Ahad, 5 Februari 2012

06 di karak - Google Blog Search

06 di karak - Google Blog Search


SPYSHOTS : P3-21A ditemui <b>di</b> lebuhraya <b>Karak</b>!!! | funtasticko design

Posted: 29 Jan 2012 05:35 AM PST

Spyshots terbaru ini telah diemailkan kepada saya oleh sahabat kita, bro mohderic sebentar tadi. Difahamkan 2 buah P3-21A sedang menjalani ujian jalan raya telah ditemuinya di lebuhraya Karak. Terima kasih bro mohderic kerana sudi berkongsi gambar & info ini dengan kita.

JOM UNDI FUNTASTICKO DESIGN http://www.socialmediaweek.com.my/awards/category.php?id=17

Advertisement
Full content generated by Get Full RSS.

Terowong <b>Karak</b> | Terowong Jalanraya Pertama <b>di</b> Malaysia <b>...</b>

Posted: 31 Jan 2012 02:56 AM PST


Terowong Karak, sebuah terowong yang usianya lebih lama daripada Terowong Menora yang terletak di Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Kuala Kangsar. Terowong Karak merupakan terowong jalan raya yang pertama di Malaysia. Ianya terletak di Genting Sempah, Pahang.
Semasa HH kecil lagi, terowong ini sudah berada dalam ingatan HH. Tatkala seisi keluarga pada ketika itu hendak pulang ke kampung, pasti akan melalui terowong ini. Ia satu detik paling best ketika naik bas ekspress dari Kuantan ke Ipoh. Mana taknya, jalan yang gelap gelita tetiba jadi terang benderang bila masuk ke Terowong Karak. Di sepanjang terowong diterangi oleh lampu-lampu berwarna merah muda
Terowong Karak, panjangnya kira-kira 3 000 kaki, tinggi terowong pula ialah 26 kaki dan lebarnya 32 kaki, ianya ditebuk di tengah-tengah bukit dan hutan yang melintasi sempadan negeri Selangor dan negeri Pahang berdekatan dengan persimpangan jalan lama ke Genting Highlands. Tingginya ialah kira-kira 2 000 kaki dari paras laut. 
Di dalam terowong, ada laluan pejalan kaki atau kecemasan. Ia juga disediakan sistem keselamatan CCTV serta punyai telefon keselamatan bagi menghubungi kakitangan JKR yang bertugas 24 jam.
Pembinaan terowong ini melibatkan tiga syarikat pemaju iaitu Syarikat Italian-Thai Development Corporation, Korea Development Corporation serta Syarikat Sato Kogyo Co. Limited dari Jepun.
Pembukaan terowong dan sebahagian lebuh raya baharu Kuala Lumpur - Karak ini kepada lalu lintas telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Abdul Ghani Gilong, Menteri Kerjaraya Dan Kemudahan-Kemudahan Awam pada 07 Januari 1978.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads