Isnin, 10 Oktober 2011

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


parlimen81: Kontraktor jadi mangsa samun <b>di Jerantut</b>

Posted: 13 Sep 2011 03:29 PM PDT

Kontraktor jadi mangsa samun 

Seorang kontraktor pemasangan mozek kerugian kira-kira RM10,000 manakala sebuah kereta jenis Atos milik rakannya turut lesap dilarikan tiga lelaki bersenjatakan parang dalam satu kejadian samun di sebuah rumah di Taman Seroja dekat Jerantut, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa berusia 48 tahun bersama dua rakannya berusia 40an baru pulang dari tempat kerja sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi bising dari dalam rumah.

Mangsa yang curiga bergegas masuk ke dalam rumah sebelum disambut oleh tiga lelaki bertopeng bersenjatakan parang disyaki perompak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Superintenden Nordin Mustapha berkata, mangsa dan dua rakannya itu diacukan parang sebelum kaki dan tangan mereka diikat perompak terbabit menggunakan pita pelekat .

Menurutnya, suspek bertindak menggeledah rumah berkenaan dan melarikan wang tunai RM5,000, tiga buah telefon bimbit dan peralatan memasang mozek membabitkan jumlah kerugian keseluruhan kira-kira 10,000.

"Turut lesap sebuah kereta jenis Atos milik rakannya dipercayai di gunakan suspek untuk melarikan diri," katanya ketika di temui di pejabatnya di sini, semalam.

Nordin berkata, suspek juga turut merampas kereta jenis Atos milik salah seorang mangsa dan melarikan diri menggunakan kenderaan tersebut.

"Berdasarkan suara dan pertuturan salah seorang suspek, mangsa mendakwa dia mengecam dan mengenali suara lelaki itu.

"Mangsa mendakwa salah seorang suspek itu dipercayai bekas pekerjanya yang dipecat tidak lama dahulu," katanya.

Menurut nya, mangsa turut mendakwa, bekas pekerja yang berusia lingkungan 30 hingga 40-an itu sering menimbulkan masalah ketika masih bekerja dengannya.

Setakat ini polis sudah mengenal pasti suspek terlibat dan memberi jaminan akan memberkasnya pada bila-bila masa sahaja.

"Kereta rakan mangsa juga belum di temui bagaimanapun polis yakin ia ditinggalkan tidak jauh dari lokasi kejadian.

"Kes masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.


http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story9523382.asp

Full content generated by Get Full RSS.

parlimen81: Gesa PM Bina Universiti Perdana <b>Di Jerantut</b>

Posted: 12 Sep 2011 01:49 AM PDT

Berita hari ini mengatakan PM Najib bagi biasiswa kepada pelajar universiti baru iaitu Universiti Perdana (klik sini) . Kat Jerantut ini banyak sungguh tanah kalau University Perdana (klik sini) nak . Cakap jer lah kat maner . Mesti DO , Ahli Parlimen Jerantut dan ADUN Tahan , Pulau Tawar dan Damak boleh rekomen kan kepada MB untuk kelulusan . Tapi kenapa tanah Mardi yang sekakang kera itu juga yang Board of Director ( klik sini) Perdana University nakkan.
Kesian kat MARDI , makin lama makin susut tanah mereka di pinggir Putrajaya dan Kuala Lumpur di serahkan kepada pemaju2 yang semakin berjejeh air liur menahan untuk melahap tanah-tanah MARDI (klik sini) dan UPM di pinggir Putrajaya itu .
Dengar cerita WZWH dan ADUN Tahan dah luluskan sebanyak 1000 ekar (klik sini) tanah untuk pembangunan universiti di Ulu Tembeling . Mungkin WZWH boleh buat proposal untuk binakan secara percuma Ibu Pejabat MARDI yang baru dan Universiti Perdana  di ULU Tembeling dan sebagai tukarannya WZWH boleh majukan tanah MARDI di KL itu sebagi pusat komersial utama di pinggir Putrajaya dengan nama Tembeling Business Center.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads