Sabtu, 3 Mac 2012

06 di gebeng - Google Blog Search

06 di gebeng - Google Blog Search


Isu LYNAS:Najib kena ingat nyawa rakyat <b>Gebeng</b> tak dijual <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 05:28 AM PST

Najib:Fakta saintifik buktikan loji Lynas selamat-M'kini

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

najib at mca youth agmPerdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat," katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekinchan, hari ini.

Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat," katanya.-m'kini


Adakah kerajaan Australia tempat asal nak buang sisa buangan radiokatif tu tak buat kajian hingga projek merbahaya ni boleh pindah ke Gebeng, Pahang?Apakah kajian saintifik Australia kata 'good' cuma kami nak pindah ke Malaysia bagi rakyat Malaysia dapat loji bertuah tu?


Kalau tak bahaya kenapa pindah ke Malaysia?Soalan ni hingga kini tak terjawab.Najib tak akan dapat rasa kesan sisa buangan merbahaya ini kerana keluarga Najib bukan ada di Gebeng tapi di Putrajaya.Kalau selamat Najib buatlah sebiji bungalow mewah di tepi loji yang sedang dalam pembinaan tersebut.Buatlaa kalau berani!


Jangan kata ini isu pembangkang dan isu politik tapi ini isu nyawa yang tak  dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia! Ini isu kesihatan yang boleh bawa kecacatan kepada anak yang dalam kandungan para ibu.


Rakyat pasti bangkit lawan Umno-Bn macam rakyat lawan isu LYNAS dalam pru 13.Jangan ingat rakyat dapat duit BR1M RM 500 rakyat akan sokong LYNAS dan Umno-BN.Tengok ...bagi duit RM500 pun rakyat turun bantah LYNAS demi nyawa dan keluarga mereka .Nyawa mereka , kesihatan mereka bukan harga RM500!



Tiada ulasan:

Catat Komen

ads