Ahad, 26 Februari 2012

06 di kuantan - Google Blog Search

06 di kuantan - Google Blog Search


PKR leader caught for khalwat in <b>Kuantan</b>

Posted: 24 Feb 2012 11:39 PM PST

Pahang religious department confirms that the PKR man and his partner were caught in a room at 3am by an enforcement team.

(Free Malaysia Today) - A senior PKR leader was caught by the Pahang Islamic Religious Department (Jaip) for allegedly committing khalwat (close proximity) with a married woman early this morning.

He was alleged to have committed the offence at a popular hotel in Balok, Kuantan. The PKR leadership is holding a retreat at the hotel since Friday.

Several PKR leaders contacted by FMT confirmed that Jaip had raided the hotel at about 2.30am this morning and had caught the leader committing the offence. Jaip is expected to charge him and the woman in the coming weeks.

The leader could not be contacted for comment. His handphone has been switched off since the news first broke in the cyberspace. He and the woman have been named in several blogsites and in the Facebook. She is believed to be from Rompin.

He had however sent SMSes to PKR leaders and supporters denying that he was caught for khalwat. He claimed that the woman had a family problem and sought his help.

He added that the woman's husband had then arrived with some gangsters and accused him of hiding the wife.

"This is a case of a woman running away from her husband. They are going to get divorced. She had always wanted to run away from her husband. I advised them to return home. It's a family problem…case settled," he had said in his SMS.

READ MORE HERE




Lebih 15000 hadir bantah Lynas <b>di Kuantan</b> - KeadilanDaily.com <b>...</b>

Posted: 25 Feb 2012 07:17 PM PST

KUANTAN 26 Feb: Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 4, dihadiri lebih 15,000 penyokong bagi membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Kuantan.

Perhimpunan tersebut dianjurkan  lebih 80 NGO perihatin dan turut mendapat sokongan Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN, PAS dan DAP.

Peserta perhimpunan tersebut mula berkumpul di Padang MPK1, tempat asal perhimpunan sebelum berarak ke padang MPK4, kira-kira jam 9.30 pagi.

Hadir pada perhimpunan itu ialah  Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Terdahulu, peserta yang terdiri dari pelbagai kaum, hadir ke lokasi himpunan itu dengan majoriti mereka berpakaian hijau.

Mereka melaungkan "Balik, balik. Lynas balik! Hancur, hancur. Hancur Lynas!", selain  membawa sepanduk, kain rentang dan poster yang memaparkan slogan anti Lynas.

Beberapa Wakil kumpulan NGO dan aktivis sosial,  termasuk anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 turut memberikan ucapan ketika himpunan berlangsung.

Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A Samad yang membacakan puisi bertajuk 'Gebeng Yang Luka' ketika himpunan tersebut.

Antara yang turut dipersembahkan ialah paluan kompang, gendang dan persembahan drama yang mempersendakan menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob oleh NGO Jingga 13.

Selain itu, pelbagai  aktiviti dilakukan perserta himpunan, antaranya menyanyikan lagu 'Suara Rakyat', diketuai oleh aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang juga pengerusi majlis.

Lokasi tempat perhimpunan tersebut bagaikan tapak pesta dengan pelbagai aksi dan gelagat peserta himpunan dapat dilihat.

Kehadiran mereka disambut oleh penduduk Kuantan yang membunyikan hon kereta, tanda sokongan terhadap Himpunan Hijau 2.0.

Sebelum himpunan berakhir, tiga resolusi Himpunan Hijau 2.0 dibacakan oleh penganjur iaitu:-

  • Batalkan Segera Projek Loji Nadir Bumi Lynas
  • Hentikan atau nilai semula segala projek yang memudaratkan Malaysia.
  •  Pastikan segala rancangan pembangunan adalah mapan dan sejajar dgn prinsip-prinsip "Piagam Bumi".

Perhimpunan itu tamat kira-kira jam 11.34 pagi dan bersurai dengan aman tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=27204

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads