06 di bentong - Google Blog Search |
Jambatan baru empat lorong <b>di Bentong</b> akan dibina | 101.met9 <b>...</b> Posted: 18 Feb 2012 10:30 AM PST BENTONG: Sebuah jambatan baru empat lorong akan dibina di Bandar Bentong tidak lama lagi bagi mengatasi kesesakan di kawasan berkenaan, kata Ahli Parlimennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Liow berkata, berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM8 juta bagi membina jambatan itu yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat. "Jambatan baru itu akan dibina bersebelahan jambatan sedia ada yang terlalu sempit dan menimbulkan kesesakan di pusat bandar Bentong. "Ini kerana kesesakan di situ bukan lagi berlaku pada musim perayaan, tetapi juga pada hari biasa menyebabkan keperluan bagi membina jambatan baru yang lebih besar dan selesa untuk penduduk di sini," katanya di sini, semalam. Liow yang juga Menteri Kesihatan berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang menyiapkan reka bentuk jambatan dan tender akan dikeluarkan selepas itu. "Pembinaan jambatan dijangka akan mengambil masa selama 18 bulan dengan menggunakan kepakaran tempatan," katanya sambil meminta pengguna memberikan kerjasama kepada JKR ketika pembinaan jambatan itu kelak.
|
You are subscribed to email updates from di bentong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen