Ahad, 12 Februari 2012

06 di temerloh - Google Blog Search

06 di temerloh - Google Blog Search


Nisa Kay: Jalan-jalan cari makan <b>di Temerloh</b>.

Posted: 10 Jan 2012 08:41 PM PST

 

Assalamualaikum…

 

Aku tulis draft entry ni dah lama sangat dah. Sepatutnya lama dah aku nak share dengan korang pasal kisah aku dengan sepupu-sepupu aku jalan-jalan cari makan nih. Tapi baru sekarang ada masa nak share.

 

Mulanya sepupu aku, Faa, janji nak bawak kitorang dah lama dah.. Masa first time pergi, gerai yang terbabit masih belum bukak. Maka kitorang makan kat tempat lain dengan penuh rasa kecewa dan duka lara. Beberapa hari lepas tu Faa bawak aku, adik aku dan sepupu yang lain untuk join jalan-jalan cari makan.

 

IMG_0420

Yang kecik tuh of course la adik aku, Dayah. Yang pakai pashmina tu sepupu aku. Kedua-duanya excited benor jalan-jalan cari makan sebab perut memasing dah berlagu Justin Bieber. Ehhh??!!

 

 

IMG_0422

Ni la sepupu aku, Faa, merangkap driver rasmi aku dan sepupu yang lain setiap kali kami semua meronggeng bersama-sama. Muahahaaa… kakak jangan marah naaa…

 

 

IMG_0428

Ni sepupu aku yang lagi satu. Errr aku ramai sepupu weh. Hahaa.. Dia baru dapat lesen tapi dah aktif drive ke sana sini. Haaa tu maknanya ramai la yang boleh jadi driver kalau nak keluar meronggeng yeahhh!! Maklumlah aku ni takde lesen lagi. Kahkahkah!!!

 

 

IMG_0424

Walaupun gerai kampung aje tapi environment dia best. Berangin sebab dekat dengan sungai. Jalan kampung yang tak hingar bingar, makanan yang sedap dan yang paling penting… MURAH!!! Korang tengoklah sendiri. Paling mahal pun mi bandung yang berharga RM3.50 ! Perrgghh aku pun susah nak percaya!

 

 

IMG_0430

Ini mi kari, sepupu aku Faa yang order. Best weh sebab ada ayam seketul tapi harga bawah RM3.00 !

 

 

IMG_0431

Ini laksa. Pun harga bawah tiga hengget.

 

 

IMG_0427

Yang ais nye tinggi kemain tu ais jagung. Sedap jugak! Kat sebelah dia air coke float.

 

 

IMG_0438

Ini mi bandung yang aku order. Sedap! Rasanya tak masam sangat tak pedas sangat, just nice dan sesuai dengan selera aku. Harga murah tapi kuah penuh dengan udang, fish ball dan fish cake!

 

 

IMG_0436

Muka skema aku ketika hendak menjamah mi bandung. Hooo tapi muka aku blur! Pandai punye kamera pergi fokus lak belakang pulak haihhh! Tapi takpe lihatlah dunia, aku senyum tunjuk gigi bak iklan Colgate!

 

Heeee inilah yang buat aku rindu nak balik Pahang! Aku tak malu nak cakap aku orang Temerloh, aku tak malu nak share cerita kat blog yang aku makan kat gerai kampung aje. Aku bangga apa! At least there's something about Temerloh that can be shared here, and I'm proud :)

 

Heeee menulis entry ni buat hati aku meronta-ronta nak balik Temerloh! Nak peluk adik aku si demok, nak makan gulai tempoyak ikan patin yang mak masak, dan meronggeng dengan sepupu-sepupu aku yang sama ting tong dengan aku! Hahahaa Okaylah.. till then. Tata!!

 

 

Sign PNG NisaKay

 

 

TWEET or LIKE this entry!

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads