Jumaat, 10 Februari 2012

06 di temerloh - Google Blog Search

06 di temerloh - Google Blog Search


Pahang Daily Online (PDO): Panas: Bicara Ummah <b>Di Temerloh</b> <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2012 07:50 AM PST

TEMERLOH, 7 Feb - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali (foto) menempelak pucuk pimpinan parti itu atas alasan lebih mengejar singgahsana Putrajaya sehingga sanggup mengetepikan dasar perjuangan Islam. Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu menambah, PAS yang sebelum ini menjadikan Islam agenda utamanya penubuhan sejak 50 tahun lalu, kini lebih berminat untuk menduduki menguasai kerajaan daripada berjuang menegakkan hukum Islam. "PAS lebih sanggup bekerjasama dengan PKR dan DAP yang secara jelas menentang penubuhan negara Islam. "Saya terpaksa berjuang dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menubuhkan Jati bagi mempertahankan akidah umat Islam negara ini apabila Pas langsung tidak mahu memperjuangkan isu tersebut," katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap di Program Bicara Ummah yang berlangsung di Dewan Tun Razak yang dihadiri 3,000 penduduk Temerloh, semalam. Sehubungan itu, Hasan menyeru umat Islam negara ini menyokong perjuangan JATI yang akan ditubuhkan pada 21 Februari ini tanpa mengira fahaman politik. "Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai Jati walaupun mereka ahli Umno, PAS, PKR mahupun orang Islam yang berada dalam DAP. "Saranan saya ini berdasarkan perjuangan Jati yang bukan berasaskan perjuangan politik tetapi berjuang semata-mata atas Islam," katanya. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik dan menghapuskan kuasa Raja Raja Melayu jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan menjadi kenyataan. Beliau berkata, niat mereka untuk mengubah perlembagaan negara tidak semudah disangka kerana mereka terlebih dahulu perlu mendapat persetujuan Raja-raja Melayu untuk hapuskan kuasa Raja serta keistimewaan Orang Melayu.

"Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu jelas termaktub hak keistimewaan orang-orang Melayu dan Raja-raja tidak boleh diusik. "Perkara tersebut merupakan kuasa mutlak hak Raja-raja dan orang Melayu yang tidak boleh dipertikai sama sekali," katanya. Menurutnya, impian PR itu adalah untuk menjadikan negara ini sebuah republik oleh kerana tidak ingin melihat orang Melayu berkuasa dan dilindungi Raja-raja Melayu. Sehubungan itu, Hasan meminta orang Melayu dan umat Islam di negara ini bersatu bagi mempertahankan hak mereka. Beliau berkata, PR kini bercita-cita dan berusaha untuk menawan Putrajaya dengan apa cara sekalipun pada pilihan raya umum nanti, malah PAS yang bersengkongkol dengan DAP dan PKR tidak berbuat apa demi kuasa politik. sumber

[Nampaknya pasti ramai yang melenting dengan kenyataan terbaru Datuk Dr.Hasan Ali ini. Namun, beliau berhak mengeluar kenyataan sedemikian kerana dia kini adalah wakil rakyat bebas. Namun, kesilapan beliau ialah dia rela hadir bertemu rakyat menerusi pentas UMNO. Ini yang menjadi masalah sekarang. Seolah-olah Hasan merasakan UMNO itu lebih benar dalam memperjuangkan Islam selama ini. Walhal dia sendiri tahu yang dia digam oleh RTM atas arahan kerajaan UMNO BN gara-gara mengeluarkan kenyataan pedas ketika mengendalikan rancangan Forum Perdana Hal Ehwal Islam di TV1 dulu. Maknanya, kerajaan UMNO BN tidak mahu mana-mana pihak yang cuba berkata benar untuk mendidik rakyat supaya mahu kepada Islam. Bukan dulu saja, malah hari ini juga kerajaan masih mengenakan berbagai peraturan dan syarat untuk mengekang pihak yang cuba berdakwah dan mengajar Islam sebenar kepada umat Islam. Hasan juga telah terpalit dengan isu itu. Namun, kini segalanya sudah berubah. Dia mula melihat parti PAS itu berada di pihak yang salah dan UMNO pula di landasan kebenaran. Sedangkan dia tahu, kuasa untuk melaksanakan hukum Allah atas muka bumi ini berada di tangan Melayu Islam UMNO. Namun, hingga kini masih tidak mahu dilaksanakan. Apakah Hasan rela untuk bersekongkol dengan parti itu pula selepas ini. Apa yang pasti, perjuangan beliau hanyalah untuk cari keuntungan dunia semata-mata].

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads