Ahad, 26 Februari 2012

06 di gebeng - Google Blog Search

06 di gebeng - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: DAP desak tubuh PSC kaji loji Lynas <b>di Gebeng</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:43 AM PST

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan DrTan Seng Giaw mendesak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk mengkaji loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan yang bernilai RM700 juta.

dap kl parliament pc 140308 tan seng giaw"Seperti juga perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas parlimen, maka perkara yang sama juga (kepada Himpunan Hijau 2.0), satu jawatankuasa pilihan khas parlimen perlu dilihat berkaitan Lynas," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Tan yang juga ahli parlimen Kepong itu berkata kerajaan mengambil berat pandangan rakyat, dan melihat semula isu pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah, Perak.

Katanya, berkata sisa bahan yang melibatkan Lynas dan Bukit Merah suatu ketika dahulu, mempunyai persamaan iaitu mengandungi sisa 'thorium' dan ia dipercayai menyebab berlakunya leukemia di kawasan sekitar.

Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Tony Pua dan Ronnie Liu.

himpunan hijau 2 260212 dap supporterSementara itu, tokoh Lim mengingatkan kerajaan jika mengabaikan suara rakyat, ia akan memberi kesan terhadap undi kepada mereka.

"BN kata mereka yakin untuk mengekalkan semua kerusi di Pahang, tetapi hari ini mereka diberi amaran bahawa lebih banyak kerusi mereka akan kalah selagi rakyat mengambil berat tentang alam sekitar dan pengurusan kerajaan yang baik," katanya.

Isu LYNAS:Najib kena ingat nyawa rakyat <b>Gebeng</b> tak dijual <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:28 AM PST

Najib:Fakta saintifik buktikan loji Lynas selamat-M'kini

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

najib at mca youth agmPerdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekinchan, hari ini.

Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya.-m'kini


Adakah kerajaan Australia tempat asal nak buang sisa buangan radiokatif tu tak buat kajian hingga projek merbahaya ni boleh pindah ke Gebeng, Pahang?Apakah kajian saintifik Australia kata 'good' cuma kami nak pindah ke Malaysia bagi rakyat Malaysia dapat loji bertuah tu?


Kalau tak bahaya kenapa pindah ke Malaysia?Soalan ni hingga kini tak terjawab.Najib tak akan dapat rasa kesan sisa buangan merbahaya ini kerana keluarga Najib bukan ada di Gebeng tapi di Putrajaya.Kalau selamat Najib buatlah sebiji bungalow mewah di tepi loji yang sedang dalam pembinaan tersebut.Buatlaa kalau berani!


Jangan kata ini isu pembangkang dan isu politik tapi ini isu nyawa yang tak  dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia! Ini isu kesihatan yang boleh bawa kecacatan kepada anak yang dalam kandungan para ibu.


Rakyat pasti bangkit lawan Umno-Bn macam rakyat lawan isu LYNAS dalam pru 13.Jangan ingat rakyat dapat duit BR1M RM 500 rakyat akan sokong LYNAS dan Umno-BN.Tengok ...bagi duit RM500 pun rakyat turun bantah LYNAS demi nyawa dan keluarga mereka .Nyawa mereka , kesihatan mereka bukan harga RM500!



Tiada ulasan:

Catat Komen

ads