
Bera, 19 Januari : Satu Lawatan rasmi dan kunjungan Encik Azmi bin Mustafa Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang ke AADK Daerah Bera telah dibuat pada 17 Januari yang lalu. Pengisian lawatan rasmi tersebut dimulakan dengan Taklimat dan Pembentangan Laporan Pelaksanaan Program Tahun 2011 dan Perancangan Tahun 2012 oleh Pemangku Ketua Pegawai AADK Daerah Bera iaitu Encik Mohamad Fadzil Abdillah bin Mohamad.
Pada sesi lawatan tersebut Pengarah AADK Negeri Pahang turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada pegawai dan kakitangan daerah tersebut. Beliau amat berharap agar semua pegawai dan kakitangan menitikberatkan tentang disiplin pegawai dan menepati kod etika berpakaian. Beliau juga turut memohon supaya memberikan makluman kepada pihak AADK Negeri Pahang sekiranya terdapat pelanggaran integriti terutamanya melibatkan prosiding jenayah oleh mana-mana pegawai dan kakitangan di AADK Daerah Bera. Disamping itu juga, beliau turut berharap agar AADK Negeri Pahang dapat mencapai sasaran dan KPI dalam penubuhan Caring Community House (CCH) dan Cure & Care Service Centre (CCSC).

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama kakitangan AADK Daerah Bera dan penyerahan cendera kenangan kepada Pengarah AADK Negeri Pahang. Sesi lawatan rasmi dan kunjungan tersebut berakhir dengan lawatan Pengarah AADK Negeri Pahang di sekitar pejabat AADK Daerah Bera dan seterusnya ke tapak cadangan Caring Community House (CCH) di Felda Tementi dan Cure & Care Service Centre (CCSC) di Seri Buntar dan Taman Merbau Indah, Bera.
Oleh : Nor Afzan binti Abdul Rahman
Tiada ulasan:
Catat Komen