06 di raub - Google Blog Search |
Komunitikini – Dua maut, van jenazah terbabas <b>di Raub</b> Posted: 19 Dec 2011 04:16 PM PST Dua maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah van jenazah terbabas di Km 333, Jalan Raub semalam. Ketua Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Cif Insp Mohd Nazlan Othman berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, van milik Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang tersebut dalam perjalanan pulang selepas menghantar jenazah di Kuala Krai, Kelantan. "Van terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan ketika tiba di tempat kejadian," katanya. Pemandu van, Zaini Tamsir dan seorang penumpang di tempat duduk belakang Saffli Sajat, 61, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Dua mangsa yang cedera ialah anak Zaini, Zulhilme, 15, dan seorang lagi penumpang di tempat duduk belakang Amran Sewa, katanya. Beliau berkata kedua-dua mereka kini dirawat di Hospital Raub. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di raub - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen