Ahad, 26 Februari 2012

06 di cherating - Google Blog Search

06 di cherating - Google Blog Search


BERCUTI LAGI! : Jurufoto Perkahwinan

Posted: 06 Feb 2012 06:05 PM PST

Posted on February 7, 2012

Salam dan selamat bercuti semua. Sedikit gambar dari iphone instagram saya. Bercuti di Cherating memang syok dan ini pertama kalinya saya bermalam di sini dan yang paling best, saya dapat pergi ke Kemaman untuk makan dan minum di Kedai Kopi Hai Peng dan juga layan satar & otak-otak kat Warung Aziz Sata. Saya tak bercuti ke luar negara tetapi saya kerap makan angin di Malaysia boleh katakan sebulan sekali mesti keluar bercuti untuk melepaskan segala penat lelah yang ada dan habiskan masa bersama family. Sebab seorang doktor pernah berkata, "Lebih baik pergi bercuti makan angin untuk lepaskan tension daripada habiskan duit untuk perubatan disebabkan kerja yang teruk".

Gambar-gambar ini saya 'tangkap' menggunakan iphone dengan aplikasi instagram jer walaupun kamera 'besar' ada bawak juga tapi saya ni kaki instagram so memang tak boleh miss nak guna apps ni walaupun DSLR guna juga. Jangan lupa add saya kat instagram, username: rudyazwan

Okay, salam semua!

Okey sekian update dari saya.

Cerita Tina: Cerita Tina <b>di Cherating</b>

Posted: 12 Feb 2012 05:35 PM PST

okey, seperti yang tina pernah cakap, kami sekeluarga pergi bercuti ke cherating cuti maulud nabi haritu, alhamdulilah, lepas tak dapat book bilik time CNY, akhirnya sampai juga kami disini

antara agenda menarik, apalagi, pantai lah kan,bercanda bersuka ria lah budak-budak ni
view dia sangat cantik, puas hati walaupun berjemur tengah panas bagaikan di padang pasir,alhamdulilah kulit tak terbakar pun

okey kitaorang duduk kat banglo TM, jadi memang tak adalah betul-betul menghadap pantai, nak buat cmana, kami nak jimat kan, sewa satu banglo tu cuma RM120 untuk 2 malam, ada 3 bilik dan macam-macam kelengkapan ada, nak masak pun boleh cuma tak kuasalah kan

memang selesa, yelah rumah kan, besar lah dan 100% aircond, depan rumah ada swimming pool semua, memang bestlah, oh ya dapat murah sebab my akak kan staff TM, kalau orang luar tak taulah berapa chargenya, dah namanya staff TM, ambilkah kesempatan kan


Tiada ulasan:

Catat Komen

ads