Jumaat, 2 Mac 2012

06 di bukit tinggi - Google Blog Search

06 di bukit tinggi - Google Blog Search


Tertunailah Hasrat Di Hati: Hari ke 2 <b>di Bukit Tinggi</b> Padang (Part 1)

Posted: 22 Feb 2012 06:51 PM PST

Kami tinggal di Hotel Karisma Bukit Tinggi.  Best duk hotel ni sebab x yah set jam nak bangun.  Bila azan subuh terus terjaga...waktu kat sini awal satu jam dari kat Malaysia

Bilik yang kami berdua dapat memang selesa.  Setiap hari dorang kasi berus gigi/ubat gig dan peralatan mandi yang lain.  Ada gak al quran di sediakan.

Sarapan pagi hari ke 2..kolak  pisang sama ajer mcm pengat pisang..

manis yg amat..nasi uduk pulak macam nasi lemak

Penjaja depan hotel dah ramai panggil kitaorang suruh beli barangan mereka.  

Nak buat camner dorang memang cari rezeki cara tu..tapi kami tak layan sebab nak shopping

ishhh gambar x cantik..dalam angkot..oleh sebab ramai kami ambik 2 angkot.  Setiap orang cuma kena bayar Rp2.000 sahaja.  Sebelum naik korang kena deal dulu dgn pemandu pasal kadang-kadang pemandu buat dajal mintak sampai Rp60.000 satu angkot sebab dorang tenguk orang luar.

Hari ni tak  naik bus pariwisata  sebab  kami nak membeli belah kat Pasar Aur Kuning tempat jualan macam-macam.  Kena hati-hati gak sebab biasalah kawasan macam pasar chow kit..tentu ada yang memerhatikan kita kan.

Destinasi pertama..borong kain sulam..waduh cantik-cantik dan berbaloi harga yang di tawarkan.  Apalagi masing-masing rembat 3-4 pasang...al maklumlah nak dekat raya kan. 

Tak beli kain batik sarung, kain pelikat dan kain batik lepas tak sah kan..kedai ni dalam pasar.  Ada yang beli blaus ...akak terpaksa cari seluar panjang. tudung dan benda dalaman sebab nak tukar aaaa..tak pasal-pasal keluar duit..menciiii

Akhir sekali beli telekung sulam..Cantikkan telekung yang telah di hias cantik dalam bekas.  Pakallah anak tak nak kawin lagi..kalau idak boleh beli.  Ramai ahli rombongan yang beli telekung termasuklah akak sebab akak jual kat adik beradik..at least lepas duit tambang.  

Tapi tak boleh banyak sangatlah...kastam tanya bila tenguk beg besar masa kat LCCT.  Nasib baik kami ramai..minta tolong geng tolong bawa.  Yang best dorang leh hantar kat hotel..tak payahlah kami angkut nak angkotan.  Habis  gak duit juta-juta yang kami bawak..tapi lega sebab tak risau bawak duit banyak dalam dompet.

Macam-macam jenis jajan yang di jual di Pasar Aur Kuning ni..tapi kami semua tak beli pun sebab payah nak bawak balik

Dah nama pun pasar..ramailah yang berjualan..macam-macam ada

Mana tahan tak ada muka akak kannnn...bila  nak ambil gambar, ahli rombongan kata...ibu nanti masuk dalam internet..kakak ni wartawan internet...ha ha ha kelakarlah dorang semua ni.  Ada yang pernah jenguk blog akak..tu sebab dorang tau.

Dah habis bershopping kami makan kat sini

Sambal lado hijau mesti adooooo...bila ada lauk belut semua geli nak makan.  Kami suruh pelayan angkat ..kali ni minum jus sirsak (air durian belanda). Pekat...likat..sedap ...

p/s Nantikan sambungannya yer..tak boleh panjang-panjang nanti korang bosan

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads