Rabu, 5 Oktober 2011

06 di rompin - Google Blog Search

06 di rompin - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di rompin</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Sep 2011 07:46 AM PDT

URL Sumber Asal :-

Kemalangan Toyota Vios <b>di</b> Taman Melor, <b>Rompin</b>: Rupanya <b>...</b>

Posted: 05 Sep 2011 05:23 PM PDT

No of View :591

gambar hiasan 

 Misteri sebuah kereta Toyota Vios yang dibiarkan tersadai selama beberapa hari selepas pemandunya terbabit kemalangan di Taman Melor, Rompin, di sini, terungkai apabila kenderaan berkenaan rupa-rupanya dicuri di ibu negara, minggu lalu.

Difahamkan, kereta putih dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu itu ditemui hasil keprihatinan penduduk setempat yang memaklumkan kepada polis berikutan mencurigai keadaan kenderaan terbabit, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Tanah Panjis, Tea Kieu Chai, berkata sehari selepas kereta itu dilaporkan hilang, penduduk mendakwa terdengar dentuman kuat dan melihat Vios berkenaan terbabas ke dalam sebuah longkang.

 "Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu (Rabu lalu), seorang lelaki yang memandu kereta berkenaan didakwa dilihat terkurung dan seolah-olah mabuk.

"Berikutan gagal membuka pintu kereta itu, penduduk membantu mengeluarkan lelaki terbabit," katanya di sini, semalam.

Kata Tea, selepas lima hari, penduduk pelik apabila mendapati Vios itu masih tersadai di dalam longkang berkenaan.

"Melihat keadaan itu, saya menghubungi polis sebelum dimaklumkan ia kenderaan curi," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Sabri Mohamad mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads