Ahad, 12 Februari 2012

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search

06 di Cameron Highlands - Google Blog Search


Jalan Sesak <b>Di Cameron Highlands</b> | Blog Cikgu Hairul

Posted: 08 Feb 2012 05:30 PM PST

Setahun dua kebelakangan ni semakin ramai pelancong datang ke Cameron Highlands. Walaupun suhunya tak sesejuk dulu, tapi masih juga ramai pengunjung.

Disebabkan oleh pengunjung yang ramai, lebih-lebih lagi waktu cuti, jalan-jalan mula sesak. Masa balik dari Pantai Merdeka tempoh hari, aku singgah di Cameron Highlandas beli sayur. Malangnya aku Sangkut dalam kesesakkan lebih dari sejam.

Biasanya kesesakkan bermula di hadapan Hotel Equatorial. Melalui pemerhatian aku, ramai yang nak berhenti membeli-belah di Kee Farm. Kat sini memang syurga sayur-sayuran. Masalah timbul bila pengunjung parking tepi jalan. MDCH tak sediakan parking yang cukup. Sepatutnya dah tau itu kawasan pelancongan sediakanlah tempat parking.

Kesesakkan juga selalu berlaku bila sampai ke Brinchang. Biasanya stat pukul 2 petang sampailah ke malam. Di Pekan Brinchang ada pasar malam. Cuma kat sini lebih baik sikit sebab ada disediakan parking. Kesesakkan disebabkan oleh pengunjung yang melintas jalan.

Satu lagi tempat yang sesak ialah dari Brinchang ke Tanah Rata. Tempat ni juga jadi tumpuan pengunjung. Banyak kemudahan disediakan di sini. Nak cari bank kat sinilah tempatnya. Nak cari bank kat Brincang susah sikit la. Kesesakkan ni aku rasa tak selalu. Sebabnya ini baru pertama kali aku sangkut kat situ. Sebelum-sebelum ni tak sesak pun.

Apa agaknya yang boleh diperbaiki dari kelemahan ni? Tempat pelancongan macam ni kalau tak diurus dengan baik akan menyebabkan nilainya jatuh. Hari-hari ada pembangunan. Hotel baru pun banyak yang dah siap. Bila masalah kesesakkan tak di atasi, macam mana nak menarik pelancong?

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads