Ahad, 5 Februari 2012

06 di jerantut - Google Blog Search

06 di jerantut - Google Blog Search


Berakhirnya Sumpahan Sang Kelembai Politik <b>Jerantut</b>

Posted: 04 Feb 2012 10:17 AM PST

Kisah dongeng cerita orang tua-tua dahulu ada sejenis makhluk yang tidak diketahui sama ada manusia, jin atau apa, yang di beri nama Sang Kelembai atau juga dikenali sebagai Sang Gedembai. Kata ceritanya adalah sejenis makhluk gergasi yang mengikut dongeng Melayu tinggal di dalam hutan yang jauh dari penempatan manusia.
Sang Kelembai hidup tersisih kerana sumpahan yang menghantuinya setiap benda yang ditegurnya akan bertukar menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada di dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur semuanya akan menjadi batu.
Begitulah mitos cerita Sang Kelembai.
Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Termasuk 14 kawasan FELDA.
Banyak hutan-hutan di Jerantut telah ditebang. Bunyi bising jentera-jentera berat menebang balak-balak di hutan Jerantut samada secara berlesen atau haram telah membuatkan Sang Kelembai marah kerana kehidupan amannya telah diganggu. Ini menyebabkan Sang Kelembai menyumpah kepada orang-orang politik Jerantut kerana gagal mempertahankan kehidupan ekosistemnya.
Sang Kelembai pun tahu fakta hutan simpan kekal Daerah Jerantut seperti dibawah:


Hutan Simpan Kekal Daerah Jerantut

















Tekai (Tembeling)(Tambahan)






















sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang


Maka sumpahan Sang Kelembai kepada orang-orang politik Jerantut seperti berikut:
  • Ahli parlimen tidak boleh menjadi Menteri Penuh 
  • Ahli parlimen tidak lebih dari tiga penggal 
  • ADUN yang ada jawatan EXCO Pahang dilucutkan 
  • ADUN ramai yang sepenggal sahaja 
  • ADUN tidak berpeluang menjadi MB Pahang 
Bilakah akan berakhirnya sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini? Bagaimanakah cara untuk menamatkannya?
Maka WZWH pun puas memikir mencari jawapannya. Akhirnya WZWH ada jawapannya. WZWH pun ada "Six Sense" macam Merlin dalam legenda "King Authur and the knights of round table".
Ahli politik Jerantut perlu berjiwa besar. Bila kita berjiwa kecil kita sebenarnya mengecil dan memandang rendah potensi kita. Akhirnya Jerantut yang rugi.
Ahli politik Jerantut baik ahli parlimen dan ADUN mesti bercita-cita tinggi. Jika kita bercita-cita tinggi, kita pasang strategi-strategi mencapai impian dan mimpi. Jika kita mencapainya, kita boleh majukan Jerantut. Kita boleh menyenangkan Jerantut.
Sampai bila ahli politik Jerantut mahu sentiasa menjadi pengikut dan menjadi bahan percaturan politik negeri dan nasional. "We cannot be acting like slave all the time, we need to become a master of our own right".
WZWH mahu ahli politik Jerantut mencatur politik negeri Pahang ini. Sudah sampai masanya.
Jerantut ada kekuatan yang tersendiri yang kita buta tidak mahu mengilapnya. Kita bersih dan gilapkan permata-permata kita yang duduk berlumpur dalam selut selama ini. Serlahkan permata-permata kita!
WZWH mahu ahli politik-ahli politik Jerantut tamatkan sumpahan Sang Kelembai politik Jerantut ini. WZWH berharap YBM Tengku Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar adalah ahli politik yang boleh menamatkan "Sumpahan Sang Kelembai Politik Jerantut" ini semoga berakhir demi kemajuan dan pembangunan Jerantut.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads