06 di beserah - Google Blog Search |
- (BERITA) Pertandingan Tarian Separuh Bogel <b>Di Beserah</b> <b>...</b> - Trigyy
- Malaysia Zoom » 2040 terima BR1M <b>di</b> DUN <b>Beserah</b>
- PEMUDA UMNO INDERA MAHKOTA: Santai @<b>Beserah</b>
(BERITA) Pertandingan Tarian Separuh Bogel <b>Di Beserah</b> <b>...</b> - Trigyy Posted: 17 Nov 2011 08:46 PM PST Dengan tawaran Rm600 dan sebotol minuman keras, beberapa orang wanita yang berumur 15-18 tahun telah menjual maruah masing-masing dengan menari sambil berbogel. Itu adalah satu pertandingan dimana peserta dikhendaki menari secara bebas, seksi dan ghairah untuk mendapat markah yang lebih tinggi. Kejadian ini berlaku di Beserah, Kuantan pada awal pagi 17 November 2011. Hadiah ditawarkan selaku juara hanya RM600 serta sebotol minuman keras, tetapi sudah cukup membuatkan 20 gadis sebahagian besarnya Melayu, tampil menyertai pertandingan separuh bogel di sebuah pusat hiburan di Jalan Beserah, awal pagi semalam. Sambil mengenakan pakaian seksi, sebahagian besar peserta berusia antara 15 hingga 18 tahun dan berasal dari Maran, Kemaman dan Kuantan itu sanggup menayangkan coli dan seluar dalam jenis G-string dipakai semata-mata mahu meraih sorakan penonton yang bakal menentukan sama ada mereka menang atau sebaliknya. Difahamkan, acara itu pertama kali dianjurkan di pusat hiburan berkenaan sempena 'Lady's Nite' dan setiap peserta dikenakan bayaran RM50. Peserta yang meraih sorakan paling kuat daripada penonton dan pengunjung pusat hiburan berkenaan berpeluang memenangi pertandingan yang dimulakan jam 12 tengah malam itu. Peserta juga bebas menari dengan gaya tersendiri, tetapi perlu dalam keadaan seksi dan ghairah sambil diiringi muzik tekno yang dimainkan DJ. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan hanya dibenarkan membuat persembahan selama dua minit. >>Klip Video 3gp Mimie One Nation Emcee Tersebar << Incoming search terms:Related Posts Same Categories:Anda Mungkin Ingin Membaca Post Ini:
|
Malaysia Zoom » 2040 terima BR1M <b>di</b> DUN <b>Beserah</b> Posted: 22 Jan 2012 03:05 PM PST KUANTAN 22 Jan. – Seramai 2,040 penduduk Mukim Sungai Karang dan Beserah menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disampaikan kepada mereka pada majlis yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) di sini, baru-baru ini. Majlis penyampaian bantuan itu dimeriahkan dengan program pemeriksaan kesihatan percuma yang mendapat sambutan orang ramai. Seorang penerima, Zaharah Othman, 56, memberitahu, dia dan ibunya, Halijah Abu Bakar, 78, gembira kerana terpilih dan lega kerana urusan itu berlangsung dengan lancar. Menurut Zaharah, biarpun terpaksa menunggu agak lama, namun kesungguhan petugas memudahkan urusan bagi penerima seperti mereka. "Lega dan syukur, sekurang-kurangnya duit ini dapat digunakan untuk perbelanjaan rumah. "Malah, duit yang diterima ibu akan digunakan untuk membeli ubat kerana dia tidak dapat bergerak cergas dan bergantung pada kerusi roda sejak dua tahun lalu kerana sakit lutut," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut. Sementara itu, Ketua UMNO Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof berkata, beliau bersyukur kerana majlis itu berlangsung dengan lancar tanpa masalah besar. Katanya, program itu turut mencipta kelainan dengan penganjuran program pemeriksaan kesihatan dan pemberian cermin mata secara percuma buat warga emas yang dikendalikan oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Menurutnya, sumbangan kerajaan itu dapat meringankan beban rakyat dan bagi mukim itu, majoriti penerima iaitu 65 peratus terdiri daripada golongan bekerja sendiri sama ada bekerja kampung, nelayan atau lain-lain. "Fasa kedua membabitkan 6,000 penerima bagi DUN ini akan berlangsung pada awal bulan depan dan kita harap rakyat menghargai usaha kerajaan dengan memberikan sokongan padu kepada pucuk pemerintahan," katanya. Hadir sama pada program itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Lumpur, Datuk Wan Adnan Wan Mamat dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Suhaimi Sulong serta Pengarah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Pembangunan 1MDB, Datuk Dr. Shamsul Anwar Sulaiman. Dipetik dari Utusan Malaysia Full content generated by Get Full RSS. |
PEMUDA UMNO INDERA MAHKOTA: Santai @<b>Beserah</b> Posted: 24 Jan 2012 01:36 AM PST Dato Suhaimi Sulong, Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota beramah mesra dengan penduduk Kg. Beserah Pantai dalam Program Santai Pemuda di Beserah. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di beserah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen