06 di cherating - Google Blog Search |
Diari Kita: EDISI MEMORI TERCIPTA <b>DI CHERATING</b>, KUANTAN <b>...</b> Posted: 28 Feb 2012 12:00 AM PST Untuk percutian kedua kami kali ni, kami memilih Cherating sebagai destinasi untuk merehatkan minda. Kami memilih untuk berehat sambil menikmati keindahan pantai untuk percutian kali ni. Hari pertama kami habiskan masa di bandar Kuantan, seawal jam 9.00 pagi kami bertolak, dan dalam pukul 1.00 petang kami selamat sampai. Terus kami mencari tempat untuk makan tengah hari. Kami memilih Aida'z Corner (AC) berhampiran Kuantan Parade. Saya suka minum air jagung di AC. Selepas makan, kami check in di Shahzan Inn. Dari bilik hotel kami boleh dapat lihat pemandangan Bandar Kuantan. Dah lama tak ke Kuantan, dah banyak perubahan. Dah banyak bangunan2 baru. Selepas berehat, kami pun merayap ke Bandar Kuantan…sempat pergi tengok wayang di East Coast Mall layan Ghost Rider II. Selesai tengok wayang kami pergi ke Teluk Cempedak (TC)..saja nak rasa angin pantai pada waktu malam. Disebabkan kami pergi pada weekday, tak ramai sangat orang. Cantik pemandangan waktu malam dekat TC ni. Memang banyak perubahan..dah banyak fast food restaurant kat sini.
Saya paling suka makan sotong goreng tepung, tapi air buah dia so so je..caor orang perak kata. Yang special kat sini ikan bakar dibakar bersama petai…hubby suka la ada petai tu. Menjamu selera aktiviti penutup kami pada hari pertama di Kuantan. Sebelum balik ke hotel sempat pusing2 sekejap bandar Kuantan..nikmati pemandangan waktu malam di Kuantan. |
You are subscribed to email updates from di cherating - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Komen