Ahad, 5 Februari 2012

06 di triang - Google Blog Search

06 di triang - Google Blog Search


BLOG PAHANG: 06 <b>di triang</b> - Google Blog Search

Posted: 04 Feb 2012 01:23 PM PST

URL Sumber Asal :-

Santai Bersama Tuan Guru Presiden <b>di</b> Sungai <b>Triang</b> <b>...</b> - PAS Bera

Posted: 03 Feb 2012 06:24 AM PST

Foto-foto bertarikh 29 Januari 2012 ini diambil dari facebook sahabat kami Sheikh Ramli Awang Abdul Rahman (Ukeep), yang bertanggungjawab terhadap aturan dan penyeliaan keselamatan bagi Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Tuan Guru dan rombongan datang ke Bera untuk menghadiri Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Kawasan Bera yang berlangsung dari 27 hingga 29 Januari 2012 yang lalu.

Foto-foto ini dirakamkam di sebuah lokasi jermal di Sungai Triang. Tuan Guru dan rombongan diraikan di sini sebelum ke pekan Triang untuk menghadiri sambutan Tahun Baru Cina. Pada sebelah malamnya, Tuan Guru berceramah di Darul Ikhwan, Mengkarak. -PKB.

Full content generated by Get Full RSS.

Murid Dikhuatiri Lemas Tergelincir <b>Di</b> Sg. <b>Triang</b>

Posted: 30 Nov 2011 03:22 AM PST

BERA – Seorang murid lelaki tahun tiga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Triang 2, Pua Ru Xiang dikhuatiri lemas di Sungai Triang dipercayai tergelincir ketika bermain bersama dua lagi rakannya berhampiran jeti sungai itu pada jam 5.15 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor, berkata gerakan mencari dan menyelamat mangsa dimulakan semalam sejurus pasukan polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Katanya, usaha mencari yang dijalankan sehingga petang ini bagaimana pun masih gagal berikutan arus air sungai yang deras.

"Pasukan berkenaan akan meneruskan gerakan mencari di kawasan melebihi 100 meter dari tempat mangsa dipercayai tergelincir termasuk mencari di kawasan yang dipenuhi dengan pokok-pokok kerana dibimbangi mangsa tersangkut di kawasan tersebut," katanya kepeda pemberita di sini, hari ini.

Menurut beliau gerakan mencari dan menyelamat menggunakan tujuh bot termasuk dua bot milik orang awam.

Berikutan kejadian ini, beliau menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak masing-masing pada musim cuti persekolahan ini dan menjauhi kawasan sungai bagi mengelak kejadian lemas. – BERNAMA

Berita Berkaitan:

Full content generated by Get Full RSS.
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads