakat supaya hubungan sesama mereka dapat dikekalkan. Bukan sahaja dari kalangan ahli UMNO yang hadir, pesta ini malah ia juga merapatkan hubungan dari kalangan parti lain di sini, katanya. Dalam pada itu, wakil Felda Chini 4, Anisah Man, 43, berkata, wanita juga turut sama menyertainya kerana mereka juga boleh membantu kerajaan dalam merapatkan hubungan masyarakat. Tambahnya, ia memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat selain menjadi contoh kepada generasi muda supaya meneruskan amalan itu pada masa depan. Diharap acara seperti ini dapat diadakan secara kerap, bukan sahaja pada hari perayaan sahaja tetapi juga untuk setiap masa, katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia | |
BLOG PAHANG: 06 <b>di chini</b> - Google Blog Search Posted: 20 Sep 2011 01:06 AM PDT URL Sumber Asal :-
|
You are subscribed to email updates from di chini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen